KAFA Masjid Khalid Al-Walid

KAFA Masjid Khalid Al-Walid

Share

برعلمو برايمان برعمل

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermaksud kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula tahun 1 hingga tahun 6 yang berdaftar dengan Agensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama Negeri) dengan menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Photos from KAFA Masjid Khalid Al-Walid's post 28/05/2025

9/9 Sambutan Hari Guru 2025

🎁 Hadiah Kepada murid :-

- Cabutan bertuah
- Reka cipta Kad Hari Guru

Photos from KAFA Masjid Khalid Al-Walid's post 28/05/2025

8/9 📸 Sambutan Hari Guru 2025

Hadiah kepada Guru :-

- Anugerah Guru Paling...mengikut Kategori!
- Uniform & Gaya Terbaik

Photos from KAFA Masjid Khalid Al-Walid's post 28/05/2025

7/9 📸 Sambutan Hari Guru

Persembahan Murid Tahap 2 🎬

Tema : Pendekar Bujang Lapok

Photos from KAFA Masjid Khalid Al-Walid's post 28/05/2025

6/9 📸 Sambutan Hari Guru 2025

Persembahan KHAS dari Guru-Guru Perempuan sempena Hari Guru. Threeeee , Fourrrrrr !!!!!!!!!!

Photos from KAFA Masjid Khalid Al-Walid's post 28/05/2025

5/9 📸 Sambutan Hari Guru 2025

Persembahan Murid Tahap 1 😎

P/s :Tq pihak Tv3 turut menyiarkan rakaman ini 😆

Photos from KAFA Masjid Khalid Al-Walid's post 28/05/2025

4/9 📸 Sambutan Hari Guru 2025

Catwalk Dari Guru-Guru mengikut Gaya & Uniform Masing- Masing 😆

Photos from KAFA Masjid Khalid Al-Walid's post 28/05/2025

3/9 📸 Sambutan Hari Guru 2025

Ucapan Perasmian Ketua Guru USTAZ ISMAIL

Photos from KAFA Masjid Khalid Al-Walid's post 28/05/2025

2/9 📸 Sambutan Hari Guru 2025

Ikrar Guru-Guru & Bacaan Doa

Photos from KAFA Masjid Khalid Al-Walid's post 28/05/2025

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Sambutan Hari Guru Peringkat KAFA Masjid Khalid Al-Walid pada hari Jumaat, 23 Mei 2025.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan perasmian yang penuh bermakna, menyatukan hati dalam menghargai jasa para pendidik yang tidak pernah jemu menyemai ilmu dan nilai.

🎤 Persembahan murid Tahap 1 & 2 mencuit hati, menggembirakan semua yang hadir – terima kasih kepada anak-anak yang begitu sporting, berbakat dan penuh semangat!

🎁 Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada semua murid yang menghadiahkan senyuman, kata-kata manis dan hadiah kepada guru-guru tercinta. It’s the little things that warm our hearts the most!

💪 Buat semua guru KAFA MASJID KHALID AL-WALID – anda luar biasa! Komited, ringan tulang, saling bantu-membantu tanpa mengira masa. You are the backbone of this success.

“Sesungguhnya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.”
(Surah Al-Mujadilah, Ayat 11)

📸 Momen yang dirakam bukan sekadar gambar, tetapi kenangan yang akan terus hidup dalam hati. Terima kasih kepada semua yang menjayakan — kalian semua adalah inspirasi!

💖 Teruskan menyinar, mendidik dan menginspirasi – kerana setiap sentuhan guru mencorak masa depan ummah.

1/9 📸

22/05/2025

PEMAKLUMAN PERTUKARAN TARIKH SAMBUTAN HARI GURU KAFA MASJID KHALID AL-WALID SESI 2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan/Puan,

Merujuk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sempena penutupan jalan dan kawalan keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Guru KAFA Masjid Khalid Al-Walid akan ditukarkan kepada:-

📅 Tarikh Pertukaran: 23 Mei 2025 (Jumaat) ESOK
🕒 Masa: 2.30 – 5.15 petang
📍Tempat: Dewan Hikmah

📝Untuk Subjek Al-Quran yang dijadualkan esok akan diadakan hari ini.

📌Murid-murid Solat Asar dirumah masing2 & Kelas tambahan untuk hari ini & esok akan dibatalkan.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam 😊

17/05/2025

Barisan guru-guru hebat KAFA Masjid Khalid Al-Walid kini bersiap siaga dalam menyusun strategi dan persediaan rapi bagi menghadapi UPKK sesi 2025.

✨ “Ilmu ditanam, iman dibaja, kejayaan dibina bersama.”

Dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi, tenaga pengajar kami terus melangkah gagah demi memastikan anak-anak dididik bukan sekadar untuk lulus, tetapi untuk cemerlang dengan jati diri Muslim sejati.

📚 “العلم نور، والنجاح ثمرة الجهد”
Ilmu itu cahaya, dan kejayaan adalah buah daripada usaha.

Let us all pray for the best outcomes, and may our students rise with excellence, confidence and barakah in every step.

Photos from KAFA Masjid Khalid Al-Walid's post 17/05/2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir serta memberikan sokongan padu dalam Perjumpaan Ibu Bapa UPKK KAFA Masjid Khalid Al-Walid sesi 2025.

Kehadiran tuan/puan mencerminkan komitmen yang tinggi terhadap kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak. Mudah-mudahan usaha bersama ini menjadi asbab kejayaan mereka dunia dan akhirat.

Kami mendoakan agar semua calon UPKK KAFA MKWK diberi ketenangan, kefahaman yang jelas, dan dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan dengan cemerlang.

Sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”
(Surah Taha: 114)

“Bersama Menjana Generasi Rabbani.”

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Padang Tembak, Kampung Datok Keramat
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 14:00 - 17:00
Tuesday 14:00 - 17:00
Wednesday 14:00 - 17:00
Thursday 14:00 - 17:00
Friday 14:30 - 17:30