SurauKinabalu

SurauKinabalu

Share

Penghayatan dalam pengimarahan. Ikuti program-program yang dianjurkan oleh Surau Kinabalu, KK8 sama

11/12/2025

✨BACAAN KAHFI KINABALU ✨

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk bersama-sama menghayati Program Bacaan Surah Al-Kahfi berjemaah mengikut ketetapan berikut:

📆 Tarikh: *Setiap Hari Khamis*
🕗 Masa: *Selepas Solat Maghrib*
📍Tempat: *Surau Kolej Kinabalu*

Rasulullah SAW bersabda:

_Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat._
-HR Ibnu Nasa’i & Baihaqi-

Kehadiran semua muslimin dan muslimat amat dialu-alukan.



06/07/2025

Pihak Jawatankuasa Kinabalu 24/25 mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga semua mahasiswa dan mahasiswa yang menduduki peperiksaan dilancarkan urusan, diperkuat hafalan dan ujian dipermudahkan.

‘Bittaufiq wannajah fil imtihan’

Photos from SurauKinabalu's post 06/07/2025

Pihak Jawatankuasa Kinabalu 24/25 mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga semua mahasiswa dan mahasiswa yang menduduki peperiksaan dilancarkan urusan, diperkuat hafalan dan ujian dipermudahkan.

‘Bittaufiq wannajah fil imtihan’

Photos from SurauKinabalu's post 06/07/2025

Tirai ditutup, tugasan terlaksana.

Pihak Jawatankuasa Surau Kinabalu kini dengan rasminya melabuhkan tirai tugasan. Segala kerjasama, sokongan dan cadangan penambahbaikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Adapun segala cacat cela yang atau perkara yang tidak diingini terjadi, pihak kami dahului dengan seribu kemaafan bersama sepuluh jari yang dirapati.

Bersama kita menggerakkan ummah bagi membentuk masa hadapan yang cerah dan penuh keberkatan. Sekian, terima kasih.

Photos from SurauKinabalu's post 06/07/2025
Photos from SurauKinabalu's post 04/07/2025

RANGKUMAN AKTIVITI SURAU KINABALU 24/25

Aktiviti Surau Kinabalu 24/25 sudah sampai ke penghujungnya!

Dengan rendah hati pihak Jawatankuasa Surau Kinabalu memberikan sekalung penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih bagi semua pihak yang menjayakan aktiviti dan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga aktiviti ini dapat memberikan ibrah dan manfaat pada masa kini dan kesan yang positif pada masa akan datang.

❤️

07/06/2025

Pihak Jawatankuasa Surau Kinabalu 24/25 mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri bagi seluruh muslim.

Diharapkan raya korban pada kali ini dapat memupuk jiwa yang ikhlas dalam mengorbankan sesuatu dalam kehidupan bagi meraih kejayaan.

Jangan lupa ikuti media sosial kami di Instagram untuk ketahui perkembangan aktiviti kami pada masa akan datang!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603