25/04/2025
Commuting Safety Training Network
cstn
25/04/2025
04/03/2025
Ramadan bukan penghalang untuk kekal aktif dan produktif di tempat kerja.
Berikut adalah 6 tips berkesan untuk membantu anda mengekalkan tenaga, fokus, dan semangat sepanjang bulan penuh keberkatan ini.
Ikuti panduan ini agar anda dapat menjalani hari-hari bekerja dengan lebih lancar dan bertenaga! ๐ผโจ๐
04/03/2025
Selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan. Bulan yang hadir dengan pelbagai peluang untuk memperbaiki diri, meningkatkan amalan ibadah, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Semoga kita diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan, memperbanyakkan doa, dan berbuat baik kepada sesama.
Marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai momen untuk meningkatkan ketakwaan, mempererat tali silaturahim, dan mengharapkan maghfirah-Nya. Ramadan Mubarak! ๐โจ
04/03/2025
Apakah Ops Cegah?
Ops Cegah adalah satu inisiatif pencegahan kemalangan anjuran PERKESO dengan kerjasama rakan strategik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), serta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).
Ops Cegah 2025 bermula pada 1hb Mac 2025 dengan mensasarkan pemantauan kepada lebih 7,000 majikan yang merekodkan kemalangan tertinggi pada tahun 2024 melalui pelbagai cara seperti panggilan telefon, emel, surat, lawatan ke tempat majikan, sesi libat urus bersama majikan dan program pencegahan kemalangan pekerjaan.
04/03/2025
Jom sertai Anugerah Majikan Cemerlang Pengurusan Perjalanan Selamat 2024 & Anugerah Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Cemerlang Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2024.
Muat turun borang penyertaan melalui QR kod dan hantar sebelum tarikh tutup penyertaan 28 Mac 2025.
,health,wellbeing
12/02/2025
๐ฅ Memahami 5 Jenis Pemadam Api! ๐ฅ
Setiap kebakaran ada penyelesaiannyaโtapi adakah anda tahu pemadam api mana yang sesuai? ๐งฏ๐
๐ก Foam, CO2, Serbuk Kering, Air, atau Kimia Basah โ mana satu pilihan terbaik untuk rumah atau tempat kerja anda?
Jangan tunggu hingga kecemasan berlaku, ketahui jawapannya sekarang!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuala Lumpur
10/03/2025