📢 JAWATAN KOSONG: PEMBANTU PENYELIDIK (RESEARCH ASSISTANT)
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), UKM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai Sekretariat Etika Penyelidikan UKM sebagai Pembantu Penyelidik (Research Assistant).
✅ Kontrak 1 tahun
✅ Gaji RM2,200 sebulan (termasuk KWSP & SOCSO)
✅ Lokasi: Pusat Perubatan UKM, Cheras
Kelayakan:
🎓 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan (Sains Kesihatan / Pengurusan / Sains Sosial atau setaraf)
Mohon sekarang melalui pautan berikut:
👉 https://forms.gle/dpvhcttisrz5p2fa8
📅 Tarikh tutup permohonan: 30 Jun 2026 (Selasa)
Untuk pertanyaan:
📞 03-89215027 (Puan Wan Nursiti Basirah Binti Wan Md Din)
📧 [email protected]
Jangan lepaskan peluang ini dan kongsikan hebahan ini kepada rakan-rakan yang sedang mencari peluang pekerjaan.
Fakulti Perubatan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
Sekretariat Penyelidikan & Inovasi - SPI, Fakulti Perubatan, UKM
Competent and Efficient Research Management
22/06/2026
[HEBAHAN AKHIR]
Salam & Selamat Sejahtera,
YBhg. Prof. / Dato’ Sri / Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.
✨ Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Penyelidikan Perubatan & Inovasi, Fakulti Perubatan UKM akan menganjurkan:
🧬 Minggu Penyelidikan Perubatan & Kesihatan Ke-28
📅 Tarikh: 10 Ogos – 14 Ogos 2026
📍 Tempat: Dewan Kuliah 2, Tingkat 2, Bangunan Pra-Klinikal, Fakulti Perubatan UKM, Kampus Kuala Lumpur
🎯 Tema: “Frontiers of Research & Innovation: Shaping the Future of Medicine”
Kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof. / Dato’ Sri / Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai program ini, yang mensasarkan penyertaan daripada pelajar pascasiswazah, penyelidik dan pensyarah.
📌 Maklumat penting:
🗓️ Tarikh tutup Pendaftaran: 17 Julai 2026
🗓️ Tarikh akhir penghantaran Abstrak: 10 Julai 2026
📖 Semua abstrak* yang diterima akan diterbitkan dalam Isu Khas Jurnal terindeks Medicine and Health.
*Abstrak mestilah belum pernah diterbitkan di mana-mana jurnal.
📌 PERTANDINGAN PEMBENTANGAN e-POSTER
📝 Panduan Penulisan Abstrak:
• Bahasa: Bahasa Inggeris sahaja
• Tidak melebihi: 250 perkataan
• Jarak baris: Tunggal
Calon yang terpilih akan dihubungi oleh pihak sekretariat untuk sesi pembentangan poster secara bersemuka bersama panel penilai jemputan.
🔗 Maklumat lanjut & pendaftaran:
🌐 http://www.ukm.my/spifper/researchweek/
📧 [email protected]
Sehubungan itu, kami amat menghargai jasa baik pihak YBhg. Prof. / Dato’ Sri / Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan untuk memanjangkan hebahan ini kepada pelajar siswazah, penyelidik serta pensyarah di jabatan/fakulti masing-masing.
Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Fakulti Perubatan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
15/06/2026
Global Talk Series 2/2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Jun 2026, menghimpunkan para akademia, penyelidik dan warga Fakulti Perubatan UKM dalam satu sesi perkongsian ilmu yang penuh bermakna.
Fakulti Perubatan UKM berbesar hati menerima kehadiran Professor Morris Brown, Professor of Endocrine Hypertension dari The William Harvey Research Institute, Queen Mary University of London, UK yang telah menyampaikan pembentangan bertajuk “From Splenic Endothelium to Aldosterone Producing Nodules: Cellular Origins and Clinical Consequences”.
Sesi Global Talk Series ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Prof. Dr. Syahrul Sazliyana Shaharir, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Perubatan.
Perkongsian ilmu yang sangat bermakna ini telah memberikan pendedahan mengenai perkembangan terkini dalam penyelidikan hipertensi, aldosteronisme primer serta implikasinya terhadap amalan klinikal dan perubatan translasi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Professor Morris Brown atas perkongsian ilmu yang sangat berharga dan kepada Prof. Madya Dr. Elena Aishah Azizan selaku moderator serta kepada semua peserta, urus setia dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuh jaringan kolaborasi antarabangsa serta memupuk budaya kecemerlangan penyelidikan di Fakulti Perubatan UKM 🌍📚
Fakulti Perubatan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
15/06/2026
Sekretariat Penyelidikan & Inovasi Fakulti Perubatan, UKM ingin mengucapkan tahniah kepada Prof Dr. Syahrul Sazliyana Shaharir atas penerbitan jurnal Q1 bertajuk "Ethnic Disparities in Achieving Treatment Targets and Organ Damage Accrual in Systemic Lupus Erythematosus: A Multi-Centre Study from Malaysia" di Journal of Clinical Medicine
Pautan Jurnal : https://www.mdpi.com/2077-0383/15/9/3387
Fakulti Perubatan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
Ethnic Disparities in Achieving Treatment Targets and Organ Damage Accrual in Systemic Lupus Erythematosus: A Multi-Centre Study from Malaysia Background/Objectives: Systemic lupus erythematosus (SLE) is a heterogeneous disease with substantial variability in clinical manifestations and outcomes, influenced by ethnic and geographical diversity. Remission is the optimal treatment target, while low lupus disease activity state is an accepted...
