Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur

Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur, School, Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur, Anjung FELDA, Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur.

Photos from Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur's post 01/04/2026

SELASA
31 Mac 2026

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐’๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐’๐๐Œ) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Seramai 53 orang pelajar ASBFKL telah mengambil keputusan SPM 2025 yang terdiri daripada empat buah sekolah yang terdiri daripada SMK (P) Bandaraya, SMK Convent Bukit Nanas, SMK Aminuddin Baki, Victoria Institution dan SMK Seri Bintang Selatan.

Seramai tiga (3) orang pelajar yang mendapat gred A dalam semua matapelajaran manakala jumlah pelajar yang memperolehi keputusan 6A ke atas adalah seramai 13 orang berbanding 18 orang pada tahun 2024.

Tahniah kepada semua calon atas usaha dan kesungguhan yang telah ditunjukkan. Sama ada keputusan yang diperoleh menepati sasaran atau sebaliknya, yakinlah bahawa ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada langkah yang lebih besar.

Teruskan melangkah, kejar impian dan cipta kejayaan pada masa hadapan. Semoga segala usaha membuahkan hasil dan menjadi kebanggaan buat keluarga, guru serta sekolah.

26/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ikhlas daripada Pengurusan Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur.

Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Photos from Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur's post 20/03/2026

SABTU
14 Mac 2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐š๐ณ๐š๐ซ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง & ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐€๐’๐๐…๐Š๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan meriah dalam suasana santai seperti tahun-tahun sebelumnya. Konsep potluck diteruskan dengan penglibatan ibu bapa yang membawa juadah serta kelengkapan berbuka.

Program turut diserikan dengan Bazar Ramadan yang menampilkan 11 gerai jualan oleh pelajar-pelajar ASBFKL dengan pelbagai pilihan juadah berbuka.

Pihak pengurusan ASBFKL merakamkan penghargaan kepada PIBA, FELDA Dโ€™Saji serta semua ibu bapa atas sumbangan dan kehadiran yang bukan sahaja memeriahkan program, malah mengeratkan silaturahim antara semua.

Semoga kebersamaan ini berterusan dan kita dipertemukan lagi pada masa akan datang.

Photos from Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur's post 18/03/2026

KHAMIS
12 Mac 2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ก๐š๐ญ๐š๐ฆ ๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐€๐’๐๐…๐Š๐‹

Majlis Khatam Al-Quran ASBFKL telah berlangsung pada 12 Mac 2026 baru-baru ini bertempat di surau ASBFKL yang dipimpin oleh wakil pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran setelah para peserta berjaya menamatkan bacaan Al-Quran. Majlis ini juga bertujuan menyemai rasa cinta terhadap Al-Quran serta menggalakkan amalan membaca dan menghayatinya dalam kehidupan seharian.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran pihak pengurusan dan semua pelajar ASBFKL yang turut bersama bagi mengimarahkan lagi majlis yang penuh barokah ini.

Semoga dengan penganjuran Majlis Khatam Al-Quran ini, kita semua akan terus istiqamah membaca dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian. Diharapkan juga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi yang mencintai Al-Quran.

Photos from Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur's post 18/03/2026

KHAMIS
08 Januari 2026

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐€๐’๐๐…๐Š๐‹ ๐Š๐ž ๐“๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐Ÿ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

ASBFKL telah mengadakan sesi pendaftaran pelajar Tingkatan 1 tahun 2026 sebagai persediaan memulakan sesi persekolahan baharu pada 08 Januari 2026 yang lalu. Pendaftaran ini bertujuan memastikan pelajar yang terpilih dapat mendaftar masuk ke asrama dengan teratur dan terancang.

Para pelajar bersama ibu bapa hadir ke asrama untuk melengkapkan urusan pendaftaran serta menyerahkan dokumen yang diperlukan.

Sesi ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak. Diharapkan para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama serta memanfaatkan peluang ini untuk belajar dengan lebih berdisiplin dan berdikari.

07/10/2025

Assalamulaikum Tuan/Puan

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐„ ๐€๐’๐‘๐€๐Œ๐€ ๐’๐„๐Œ๐€๐ˆ ๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pengurusan Asrama Semai Bakti FELDA melalui Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA mempelawa murid tahun 6 sesi persekolahan 2025 warga FELDA yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti sistem pendidikan di Asrama Semai Bakti FELDA. Untuk memohon sila klik pautan dibawah atau imbas kod QR.

Tarikh: ๐Ÿ• ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Untuk Permohonan melalui: ๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ://๐ฆ๐ฒ๐š๐ฌ๐›๐Ÿ.๐Ÿ๐ž๐ฅ๐๐š.๐ง๐ž๐ญ.๐ฆ๐ฒ/๐ซ๐ž๐ ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ

Untuk keterangan lanjut berkaitan ASBF: ๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ://๐ฆ๐ฒ๐š๐ฌ๐›๐Ÿ.๐Ÿ๐ž๐ฅ๐๐š.๐ง๐ž๐ญ.๐ฆ๐ฒ

Terima kasih

Photos from Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur's post 10/09/2025

JUMAAT-AHAD
5-7 September 2025

๐Š๐ž๐ฆ ๐‰๐š๐ญ๐ข ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข ๐๐š๐ง ๐’๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š๐ก ๐€๐’๐๐…๐Š๐‹

Kem Jati Diri dan Sahsiah telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Nur Laman Bestari Ulu Yam, Selangor. Seramai 86 orang pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 menyertai kem ini.

Kem ini merupakan platform penting untuk pelajar membina akademik, fizikal, mental dan spiritual. Program ini menekankan pembentukan akhlak, pembangunan rohani serta pengukuhan ukhuwah, sekali gus membantu melahirkan pelajar berdisiplin, berdaya tahan dan seimbang dalam semua aspek kehidupan.

Diharapkan melalui program ini, para pelajar dapat menjadi insan yang cemerlang, berakhlak mulia dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Hikers Climber Adventure Teams

05/09/2025

Sunnah Baginda adalah jalan penyatuan, mendidik kita untuk menghormati, mengasihi dan saling melindungi.

Salam Maulidur Rasul 1447H.

Photos from Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur's post 31/08/2025

KHAMIS
28 Ogos 2025

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐€๐’๐๐…๐Š๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Majlis Sambutan Merdeka ASBFKL telah diraikan bersama dengan PIBA yang dihadiri oleh Yang DiPertua dan wakil AJK PIBA.

Sebelum majlis bermula, program kerohanian seperti solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yasin diadakan bagi mendapat keberkatan serta memupuk nilai kesyukuran dalam kalangan warga asrama.

Dengan tema rasmi tahun ini, โ€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuniโ€, semangat cintakan negara dipupuk melalui kibaran Jalur Gemilang, nyanyian lagu patriotik dan sesi kuiz kemerdekaan yang dimeriahkan lagi oleh tetamu jemputan khas, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan saudara Mamak Puteh.

Pihak pengurusan asrama mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat bagi memeriahkan lagi program tersebut. Semoga erti kemerdekaan dapat memberikan seribu erti dalam jiwa anak-anak ASBFKL.

27/06/2025

Semoga dapat menyinari hidup kita dengan memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun lalu.

Salam Maal Hijrah 1447H, Selamat Tahun Baru Islam.

06/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Semoga semangat pengorbanan membimbing hidup kita sentiasa.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur, Anjung FELDA, Jalan Perumahan Gurney
Kuala Lumpur
54000