Surau As-Syafi'e SK Setiawangsa

Surau As-Syafi'e SK Setiawangsa

Share

Aktiviti dan Program Dakwah SK Setiawangsa

Photos from Surau As-Syafi'e SK Setiawangsa's post 24/01/2026

24.01.2026
ROAD TO KHATAM AL QURAN SIRI 1

Objektif
1.Mencapai 80% murid tahun 6 Khatam Al Quran pada tahun 2026
2. Sasaran seramai 37/37 murid Juz 20-30 berjaya khatam sebelum Oktober 2026

Impak
1. Seramai 3/21 orang murid berjaya khatam pada hari ini.
2. Mencapai 100% (21/21 orang) kehadiran murid pada hari ini.

Photos from Surau As-Syafi'e SK Setiawangsa's post 01/05/2025

☆BACAAN YASIIN MINGGUAN☆
🗓 JUMAAT 💕 24 APRIL 2025/26 SYAWAL 1446H
Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Untuk RENUNGAN bersama...
Hidup yang kelam kabut datang dari solat yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup yang tak tenang datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.
Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.
"sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yang beriman. Iaitu mereka yang KHUSYUK dalam SOLAT yang mereka lakukan" - (Al-Mu'minuun:1-2)
Jom perbaiki solat kita...
🍄🍄🍄

Photos from Surau As-Syafi'e SK Setiawangsa's post 30/04/2025

☆NILAM AL QURAN SK SETIAWANGSA☆
🗓 KHAMIS 💕 17 APRIL 2025/19 SYAWAL 1446H
Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Assalamualaikum dan Selamat Pagi

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]
Ibnu Kathir menyebut dalam tafsirnya: "Allah swt menyanjung bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lain dengan dipilihnya sebagai waktu diturunkannya Al-Quran Al-‘Azhim. Kerana hal ini Dia mengistimewakannya (bulan Ramadhan)".
bahawa kitab-kitab suci yang lain seperti Taurat, Zabur, Injil dan suhuf diturunkan kepada para nabi Alaihimussalam di dalam bulan Ramadhan.
-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw yang paling agung dan akan terus nampak hingga akhir zaman. Keberkatannya terus mengalir dan tidak akan pernah terhenti. Sebuah kitab suci yang akan sentiasa membimbing seorang muslim menuju kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Orang yang menjadikannya imam dan ikutan, akan selamat dengan izin Allah, namun siapa yang tidak menghiraukannya, maka cepat atau lambat kebinasaan akan menghampirinya.
sangat digalakkan membacanya dan mentadabbur ayat-ayatnya. Firman Allah swt:
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" [Surah Sad 29]
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya" [Surah an-Nisa’ 82]
yang sepanjang hidupnya menjadikan al-Quran sebagai teman dan ikutan, nescaya di hari kiamat al-Quran akan memberi syafaat kepadanya.
Abdullah bin ‘Amr r.huma meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Puasa dan Al-Quran akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati hamba. Puasa berkata: "Wahai Rabbku, aku telah mencegahnya dari makanan dan minuman di siang hari, oleh kerana itu izinkanlah aku memberinya syafaat". Al-Quran berkata: "Wahai Rabbku, aku telah mencegahnya tidur malam, oleh sebab itu berilah aku izin untuk memberinya syafaat". Maka keduanya pun memberi syafaat" (HR Ahmad, Ibnu Abid Dunya, At-Thabrani, dan al-Hakim)
daripada Sayidina Abdullah bin Masud r.a, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah (al-Quran), maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan dilipat gandakan menjadi sepuluh. Aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf. Namun alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf" (HR at-Tirmizi)
♡Jom baca al-Quran dan berusaha memahaminya serta beramal dengan isi kandungannya♡
📚📚📚

Photos from Surau As-Syafi'e SK Setiawangsa's post 30/04/2025

TAKLIMAT GURU BESAR UNTUK MUSHRIF MUSHRIFAH SESI 2025

Tarikh :11 April 2025
Masa : 9.00 pago
Tempat : Surau As- Surau As-Syafi'e
Sasaran : Semua Mushrif dan Mushrifah Tahun 5&6

Photos from Surau As-Syafi'e SK Setiawangsa's post 30/04/2025

BACAAN YAASIIN MINGGUAN
🗓 JUMAAT 💕 11 APRIL 2025/13 SYAWAL 1446H
Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Assalamualaikum dan Selamat Pagi

JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTIN
Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:
الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.
“Doa itu merupakan hak persaudaraan :
'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”
🇵🇸


Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
اعوذبا الله من الشيطان الرجيم
بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹
👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu... 👍
💖💖💖

Photos from Surau As-Syafi'e SK Setiawangsa's post 08/04/2025

🌐 World Quran Hour SK Setiawangsa KL 🌐
🗓 SELASA 💕 24 RAMADHAN 1446H / 25 MAC 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga SKS. Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat keimanan dan kecintaan kepada Al-Quran melalui program World Quran Hour. Ini adalah peluang untuk kita mendalami keindahan lafaz suci, merenung hikmah, serta menyatukan hati dalam keberkatan.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyokong program ini, termasuk para guru dan murid. Semoga setiap bacaan dan renungan membawa ketenangan dan keberkatan ke dalam kehidupan seharian.

Panitia Pendidikan Islam SK Setiawangsa KL





Photos from Surau As-Syafi'e SK Setiawangsa's post 15/03/2025

"Jom Infaq Ramadan dan Syawal"
☪️ TARIKH ISLAM ☪️
🌙 13 RAMADHAN 1446H
🗓 14 MAC 2025
📌 JUMAAT

Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”
Jadi, jika terbaca tulisan ni mungkin Allah pilih kita untuk dapat ganjaran besar ni. Insyaa Allah
Antara sedekah paling baik ialah sedekah yg tak putus walau kita sudah meninggal dunia.

Photos from Surau As-Syafi'e SK Setiawangsa's post 14/03/2025

💖🌹 TANDA-TANDA ALLAH SAYANG 💖🌹
🌹 Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut namaNya.
🌹 Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari NYA
🌹 Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.
🌹 Diberikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari NYA
🌹 Diberikan penderitaan.
Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada NYA
🌹 Diberikan kemiskinan.
Kerana Allah mahu kita meminta kepada NYA
🌹 Diberi kehinaan.
Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari NYA
🌹 Oleh itu...
Jangan terlalu banyak ketawa.
Jangan terlalu banyak bersuka ria.
Kerana Allah akan jauh dari kita.
🌹 Indahnya kesabaran.
Bersyukur akan dugaan.
🌹 Indahnya kebahagiaan.
Bersyukur nikmat Tuhan.
🌹 Indahnya kasih sayang.
Bersyukur akan keikhlasan.
🌹 Indah nya kekuatan.
Bersyukur peningkatan iman.
🌹 Indahnya kehidupan.

☪️ TARIKH ISLAM ☪️
🌙 13 Ramadan 1446H
🗓 14 Mac 2025
📌 JUMAAT

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


SK Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 13
Kuala Lumpur
54200