SMK Puteri Ampang Official

SMK Puteri Ampang Official

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Puteri Ampang Official, School, Jalan AMPANG, Kuala Lumpur.

24/05/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Puteri Ampang atas pencapaian membanggakan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 5 terbaik peringkat negeri bagi pertandingan:

πŸ† MYSIHAT CARE CHALLENGE BADAN BERUNIFORM 2026
🎬 Kategori Video Kreatif Pengurusan Kecederaan Otot dan Sendi

Pencapaian ini telah membuka peluang kepada pasukan untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke pertandingan di peringkat kebangsaan. 🌟

Tahniah kepada semua ahli pasukan atas kesungguhan, idea kreatif dan kerjasama yang diberikan sepanjang menyiapkan penyertaan pertandingan ini. πŸ‘

Ribuan terima kasih dan penghargaan juga buat guru pembimbing, Cikgu Nurdiyana atas bimbingan, sokongan dan usaha tanpa jemu dalam memastikan pasukan memberikan yang terbaik.

Terus maju jaya KRS SMKPA! πŸ’ͺ✨

Photos from SMK Puteri Ampang Official's post 13/05/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS πŸŽ‰

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa murid dari kelas 2 Cempaka, Poh Sing Ee telah berjaya meraih

πŸ† JOHAN πŸ†
dalam Pertandingan Penulisan Kreatif Sajak Bahasa Cina Peringkat Negeri sempena Karnival Bahasa Cina Sekolah Menengah Peringkat Negeri Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 9 Mei 2026 (Sabtu) di SMK Seri Sentosa.

Tahniah dan syabas diucapkan atas pencapaian yang amat membanggakan ini.

πŸ‘ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut diberikan kepada guru pembimbing, Pn Lau Bee Teing, atas bimbingan dan komitmen yang diberikan.

🌟 Pemenang pertandingan ini akan mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke peringkat Kebangsaan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Photos from SMK Puteri Ampang Official's post 07/05/2026

β™ŸοΈ TAHNIAH & SYABAS!! β™ŸοΈ

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan catur SMK Puteri Ampang atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2026 yang telah berlangsung di SMK Wangsa Melawati pada 28 April hingga 5 Mei 2026πŸ‘πŸ»πŸ†

πŸ₯‡ Johan Kategori Individu Bawah 15 Tahun
➑️ Fun Ven Vhue

πŸ₯ˆ Naib Johan Kategori Berpasukan Bawah 18 Tahun
➑️ Aqilah Husna Binti Ainul Fikri

πŸ… Tempat Keempat Kategori Berpasukan Bawah 18 Tahun
➑️ Fun Ven Xuen & Fun Ven Vhue

🌟 Lebih membanggakan, Fun Ven Xuen (5 Anggerik) dan adiknya Fun Ven Vhue (2 Cempaka) akan mewakili Kuala Lumpur ke Kejohanan Catur Peringkat Kebangsaan di Sarawak pada bulan Jun bagi kategori perempuan bawah 15 tahun.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan juga diucapkan kepada barisan guru penasihat serta ibu bapa atas segala bimbingan, dorongan dan sokongan padu yang diberikan dalam memastikan kejayaan anak-anak SMK Puteri Ampang terus gemilang. β€οΈπŸ–€

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.


Photos from SMK Puteri Ampang Official's post 04/05/2026

Pada 24 hingga 26 April 2026 yang lalu, telah berlangsung JADE CAMP anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Stadium Merdeka, melibatkan penyertaan lebih 2,000 orang dari seluruh negara πŸ‡²πŸ‡Ύ. Program ini turut mencatat sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dan peringkat Asia sebagai perkemahan Pandu Puteri dengan jumlah penyertaan paling ramai di Asia πŸ†βœ¨

SMK Puteri Ampang turut mengharumkan nama apabila menghantar kontinjen terbesar dari Kuala Lumpur, terdiri daripada 23 orang pelajar , seorang AJK Gear Up Facilitator (bekas pelajar PA) serta lima orang β€œGuide Mom”.

Diharapkan semua peserta memperoleh ilmu, pengalaman berharga serta meningkatkan semangat kepimpinan sepanjang program ini.

Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing, ahli Pandu Puteri dan semua pihak yang terlibat atas kejayaan cemerlang ini. Semoga terus maju dan melakar lebih banyak pencapaian membanggakan pada masa hadapan πŸŽ‰πŸ‘

Photos from SMK Puteri Ampang Official's post 01/05/2026

ANUGERAH DUTA 2025
(Digital Utilisation and Technology Awards)

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan murid cemerlang serta guru pembimbing yang komited atas kejayaan gemilang dalam memartabatkan budaya digital dan kecemerlangan akademik.

Pengiktirafan ini telah disampaikan dalam Majlis DUTA 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di Auditorium BSTP, Bukit Kiara pada 15 April 2026.

Kejayaan ini membuktikan usaha berterusan warga sekolah dalam memperkasa inovasi digital serta melahirkan generasi berdaya saing.

Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kecemerlangan.

Ikhlas daripada seluruh warga sekolah.




Photos from SMK Puteri Ampang Official's post 25/04/2026

πŸ”₯ SYABAS & TAHNIAH ! πŸŽ‰

Dengan penuh rasa bangga dan syukur, dimaklumkan bahawa pasukan Bola Keranjang SMK Puteri Ampang telah berjaya merangkul

πŸ† JUARA KEJOHANAN BOLA KERANJANGπŸ†
Kategori Bawah 18 Tahun Perempuan, MSS Daerah Keramat WP Kuala Lumpur 2026.