11/06/2026
Sekretariat Penyelidikan & Inovasi Fakulti Perubatan, UKM ingin mengucapkan tahniah kepada Prof Madya Dr. Siti Fatimah Ibrahim atas penerbitan jurnal Q1 bertajuk "Testicular heat-shock protein expression in rats following 3.5 GHz and 24 GHz RF-EMF exposure" di Jurnal International Journal of Molecular Sciences
Pautan Jurnal : https://www.mdpi.com/1422-0067/27/8/3452
Fakulti Perubatan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
Testicular Heat-Shock Protein Expression in Rats Following 3.5 GHz and 24 GHz RF-EMF Exposure The expansion of fifth-generation (5G) wireless networks has increased environmental exposure to mid-band and millimeter-wave radiofrequency electromagnetic fields (RF-EMF), but their molecular effects on male reproductive tissues remain insufficiently understood. This study evaluated whether repeat...
Sekretariat Penyelidikan & Inovasi Fakulti Perubatan, UKM ingin mengucapkan tahniah kepada Dr. Lim Kuan Yee atas penerbitan jurnal Q1 bertajuk "PREDICTORS OF TOLVAPTAN EFFECTIVENESS IN ACUTE DECOMPENSATED HEART FAILURE: IMPACT ON RENAL OUTCOMES, OXYGEN REQUIREMENT, AND HOSPITAL STAY " di Jurnal Kidney International Reports
Pautan Jurnal : https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2468024926002329
Fakulti Perubatan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
04/06/2026
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,
*PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PEMACU 2.0, MOSTI (KITARAN 2 TAHUN 2026)*
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa MOSTI telah membuka permohonan Dana PEMACU 2.0 (Kitaran 2 Tahun 2026) bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2026.
Permohonan perlu melalui proses semakan teknikal dan perakuan oleh RMC/CRIM. Sehubungan itu, permohonan perlu dihantar melalui Sistem Dana Bersepadu (SDB), MOSTI (https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/) *selewat-lewatnya pada 23 Jun 2026 (Selasa).*
Sukacita YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan dapat memaklumkan pembukaan ini kepada semua penyelidik di PTJ.
Sekian, terima kasih.
Fakulti Perubatan UKM , Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
03/06/2026
🌟 POSTER UCAPAN TAHNIAH
Sekretariat Penyelidikan & Inovasi dengan penuh bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyelidik atas kejayaan menerima Geran Industri bagi tahun ini!
🏅 Penerima Geran Industri:
5️⃣ Dr. Loo Guo Hou
- Jabatan Surgeri
📍RM 29,250.00 dari Dyna Medicare Sdn. Bhd
📖 Tajuk: “Chronic Venous Insufficiency In Patients With Obesity Undergoing Metabolic Surgery And The Role Of Graduated Compression Stockings : A Randomised Controlled Trial"
✨Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga penyelidikan untuk terus maju dan memberi impak kepada masyarakat.
Fakulti Perubatan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
03/06/2026
🌟 POSTER UCAPAN TAHNIAH
Sekretariat Penyelidikan & Inovasi dengan penuh bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyelidik atas kejayaan menerima Geran Industri bagi tahun ini!
🏅 Penerima Geran Industri:
4️⃣ Dr. Yew Sheng Qian
- Jabatan Perubatan Kesihatan Awam
📍RM 24,000.00 dari Healthtech Edge Sdn Bhd
📖 Tajuk: “Development and Validation of a Large Language Model-Based Chatbot for Health Promotion among Patients with Non- Communicable Diseases in Malaysia"
✨Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga penyelidikan untuk terus maju dan memberi impak kepada masyarakat.
Fakulti Perubatan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
03/06/2026
🌟 POSTER UCAPAN TAHNIAH
Sekretariat Penyelidikan & Inovasi dengan penuh bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyelidik atas kejayaan menerima Geran Industri bagi tahun ini!
🏅 Penerima Geran Industri:
3️⃣ Dr. Manira Maarof
- Jabatan Kejuruteraan Tisu & Regeneratif Perubatan
📍RM 50,000.00 dari Qastana Health Sdn Bhd
📖 Tajuk: “Therapeutic Potential Of Whartons Jelly-Derived Mesenchymal Stem Cells And Their Exosomes In In Vitro Osteoarthritis Models"
✨Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga penyelidikan untuk terus maju dan memberi impak kepada masyarakat.
Department of Tissue Engineering & Regenerative Medicine, UKM, Fakulti Perubatan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Address
Tingkat 6, Blok Pra-Klinikal, Fakulti Perubatan UKM, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras
Kuala Lumpur
56000