29/12/2022
Simpan sini untuk rujukan.
Budaya Melayu Riau
Budaya Melayu dikenali dengan agama, bahasa, dan adat-istiadat. Adat Melayu merupakan konsep yang menjelaskan satu keseluruhan cara hidup Melayu.
Orang Melayu menyebut fenomena budaya mereka sebagai “ini adat kaum” masyarakat Melayu mengatur kehidupan mereka dengan adat agar setiap anggota adat hidup beradat, seperti adat alam, hukum adat, adat beraja, adat bernegeri, adat berkampung, adat memerintah, adat berlaki-bini, adat bercakap, dan sebagainya. Adat adalah fenomena keserumpunan yang mendasari kebudayaan Melayu.
Dahulu Melayu merupakan kerajaan-kerajaan yang berada di seluruh Alam Melayu. Seorang raja harus memegang teguh adat Melayu dalam menjalankan kekuasaannya terhadap rakyatnya. Adat-adat Raja-raja Melayu di antaranya:
Melayu diri, yaitu merendahkan diri, tiada mau membesarkan diri, baik dari segi adab-tertib, bahasa pertuturan, perjalanan, dan kedudukan.
Tidak garang, yaitu berlemah lembut tidak berlebih-lebihan, tidak berkurangan.
Orang yang majlis, yaitu pertengahan (sederhana) dalam perlakuan, perbuatan, perkataan, pakaian, dan perjalanannya.
Adab pandai menyimpan diri, yaitu pandai mengawal kata-kata, penglihatan dan pandangan dari perkara yang keji.
Seorang Melayu adalah seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu, beradat Melayu dan mengakui Melayu.
Budaya Melayu Riau hampir sama dengan kebudayaan di Sumatera, Malaysia, dan Singapura. Ini kerana faktor pop**asi dan sejarah wilayah-wilayah yang berdekatan menyebabkan suku kebudayaan khas daerah Riau didominasi oleh suku Melayu.
Corak Budaya Melayu Riau ditentukan oleh sifat, ciri dan penampilan orang Melayu itu sendiri. Oleh kerana itu, salah satu sifat orang Melayu adalah pemalu. UU Hamidy mengatakan, orang Melayu punya penampilan pemalu. Sifat pemalu menghasilkan tingkah laku yang terpelihara. Tingkah laku yang terpelihara menunjukan bahwa orang Melayu tidak berbuat semena-mena.
Masyarakat Melayu pantang melanggar kewajibannya dalam Islam. Jika melanggar, apalagi meninggalkan Islam alias, maka tidak dianggap lagi sebagai orang Melayu. Walaupun demikian, warga di sini amat terbuka bagi para pendatang yang mencari peruntungan. Sebagaimana watak khas masyarakat Melayu yang ramah menerima tamu.
Tetapi, seperti pepatah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, para pendatang di Riau tetap harus beradaptasi dengan norma-norma sosial kebudayaan Melayu.
Di dalam pemerintahan p**a, adat Melayu menetapkan bahawa seorang raja hendaklah berunding dan bermuafakat ataupun meminta petua dan nasihat mahupun pandangan dari Pemangku Adat yang disebut 'Pucuk Adat' dan Alim Ulama. Di dalam ungkapan adat ada dinyatakan:
"Kukuh daulat kerana rakyat, tegak maruah kerana amanah, mulia raja kerana budinya, sejahtera negeri kerana sehati".
~Srikandi
luhur sejarahku abadi
*Kitab Saktimuna: https://shope.ee/A9i0MoPMGo
Kredit: Budaya Melayu Riau Pada Era Globalisasi, Saidat Dahlan; Adat Dan Institusi Beraja Di alam Melayu Riau, Tenas Effendy; https://www.riauonline.co.id/; dtechnoindo.blogspot