04/06/2026
[ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami seluruh warga Kolej Tun Syed Nasir ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Encik Mohamad Akmal Syahir bin Mohamad Zabidi atas segala jasa khidmat dan bakti sebagai Felo Kerohanian dan Keusahawanan, Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia hingga 31 Mei 2026.
Semoga segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini dihargai serta memberi manfaat
berpanjangan kepada semua.
Sekian, terima kasih.
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ธ๐ช
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
01/06/2026
[๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐]
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, dan keberkatan dalam memayungi rakyat serta memimpin negara dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.
Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.
Sembah takzim daripada seluruh warga Kolej Tun Syed Nasir.
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ธ๐ช
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
26/05/2026
[๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐]
Aidiladha hadir sebagai tanda penghayatan terhadap nilai keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan yang menjadi teras dalam kehidupan.
Semoga setiap ibadah, pengorbanan dan amal yang dilaksanakan diterima serta dikurniakan keberkatan buat semua.
Warga Kolej Tun Syed Nasir mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UKM dan umat Islam.
Sekian, terima kasih.
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ธ๐ช
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
25/05/2026
[๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐]
Pada 17 Mei 2026, Kursus Sembelihan telah berjaya dianjurkan oleh Kelab Kerohanian Islam KTSN di Surau Tun Syed Nasir.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai hukum, syarat sah serta kaedah penyembelihan mengikut syariat Islam melalui pengisian teori dan praktikal.
Melalui sesi praktikal sembelihan ayam secara berkumpulan, para peserta berpeluang mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara langsung sekali gus membina keyakinan untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Semoga program ini terus melahirkan generasi yang cakna terhadap hukum-hakam Islam serta mengamalkan nilai ihsan dalam setiap aspek kehidupan.
Sekian, terima kasih.
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ธ๐ช
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
25/05/2026
[๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐/๐๐๐๐]
Pada 16 Mei 2026 Kelab Kebudayaan India Kolej Tun Syed Nasir, UKM telah berjaya menganjurkan Program Rang De Ranggoli 25/26 di Dewan Tun Syed Nasir dengan kehadiran seramai 230 pengunjung.
Program ini bukan sahaja menjadi medium memperkenalkan dan memartabatkan budaya India melalui pelbagai persembahan seni dan budaya, malah turut membawa misi kebajikan menerusi kutipan dana untuk disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Kepong.
Dengan pengisian seperti tarian, persembahan muzik, pertunjukan fesyen, artis jemputan dan pelbagai aktiviti menarik, program ini berjaya menyatukan mahasiswa dan komuniti dalam semangat budaya, kesukarelawanan dan kemanusiaan.
Sekian, terima kasih.
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ธ๐ช
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
25/05/2026
[๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐]
Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudari Saw Zi Xuan atas kejayaan merangkul Johan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan dan Putrajaya 2026 bagi Kategori Individu Wanita sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026.
Pencapaian ini menjadi bukti bahawa semangat kepimpinan, komitmen serta usaha berterusan mampu melahirkan anak muda yang memberi impak kepada masyarakat.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga kolej dan mahasiswa untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ธ๐ช
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
25/05/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐.๐ ๐
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ซ๐ฆ๐จ๐ง๐ข ๐๐๐ญ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐.๐ atas kejayaan merangkul ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ข๐ค (๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง) sempena Anugerah Tokoh Siswa 2025.
Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan hasil daripada komitmen, usaha berterusan serta semangat kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Kejayaan ini turut mencerminkan kecemerlangan mahasiswa dalam melaksanakan inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat dan komuniti. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak pencapaian dan mencipta perubahan yang bermakna.
Sekian, terima kasih.
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ธ๐ช
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
25/05/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ฒ๐๐ ๐๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐จ๐ง๐ง๐๐๐ญ๐ฌ ๐๐๐๐ atas kejayaan meraih ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ ๐๐๐๐ฎ๐ ๐๐๐ ๐ข ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ฎ๐๐ซ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ข๐ค sempena Anugerah Tokoh Siswa 2025.
Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang amat membanggakan hasil daripada dedikasi, komitmen dan usaha berterusan seluruh jawatankuasa serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kejayaan ini turut membuktikan keupayaan mahasiswa dalam menerajui program berimpak tinggi di peringkat antarabangsa serta membawa nama universiti ke tahap yang lebih membanggakan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkukuh jaringan global dan melahirkan lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat serta komuniti sejagat.
Sekian, terima kasih.
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ธ๐ช
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
25/05/2026
[๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐]
Meneruskan kejayaan di Pos Lenjang pada tahun 2025, mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi mencipta impak menerusi Program Harmoni Satu Bumi 2.0 di Kampung Orang Asli Pantos, Pos Lanai pada 9 Mei 2026.
Melibatkan lebih 1,000 penduduk dan digerakkan oleh 38 kru mahasiswa, program ini memfokuskan kepada literasi STEM melalui modul Celik Kreatif berasaskan STEM Kit serta promosi kesihatan menerusi Kempen Gosok Gigi dan Cuci Tangan hasil kerjasama Yayasan MR DIY dan IHT Rehabilitation Centre.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datoโ Dr. Ramli Mohd Nor dan menjadi bukti komitmen berterusan mahasiswa UKM dalam memperkasa pendidikan serta kesejahteraan komuniti pedalaman secara mampan dan berimpak.
Sekian, terima kasih.
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ธ๐ช
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22/05/2026
[๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐]
Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga Sanggar Tua atas kejayaan ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ถ๐ต ๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ฒ-๐ฏ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐๐ฟ๐๐ต๐ฎ๐ป dalam Festival Teater UKM (FESTER) 2026.
Menerusi pementasan ATMA KAKU, Sanggar Tua berjaya mempersembahkan sebuah karya yang sarat dengan kreativiti, penghayatan serta identiti tersendiri sehingga berjaya mendapat perhatian dan penghargaan daripada para penonton.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus berkarya, dan mencipta lebih banyak kejayaan
Sekian, terima kasih.
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ธ๐ช
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA