18/06/2025
PERMOHONAN TELAH DITUTUP YE. HARAP MAKLUM.
Assalamualaikum wrt wbt
Jawatan kosong GURU LANTIKAN SEKOLAH.
Tawaran adalah dibuka kepada para belia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di KAFA Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam. KEMASUKAN SEGERA.
Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume, maklumat penuh peribadi serta dokumen² yang diperlukan.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi no yang tertera di bawah.
11/06/2025
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU (1) KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) SESI 2026.
Kami mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak berusia 7 tahun pada tahun hadapan untuk memohon tempat di KAFA Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam bagi kemasukan murid Tahun 1 sesi 2026.
Permohonan dibuka bermula 12 Jun 2025 hingga 11 Julai 2025 secara walk in. Ibu bapa boleh datang ke pejabat untuk mengisi borang. Sila bawa dokumen yang diperlukan.
Penempatan adalah TERHAD, jangan berlengah lagi. Mohon segera sebelum terlambat.
11/06/2025
Assalamualaikum wrt wbt
Jawatan kosong GURU LANTIKAN SEKOLAH.
Tawaran adalah dibuka kepada para belia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di KAFA Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam. KEMASUKAN SEGERA.
Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume, maklumat penuh peribadi serta dokumen² yang diperlukan.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi no yang tertera di bawah.
05/01/2025
بالتوفيق والنجاح في الإمتحان
Jadual Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024
🗓️ Tarikh : 6 - 9 Januari 2025 | 6 - 9 Rejab 1446H
Kepada semua calon UPKK 2024, bersiap sedialah dengan ilmu dan doa. Semoga anda semua diberi kelapangan fikiran, kemudahan dalam menjawab soalan, serta kejayaan yang membanggakan.
Ingatlah, usaha yang bersungguh-sungguh diiringi doa pasti menghasilkan yang terbaik.
Ibu dan ayah jangan lupa berdoa serta ajarkan kepada anak-anak membaca doa ini :
“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya.”
Selamat Berjaya!
25/05/2024
Assalamualaikum wrt wbt
Makluman
Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 bagi sesi 2025 KAFA Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam kini dibuka. Tempat adalah terhad (First Come First Serve Basis).
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi no di atas selepas cuti penggal nanti.
Harap maklum
Terima kasih.
11/05/2024
Program Minggu Ini :
11 Mei 2024 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2023/24
11/05/2024
Program Minggu Ini :
9 Mei 2024 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Masjid Azzubair Ibnul Awwam
13/02/2024
Assalamualaikum wrt wbt
Jawatan kosong GURU GANTI BERSALIN
Tawaran adalah dibuka kepada para belia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di KAFA Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam.
KEMASUKAN SEGERA.
Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume, maklumat penuh peribadi serta dokumen² yang diperlukan.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi no yang tertera di bawah.
09/05/2023
Assalamualaikum wrt wbt
Permohonan Murid Tahun 1 bagi sesi 2024/2025 KAFA Masjid Àz-Zubair kini dibuka. Tempat adalah terhad.
Sila imbas Kod QR yang dipaparkan.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi no di atas.
09/03/2023
JAKIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan masing-masing dalam UPKK 2022 seperti yang telah diumumkan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Jumlah calon yang mengambil UPKK 2022 adalah seramai 243,852 orang pelajar. Secara umumnya, peratusan keseluruhan calon UPKK Tahun 2022 telah memperoleh 88%. Manakala Gred Purata Skor (GPS) UPKK secara keseluruhan adalah 1.99 mata berdasarkan Laporan Analisis UPKK 2022.
Sesungguhnya kemenjadian murid bukan hanya sekadar diukur kepada keputusan yang diperoleh, tetapi melalui amalan dan cara hidup Islam yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian yang semakin mencabar.
Semoga murid-murid yang mengikuti kelas KAFA ini akan menjadi tonggak dan permata yang dapat menyemarakkan lagi syiar Islam pada masa akan hadapan.