Webinar Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

Webinar Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Sebuah channel perkongsian mengenai pendidikan khas

27/07/2024
Dah cuti sekolah ni...jom bawa anak2 anda mencuba aktiviti ini.
09/12/2022

Dah cuti sekolah ni...jom bawa anak2 anda mencuba aktiviti ini.

Kami ingin menjemput para ibu bapa dan anak-anak untuk sertai Aktiviti Sensory Collage bersama Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 pada bulan Disember ini!

Tarikh: 6 Disember (1-2 petang) & 10 Disember (12.30-1.30 petang)
Tempat: Pentas Mini, Tingkat 1, MBSA Convention Centre, Shah Alam

Jumpa anda disana! :)


*WEBINAR PENDIDIKAN KHAS NUSANTARA* Sukacita dijemput semua pihak tuan/puan untuk menyertai program *Webinar Pendidikan ...
07/12/2022

*WEBINAR PENDIDIKAN KHAS NUSANTARA*

Sukacita dijemput semua pihak tuan/puan untuk menyertai program *Webinar Pendidikan Khas Nusantara* anjuran Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejateraan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM.

🌻Perincian Program adalah seperti berikut:

🗓Tarikh : 8 Disember 2022
📌Hari : Khamis
⏰Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
🌐Platform: Zoom

🔖Webinar ini boleh diikuti melalui platform Zoom Meeting dengan link seperti berikut:
Join Zoom Meeting
https://ukm-edu-my.zoom.us/j/93896818055?pwd=cWpqTFFMa2ZIMk9oMHpnbnFha3AvUT09
Meeting ID: 938 9681 8055
Passcode: 024412

🌻Webinar ini menampilkan pembentang ahli akademik dari Universitas Sebelas Maret:

Pembentangan 1 :
Pembentang : Prof. Drs. Gunarhad
Tajuk : Masalah Pembelajaran (Learning Disabilities)

Pembentangan 2 :
Pembentang : Dr. Subagya
Tajuk : Teknologi Asistif untuk golongan kurang upaya

Pembentangan 3 :
Pembentang : Dr. Joko Yuwono
Tajuk : Komunikasi dan Interaksi Sosial Anak Autisme

Moderator:
Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Terima Kasih atas Sokongan ☺️🎉



https://forms.gle/gGAT4xGAfn2b9T1C7 Salam.Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk melaksanakan penyelidikan tenta...
28/11/2022

https://forms.gle/gGAT4xGAfn2b9T1C7

Salam.

Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk melaksanakan penyelidikan tentang Kesan Intervensi Awal Terhadap Kesediaan Pembelajaran Di Dalam Bilik darjah Bagi Murid Kecelaruan Spektrum Autisme.

Maka, saya ingin meminta jasa baik guru ppki sekolah rendah untuk menjawab borang soal selidik ini dengan ikhlas dan telus dalam memenuhi sebahagian keperluan akademik bagi Ijazah Sarjana Pendidikan Khas.

📌Segala maklumat yang dibekalkan oleh tuan/ puan akan dirahsiakan sepenuhnya. Ia hanya akan digunakan untuk kajian penyelidikan sahaja.

Sekian, Terima Kasih.

Salam. Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk melaksanakan penyelidikan tentang Kesan Intervensi Awal Terhadap Kesediaan Pembelajaran Di Dalam Bilik darjah Bagi Murid Kecelaruan Spektrum Autisme. Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti kesan intervensi awal jangka panja...

Untuk ibu bapa yang ingin mengisi waktu anak-anak dengan pengisian rohani, ingin memupuk rasa cintakan masjid dalam diri...
07/07/2022

Untuk ibu bapa yang ingin mengisi waktu anak-anak dengan pengisian rohani, ingin memupuk rasa cintakan masjid dalam diri terutama untuk kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas, jom sertai Al-Fateh Quranic Programme dalam program JOM! IMARAHKAN MASJID.

Tarikh: 23 Julai 2022 (Sabtu)
Masa: jam 9:00pg- 11:30pg
Lokasi: Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Jalan SS 7/13, Ss 7 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Untuk ibu bapa yang ingin mengisi waktu anak-anak dengan pengisian rohani, ingin memupuk rasa cintakan masjid dalam diri terutama untuk kanak-kanak berkeperluan khas, sertai Al-Fateh Quranic Programme dalam program JOM! IMARAHKAN MASJID.

Tarikh: 23 Julai 2022 (Sabtu)
Masa: jam 9:00pg- 11:30pg
Lokasi: Masjid Tengku Kelana Jaya Petra
Yuran Penyertaan: RM 80

Antara aktiviti menarik yang dianjurkan:
- Smart Solat
- Smart Wudhu’
- Teori & Praktikal Solat Sunat
- Belajar Adab-Adab masjid
- Seronoknya Bersedekah

Juga turut disediakan:
- Sejadah
- Makan Pagi & Tengahari
- Modul & Aktiviti menarik

Daftar segera dengan imbas QR Kod, atau kunjungi laman web WQ di Park www.wqpark.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
WQ Park KJ (Us Fahmi) - 03-78044171
WQ Park KL (Ust. Zaleha) - 03-41443161
WQ Park Bangi (Us. Amir) - 03-89221346

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat" - (Al-Tawbah 9: 18).

CINTAKAN MASJID, SINARKAN IMAN ✨

Salam dan selamat pagi kepada ibu bapa hebat! dan juga para follower yang lain.Semoga ibu bapa semua berada di dalam kea...
04/07/2022

Salam dan selamat pagi kepada ibu bapa hebat! dan juga para follower yang lain.

Semoga ibu bapa semua berada di dalam keadaan sihat dan dapat menguruskan anak-anak berkeperluan khas anda dengan lebih mudah dan tenang.

You are not alone ok! Perlukan sebarang sokongan boleh PM kami ya? Jangan stress sorang-sorang ok!

Take care semua!

Jom kita periksa anak-anak kita. Ada tak sebarang tanda-tanda ini?Jika anda tidak pasti, boleh rujuk kepada pakar kanak-...
22/06/2022

Jom kita periksa anak-anak kita. Ada tak sebarang tanda-tanda ini?

Jika anda tidak pasti, boleh rujuk kepada pakar kanak-kanak untuk mendapatkan diagnos daripada doktor pakar. Jangan tunggu lama-lama ye.

Lebih cepat anak anda melalui intervensi awal, mereka akan mendapat pencapaian yang lebih baik.

Bila Nak Detect Autism?

Selamat Pagi. Tidak akan nampak cahaya bintang kalau tidak ada kegelapan. Begitu juga dengan kehidupan yang tidak akan m...
16/06/2022

Selamat Pagi.

Tidak akan nampak cahaya bintang kalau tidak ada kegelapan. Begitu juga dengan kehidupan yang tidak akan menyaksikan kejayaan kalau tidak ada cabaran dan ujian.

Hanya dengan satu pemikiran POSITIF, ia boleh mengubah keseluruhan hari anda.

Jangan mengeluh tentang kelmarin. Buatlah hari esok yang lebih baik dengan memanfaatkan hari ini.

Address

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Webinar Murid Berkeperluan Pendidikan Khas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category