STARiY Tahfiz Integrasi

Call Directions Website Contact the school

STARiY Tahfiz Integrasi STARIY menawarkan pendidikan Islam dari 3 tahun - 15 tahun. Tadika - Sek Rendah - Sek Menengah

Kematian: Peringatan Buat Diri Kita Kita semua akan mati. Dan berita-berita kematian yang datang kepada kita seakan satu...
17/10/2026

Kematian: Peringatan Buat Diri Kita

Kita semua akan mati. Dan berita-berita kematian yang datang kepada kita seakan satu mesej peringatan buat kita. Dalam al-Quran, Allah telah mengingatkan kepada kita dalam al-Quran bahawa kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Firman Allah:

كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu." (Surah Ali Imran: 185)

Sebaik-baik Manusia adalah yang Paling Baik Akhlaknyaخِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًاMaksudnya: "Sebaik-baik manusia...
17/10/2026

Sebaik-baik Manusia adalah yang Paling Baik Akhlaknya

خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا

Maksudnya: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling baik akhlaknya." (HR. Bukhari)

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-WAQIAHDi antara kelebihan membaca surah al-Waqiah seperti yang diceritakan oleh Ibnu Mas’ud R...
17/10/2026

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-WAQIAH

Di antara kelebihan membaca surah al-Waqiah seperti yang diceritakan oleh Ibnu Mas’ud RA:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْوَاقِعَةِ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أَبَداً

Maksudnya: Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa musibah kefakiran selama-lamanya

Lihat al-Jamie’ al-Soghir, al-Suyuti (12546)

Doa Sebelum Mengulang Kaji / Belajarاللَّهُمَّ اخْرِجْنَا مِنْ ظُلُمَاتِ الوَهْمِ، وَأَكْرِمْنَا بِنُورِ الفَهْمِ، وَافْ...
17/10/2026

Doa Sebelum Mengulang Kaji / Belajar

اللَّهُمَّ اخْرِجْنَا مِنْ ظُلُمَاتِ الوَهْمِ، وَأَكْرِمْنَا بِنُورِ الفَهْمِ، وَافْتَحْ عَلَيْنَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَسَهِّلْ لَنَا أَبْوَابَ فَضْلِكَ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya:
"Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan khayalan, muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah pengetahuan kepada kami, dan mudahkanlah pintu-pintu kurniaan-Mu untuk kami, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih."

Panduan Berdasarkan Bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara)Semak bacaan terkini melalui portal APIMS - Jabatan Alam Sekitar...
16/10/2026

Panduan Berdasarkan Bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara)

Semak bacaan terkini melalui portal APIMS - Jabatan Alam Sekitar:

- 0 – 100 (Baik / Sederhana): Tiada sekatan aktiviti khas.

- 101 – 200 (Tidak Sihat): Golongan berisiko tinggi (kanak-kanak, warga emas, pesakit asma/jantung) perlu hadkan aktiviti luar dan pakai pelitup muka.

- 201 – 400 (Sangat Tidak Sihat): Elakkan aktiviti luar, kekal di dalam bangunan, dan pakai pelitup muka.

- 500 ke atas (Darurat / Berbahaya): Patuhi arahan rasmi daripada pihak berkuasa seperti Majlis Keselamatan Negara.

TIPS PENGGUNAAN GAJET ANAK DI RUMAH✅1. Tetapkan Had Masa - Gunakan gajet tidak lebih 1–2 jam sehari ✅ 2. Pantau Kandunga...
16/10/2026

TIPS PENGGUNAAN GAJET ANAK DI RUMAH

✅1. Tetapkan Had Masa
- Gunakan gajet tidak lebih 1–2 jam sehari

✅ 2. Pantau Kandungan
- Pastikan anak menonton atau bermain perkara yang sesuai

✅ 3. Tiada Gajet Sebelum Tidur
- Elakkan penggunaan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur

✅ 4. Gunakan di Ruang Terbuka
- Pastikan anak guna gajet di ruang yang mudah dipantau

✅ 5. Seimbangkan Aktiviti
- Galakkan bermain, membaca & aktiviti fizikal

✅ 6. Jadi Contoh Yang Baik
Ibu bapa juga kurangkan penggunaan gajet

Berfikiran Positif Ketika Ditimpa UjianSekalipun diuji dengan kehilangan harta dan anak-anak, Nabi Ayyub kekal tenang, b...
16/10/2026

Berfikiran Positif Ketika Ditimpa Ujian

Sekalipun diuji dengan kehilangan harta dan anak-anak, Nabi Ayyub kekal tenang, bersikap positif dan bersangka baik dengan Allah. Biar diuji selama belasan tahun, Nabi Ayyub tetap memuji Allah. Firman Allah:

