Fariz Sukri

Fariz Sukri

Share

Intrapreneur | IT Consultant
Building community | Digital storytelling Entrepreneur | IT Consultant | Trainer

Photos from Fariz Sukri's post 15/06/2025

"Bang, kami ni penerima darah abang! Terima lah ya sumbangan daripada kami tak seberapa ni!"

"Adik siapa nama ya? Saya Nik Fariz.."

"Saya Syafiq, ini Irham rakan saya.. Kalau abang nak tahu kami ni penerima darah yang abang dermakan ni, kami dari Persatuan Thalassaemia Malaysia.. Terima kasih banyak bang sebab bantu kami!" Saya perhati mereka berdua beri sumbangan kat kami semua penderma..

"Nanti kami akan terima darah ni dalam masa terdekat, kalau abang perasan, tengok wajah kami ni pucatkan?"

Saya angguk mengiyakan.. Masa dengar mereka share pasal diri mereka ni, rasa sebak jugak, tahan diri jugak tak nak mengalirkan air mata jantan ku nehπŸ˜….. Masa ni rasa syukur sangat dapat konsisten menderma, Allah masih beri nikmat kesihatan, dapat beri kegembiraan kat mereka ni.. Saya nekad akan pastikan dapat terus menderma darah sehingga akhir hayat..

Honestly, bila dapat menyumbang dengan cara ni, rasa seronok sangat! Saya dah beberapa kali berjumpa dengan penerima darah, bila melihat mereka dapat kembali survive, dapat pulih, for sure kita pun tumpang gembira πŸ˜„..

Lagi satu motivasi derma darah untuk info korang, secara tak langsung kita akan berusaha untuk jaga kesihatan kita sehabis baik..

Macam tu lah ya.. Kisah bersama komuniti masyarakat.. Jom semua derma darah sekurang-kurangnya sekali dalam hayat korang! πŸ˜„πŸ€

"SELAMAT HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2025!"






04/06/2025

Pengurus projek IT pasti biasa dengan terma RACI kan? Geng baharu pulak macam mana, biasa guna? Korang kena mahir juga ya!

RACI - Responsible (Pelaksana), Accountable (Bertanggungjawab), Consulted (Dirujuk), Informed (Dimaklumkan). Bagi korang yang baru berjinak-jinak dengan dunia pengurusan projek IT, topik ini sangat penting ya, panduan korang urus tugasan tim supaya tim sangat jelas apa skop kerja mereka dalam projek!

Begitulah info ringkas RACI ya!πŸ‘Œ


02/06/2025

Korang pernah terlibat sediakan jadual projek IT? Pasti pernah kan!

Semasa korang sedia jadual projek, ada letak tambahan tempoh atas faktor luar jangka seperti cuti umum, jangkaan vendor akan β€˜delay’ atau jangkaan β€˜delay’ di peringkat dalaman? Tak pernah?? Haa kalau sedia jadual projek, jangan terlalu optimistik ya! Rancang jadual projek ikut realiti, masukkan faktor-faktor yang saya nyatakan ni dan kemungkinan faktor lain jika ada!

Macam tu lah kita merancang jadual projek IT kita ya!πŸ˜ŠπŸ‘Œ


30/05/2025

'Project charter', ada sesiapa sini berpengalaman sedia dokumen ni? Cuba share sini apa kelebihan dia yang korang tahu.. Moga input korang dapat membantu rakan-rakan lain juga ya!😊🀝

Bagi pengurus projek IT baharu, pastikan korang sediakan β€˜project charter’ dalam fasa permulaan projek IT korang ya! Dia ibarat lampu hijau untuk projek bergerak secara rasmi! Tanpa dia, projek korang akan bergerak tiada hala tuju yang betul. Sebagai ketua pas**an, kita pasti nak projek IT kita berjalan dengan betul, lancar, capai sasaran akhir mengikut β€˜deadline'kan? Pastikan korang buat ni ya!

Macam tu lah ya input ringkas projek IT kali ini!


28/05/2025

Jom kita sembang strategi projek IT..
'Progress meeting' kami jadualkan 'bi-weekly' untuk dapatkan status pelaksanaan projek IT kami.

Sebarang isu 'on the ground' perlu dibawa ke 'working level committee'. Apa yang saya amat tekankan dalam pas**an projek kami, setiap ahli pas**an projek perlu kebersamaan dalam menjayakan projek yang dijalankan, perlu saling menyokong satu sama lain. Jangan simpan di bawah karpet jika ada isu. Sama-sama cari jalan selesaikan! Projek akan gagal jika tiada 'transparency'.

Kami juga setkan 'next action plan' untuk setkan hala tuju supaya pas**an jelas apa nak capai seterusnya..

