05/04/2026
"Gagal hanya akan jadi kekal kalau kita mengalah. Selagi kita masih mahu teruskan mencuba, gagal hanyalah satu fasa sementara sebelum berjaya.".
Matesh, pelajar MCPLUS dari Perak, mencerminkan kata-kata ini. Dulu asyik dapat bawah 20 markah, kadang-kadang dapat berbelas je sampai kena sorok kad laporan sebab takut kena hambat dengan ibu ayah. Sekarang Matesh dapat naik pentas sebagai salah seorang pelajar STRAIGHT A dari MCPLUS.
Kami bangga dapat membantu beliau, tapi sebenarnya min sendiri rasa tertampar. Matesh gagal, tapi dia tak mengalah. Berapa banyak perkara yang kita pernah gagal dan kita mengalah? Tanpa sedar, kita sebenarnya sedang menidakkan diri kita untuk melalui proses kejayaan. Jangan kita menidakkan anak-anak kita menjalani tarbiah kegagalan demi mencapai kejayaan. Jom hantarkan anak anda kepada tutor-tutor MCPLUS, InsyaAllah mereka semua dilatih khas bagi menyucuk motivasi sambil mengajar.