08/08/2025
⚜ Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam PENGAKAP⚜️
Kami Ahli Krew Kelana Udara B Bandar Razak telah berkhidmat bagi program *INTERNATIONAL INDOOR AIR GAMES 2025*
MAKLUMAT PROGRAM
📆 25-27 Julai 2025
📌 Dewan MBPJ, Padang Timur MBPJ, Windlab 1 Utama
Anjuran Malaysia Sport Aviation Federation dengan kerjasama beberapa badan lain.
Sepanjang 3 hari aktiviti berlangsung, pelbagai pengalaman yang menarik yang dirasai oleh krew Kelana B Bellatrix 🤩. Antaranya ialah :
✈️ Ahli dapat mengambil pengalaman dan belajar menguruskan program dalam sesuatu kelompok mahupun organisasi.
✈️Mendapatkan ilmu tentang sukan udara bersama dengan individu yang berpengalaman tinggi.
✈️Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang ramai
✈️ Belajar menguruskan masa dengan lebih baik dalam menguruskan program.
“SERVICE IS WHAT LIFE IS ALL ABOUT”
“SEKALI BERPENGAKAP SELAMANYA BERPENGAKAP”