Unit Pendidikan Menengah MAIWP

Unit Pendidikan Menengah MAIWP

Share

Education

16/05/2026

SELAMAT HARI GURU
DARI KAMI
WARGA BPI MAIWP 2026

27/04/2026

Assalamualaikum...
Makluman.. sedang berlansung...
Semoga dipermudahkan... Aamiin...

26/04/2026

https://www.facebook.com/share/1KfH38hLWG/

πŸ† DAIE VOICE NAIB JOHAN KEBANGSAAN – Pujian Hangat Juri, Isyarat Garang SMA MAIWP Ke MIISMAN!

BERITA:
Kumpulan nasyid DAIE VOICE terus mencipta kejayaan gemilang apabila dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Pertandingan SMATAEC FENAS Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung dengan penuh persaingan sengit.

Lebih membanggakan, mereka turut meraih Anugerah Khas Muzik/Perkusi Terbaik, hasil daripada susunan muzik yang kreatif, kemas dan penuh impak. Persembahan yang dipamerkan bukan sahaja bertenaga, malah sarat dengan penghayatan yang tinggi.

Apa yang paling mencuri perhatian ialah pujian hangat daripada kesemua juri, yang sepakat mengakui kehebatan DAIE VOICE dari segi kekuatan vokal, kekemasan rentak serta keunikan persembahan di pentas.

Kejayaan ini turut menjadi petanda jelas bahawa kumpulan nasyid SMA MAIWP kini berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik menjelang Pertandingan MIISMAN esok, dalam usaha mewakili Wilayah Persekutuan ke peringkat kebangsaan.

Dengan momentum kemenangan dan prestasi yang semakin memuncak, SMA MAIWP dilihat sebagai antara pencabar utama yang berpotensi mencipta kejayaan lebih besar dalam pertandingan seterusnya.

24/04/2026

Selamat datang, Ahlan Wa Sahlan diucapkan kepada semua guru baharu Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP.

Semoga semua ustaz ustazah dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan komitmen dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia serta seimbang dari segi akademik dan hafazan.

Selamat menjalankan tugas dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Tahniah!

08/04/2026

β€œSetinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pelantikan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam JPWPKL. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta menjalin kerjasama yang erat bersama SMA MAIWP demi kejayaan bersama.”

Photos from Unit Pendidikan Menengah MAIWP's post 08/04/2026

07.04.2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Premira Kuala lumpur bagi Bengkel Pascanilai SPM dan STAM Tahun 2026 yang melibatkan warga pendidik dari:

🏫 SMA MAIWP Kuala Lumpur
🏫 SMISTA MAIWP
🏫 SMA MAIWP Labuan
🏫 Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP

Bengkel ini bertujuan untuk membuat analisis pasca peperiksaan SPM dan STAM, mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, di samping merangka strategi penambahbaikan bagi meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar pada masa akan datang.

πŸ’‘ Sepanjang bengkel, para peserta telah:
βœ… Meneliti keputusan dan prestasi semasa
βœ… Berkongsi amalan terbaik (best practices)
βœ… Membincangkan intervensi berfokus bagi subjek kritikal
βœ… Merangka pelan tindakan strategik untuk tahun seterusnya

🀝 Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua guru membuktikan kesungguhan dalam memastikan kualiti pendidikan terus dipertingkatkan, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.

Semoga segala usaha yang dirancang akan membuahkan hasil yang lebih gemilang pada masa hadapan. Teruskan kecemerlangan! 🌟


01/04/2026

SEKALUNG TAHNIAH..
KEPADA SEMUA PELAJAR DI BAWAH INSTITUSI PENDIDIKAN MAIWP
ATAS PENCAPAIAN DALAM PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MALAYSIA (SPM) 2025
" LANGKAH KECIL HARI INI, KEJAYAAN BESAR ESOK NANTI"

IKHLAS DARIPADA:
UNIT PENDIDIKAN MENENGAH
BPI MAIWP

Photos from Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan - MAIWP's post 01/04/2026
31/03/2026

https://www.facebook.com/share/17a6MJRi34/

Tahniah & Syabas πŸŽ“

Sekalung tahniah kepada Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur (SMA MAIWP KL) atas pencapaian cemerlang dalam SPM 2025 dengan memperoleh GPS 2.04.

Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi para pelajar, dedikasi guru serta sokongan padu semua pihak dalam memastikan kecemerlangan pendidikan terus diperkasakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar prestasi yang lebih gemilang pada masa hadapan.

MAIWP komited memacu kegemilangan ummah.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00