Berbincang bangkitkan isu bukan bermakna kita lemah, malah kita akan jadikan kita lebih kuat, kita setapak demi setapak melangkah menuju kejayaan! πŸ˜ŠπŸŽ‰πŸŽŠ

So, kalau korang terlibat dalam pelaksanaan projek IT, atau mana-mana projek atau tugasan korang, pastikan ada regular 'progress update meeting', walau sesi ringkas! Macam tu lah ya! πŸ˜‰


27/05/2025

Sebagai pengurus projek IT baharu, apabila korang dilantik untuk mengurus projek IT baharu, antara langkah awal korang kena buat, senaraikan siapa 'stakeholder' projek seawal mungkin ya, sedia siap-siap senarai 'stakeholder' dalaman dan luaran.. Tujuannya nak pastikan pelaksanaan projek IT korang lancar ya! πŸ˜‰πŸ‘Œ

Photos from Fariz Sukri's post 21/05/2025

Diberi tanggungjawab mengurus projek IT, nampak satu cabaran baharu di hadapan, al-maklum kita ni orang teknikal, orang di belakang tabir, kalau boleh tak nak pun fronting orang lain.. Tanya mana-mana engineer, mostly mereka lebih tenang menghadap server dan equipment daripada hadap karenah manusia seribu satu ragam😁..

Tapi tak apa kita ambil cabaran ni, buat terbaik, sehabis daya. Result kita serah kepada-NYA🀲..

Actually nak share dengan korang pasal role Project Manager IT ni, antara lain kena initiate Project Kick-Off Meeting.. Maybe sebab ada sedikit pengalaman ground work, so tahu lah serba sikit tips and tricks.. Bagi saya most important, kalau korang kena lead projek IT, make sure 'do right things at beginning, then everything will going smooth!' Maksudnya dalam fasa awal pelaksanaan projek, pastikan korang set right expectations. Apa 'Do and Don't' dalam projek korang. Percayalah kalau betul setting dari awal, insyaAllah projek IT korang akan berakhir dengan senyum manis gembira 😊..

Macam tu lah ya, simple je saya nak share secebis pengalaman..

Ikhlas daripada Project Manager IT baru berjinak-jinak dalam dunia Pengurusan Projek IT (IT Project Management) 😊✌️


19/05/2025

Siapa geng IT selalu praktis 'whiteboarding', melukis dan melakar? πŸ™‹.. Tak kira sesiapa sahaja, engineer IT, developer, project manager IT, network/security engineer, technician, jom kita start praktis kaedah ni, kaedah proven untuk tambah pemahaman kita, kaedah nak mengajar tim kita supaya mereka cepat faham dan boleh tambah keyakinan kita jugak! Macam tu lah saya kat ground 😊.. Korang macam mana pulak, apa kaedah korang ya kalau boleh share sini πŸ˜‰..




P/S: bila dapat peluang melukis, kita ekspresi sebaiknya! πŸ˜„βœŒοΈ

Photos from Fariz Sukri's post 11/02/2025

Sesi "technology updates Security Adoption Framework" oleh konsultan Microsoft. Topik hari pertama, Data Security Foundations.

Rakam sini few key points, mudah-mudahan korang dapat manfaat jugak ya! πŸ˜‰

Antara langkah yang organisasi perlu buat dalam mengawal selia keselamatan data syarikat, mulakan inisiatif pertama iaitu "Asset Discovery" bermula daripada segmen User (Identity), diikuti segmen Devices dan seterusnya segmen Application. Asset Discovery sebaik-baiknya dilakukan secara menyeluruh untuk dapat 'visibility' dalam sistem rangkaian sedia ada.

Langkah seterusnya organisasi disaran untuk membuat "Data Labelling" iaitu membuat klasifikasi dokumen sedia ada. Ini sebagai persediaan seterusnya untuk membuat 'protection' kepada setiap data dan dokumen rasmi syarikat. Contoh klasifikasi dokumen > Public, Private, Confidential, Restricted.

Boleh ke boleh? Kita mula 'small step' dulu ya! Moga bermanfaat info ni. Bagi tim operasi IT, info ni penting ya untuk diimplemen! πŸ‘Œ

P/s: Bila trainer praktis whiteboarding harini dalam bentuk digital, memang best ilmu dikongsi, menggamit perhatian betul! al maklum kita pun jenis s**a lukis-lukis.. 😊Hehe..


01/01/2025

Selamat Tahun Baru 2025, moga tahun ini kita dapat teruskan beri nilai terbaik kepada semua!

05/12/2024

Apa agaknya plan "upskill program'' korang spesifik untuk IT? Korang nak explore skil apa ya? Boleh share sini✌️

04/12/2024

Lebih banyak anda mengajar, lebih ramai dapat manfaat, lebih banyak ilmu anda akan dapat!

Pesan guru saya😊.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kuala Lumpur