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Dan Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” (Surah al-Anbiya: 83)

🚨 INFAQ JUMAAT | BANTU LANGSAIKAN HUTANG BENGKEL MPV STARIY! 🚙🤲Alhamdulillah, MPV Exora STARIY telah siap dibaiki bagi m...
16/10/2026

🚨 INFAQ JUMAAT | BANTU LANGSAIKAN HUTANG BENGKEL MPV STARIY! 🚙🤲

Alhamdulillah, MPV Exora STARIY telah siap dibaiki bagi memastikan keselamatan anak-anak dan guru. Namun, bayaran RM2,400.08 kepada bengkel masih perlu dijelaskan segera!

❤️ UPDATE INFAQ VAN & MPV STARIY

✅ Sumbangan diterima: RM1,450 (baiki Van Stariy)

🎯 Sasaran keseluruhan: RM15,980

❗ Baki dana diperlukan: RM14,530 (termasuk RM2400.08 Untuk bayaran Mpv segera kepada bengkel)

💚 Jom rebut pahala sedekah hari Jumaat! RM10, RM20 atau RM50 daripada kita mampu meringankan beban sekolah dan membantu melancarkan urusan pendidikan anak-anak.

🏦 Bank Rakyat: 11-0220809-9
Pertubuhan Pendidikan Ummah Sejahtera KL (Edu4Ummah)
Rujukan: INFAQ JUMAAT VAN

🤲 Semoga setiap ringgit menjadi amal jariah yang berpanjangan.

📲 Ustaz Ubaid Hj Akla: 010-7936837
*Sedikit tanda ingat, Banyak tanda peduli*

Jom infaq dan bantu sebarkan! ❤️

🤲 JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI. JANGAN BIARKAN IA BERLALU TANPA SEDEKAH.Setiap kali _lampu menyala di kelas, setiap kali ...
16/10/2026

🤲 JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI. JANGAN BIARKAN IA BERLALU TANPA SEDEKAH.

Setiap kali _lampu menyala di kelas, setiap kali kipas berputar, setiap kali air mengalir untuk wuduk dan kegunaan murid-murid, ada kos yang perlu ditanggung._ Hari ini, anda berpeluang menjadi antara insan yang membantu memastikan anak-anak terus belajar dalam suasana yang selesa.

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Pada hari Jumaat ada satu waktu yang tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah bertepatan dengannya melainkan Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR. al-Bukhari & Muslim)

🌱 Jadikan Infaq Jumaat anda sebagai saham akhirat yang tidak pernah putus. Mungkin nilainya kecil di sisi kita, tetapi sangat besar nilainya di sisi Allah SWT. Semoga setiap ringgit yang dihulurkan menjadi asbab dipermudahkan rezeki, diangkat kesusahan, dipanjangkan keberkatan umur dan dikurniakan syurga-Nya.

💳 Salurkan Infaq Anda:

NGO Pendidikan Ummah Sejahtera KL (Edu4Ummah)
Bank Rakyat: 11-0220809-9
Rujukan: Infaq Utiliti

✨ “Sedikit tanda ingat, banyak tanda peduli.”
– Ustaz Ubaid Akla (UUA) 010 7936837

Memantau akidah anak-anak adalah tanggungjawab penting bagi setiap ibu bapa, terutamanya dengan kepesatan media sosial d...
12/10/2026

Memantau akidah anak-anak adalah tanggungjawab penting bagi setiap ibu bapa, terutamanya dengan kepesatan media sosial dan penyebaran fahaman menyeleweng seperti ajaran sesat serta amalan ritual yang meragukan

Pemantauan Media Sosial: Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi aktiviti digital, hantaran, dan kandungan yang diikuti atau diamalkan oleh anak-anak di alam maya bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan ajaran sesat atau unsur pemujaan

Bimbingan Agama Berterusan: Memberikan didikan asas akidah, mengenal Allah SWT, Malaikat, Rasul, serta kefahaman Al-Quran dan Sunnah sejak dari usia kecil.

Komunikasi Kasih Sayang: Menggunakan pendekatan berhemah seperti yang ditunjukkan oleh Lukmanul Hakim ketika menasihati anaknya—bermula dengan ajaran tauhid dan larangan syirik sebelum beralih kepada ibadah serta akhlak.

Address

Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5 Wangsa Maju
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60189406200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when STARiY Tahfiz Integrasi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to STARiY Tahfiz Integrasi:

Shortcuts

Share

Category