Kejayaan gemilang ini sekali gus melayakkan pasukan kita melangkah sebagai wakil ke peringkat seterusnya!

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemain yang telah berjuang dengan penuh semangat, jurulatih yang komited (Coach Mr Tang), guru pembimbing Cikgu Veronica & Cikgu Khairul Nizam serta ibu bapa yang tidak putus-putus memberikan sokongan padu dan kepercayaan.

Sesungguhnya, kejayaan ini bukan sahaja membanggakan sekolah, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Puteri Ampang untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Teruskan kegemilangan! πŸŽ‰πŸ”₯

Photos from SMK Puteri Ampang Official's post 23/04/2026

πŸ“š JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT πŸ“š

Program JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT anjuran Perpustakaan Negara Malaysia telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan jayanya.

Aktiviti ini telah dijalankan secara serentak di seluruh negeri dengan melibatkan semua murid dan guru, yang bersama-sama meluangkan masa membaca selama 10 minit sebagai usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.

Walaupun dalam musim peperiksaan, warga sekolah tetap meluangkan masa untuk membaca pelbagai bahan seperti fiksyen, bukan fiksyen dan bahan digital.

πŸ—“ Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 11.00 pagi

Semoga amalan membaca ini dapat diteruskan dan menjadi rutin harian demi melahirkan generasi berilmu 🌟

Photos from SMK Puteri Ampang Official's post 18/04/2026

πŸ‘ TAHNIAH & SYABAS! πŸ‘πŸ»πŸ”₯

Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan hoki Perempuan Bawah 18 (P B18) atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Hoki MSSD Keramat 2026!

Kejohanan ini telah berlangsung di Stadium Hoki KPM pada 14 dan 16 April 2026, dengan pasukan berjaya meraih:

πŸ₯‰ Pencapaian: Tempat Ke-3

Kejayaan ini adalah hasil daripada latihan berterusan, disiplin tinggi dan semangat juang yang kental!

Pasukan telah menunjukkan aksi yang mantap dan menang bergaya dalam beberapa perlawanan, membuktikan kesungguhan serta komitmen yang luar biasa sepanjang kejohanan. πŸ’ͺπŸ”₯

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan jurulatih pasukan serta guru pembimbing yang mantap:
✨Pn. Maisarah binti Mustafa
✨Pn. Najwa binti Hanafi

Teruskan melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada warga sekolah! πŸŒŸπŸ‘

Photos from SMK Puteri Ampang Official's post 16/04/2026

*TAHNIAH & SYABAS!*

Warga SMK Puteri Ampang dengan penuh bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para murid atas pencapaian cemerlang dalam

πŸ† KEJOHANAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KERAMAT 2026 πŸ†

β™ŸοΈ KATEGORI BERPASUKAN
⭐ JOHAN ⭐
1. Fun Ven Xuen
2. Qaireen Aleesya binti Muhammad Sabri
3. Khayla Eryna binti Khairul Azhar
4. Fun Ven Vhue

β™ŸοΈ KATEGORI INDIVIDU BAWAH 15 TAHUN

πŸ₯ˆ TEMPAT KE-2
β€’ Fun Ven Vhue

πŸŽ–οΈ TEMPAT KE-8
β€’ Puteri Nurzaherah Sofea binti Zakaria

β™ŸοΈ KATEGORI INDIVIDU BAWAH 18 TAHUN

πŸ₯‰ TEMPAT KE-3
β€’ Fun Ven Xuen

πŸŽ–οΈ TEMPAT KE-7
β€’ Qaireen Aleesya binti Muhammad Sabri

πŸ’ Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Amira, Cikgu Amirudin , Cikgu Nurzawani, selaku guru penasihat yang berperanan mengembangkan bakat mereka dalam sukan catur.

πŸ’Tidak dilupakan Cikgu Najib & Cikgu Adzuar atas bimbingan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang kejohanan berlangsung.

🌟 Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah! 🌟

Photos from SMK Puteri Ampang Official's post 15/04/2026

ANUGERAH DUTA 2025 (Digital Utilisation Technology Award)

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan murid yang luar biasa dan guru pembimbing yang berdedikasi atas pencapaian cemerlang dalam memartabatkan budaya digital dan kecemerlangan akademik:

πŸ†NAIB JOHAN (Runner-Up)
1. Pengkarya Muda Bahasa Inggeris
2.Pembaca Bestari Bahasa Melayu
2.Bicara Buku Bahasa Inggeris
4. Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA) 2025

πŸ† TEMPAT KETIGA
Pertandingan Canva

πŸ† TEMPAT KEEMPAT
3D Printing

SMK Puteri Ampang juga telah diangkat untuk memenangi ANUGERAH EMAS SEKOLAH MENENGAH bagi tahun 2025. serta ANUGERAH KHAS IKON DIGITAL yang dimenangi oleh Gabrielle Chew Ka Yee

Pencapaian ini telah diumumkan dan disampaikan dalam Majlis Digital Utilization and Technology Award (DUTA) 2025 peringkat WPKL yang berlangsung di Auditorium BSTP, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada hari ini 15 April 2026.

Syabas dan Tahniah!
Ikhlas daripada seluruh warga sekolah.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan AMPANG
Kuala Lumpur
55000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00