08/07/2020
Kebebasan,kemanusiaan dan kedaulatan, mana yang utama?
Nukilan sahabat untuk:
Cikgu Azmi dan Fahmi Fadzil
Jujurnya memperjuangkn kebebasan tidak salah tetapi kebebasan harus ada tanggungjawab dan sempadan. Kebebasan terutama media ataupun kebebasan bersuara mesti mempunyai tatacara yang molek serta peradaban yang tinggi.
Jadi, saya ingin bertanyakan kepada saudara fahmi fadzil, dan beberapa NGO /aktivis, apa yang sebenar anda perjuangkan dalam konteks kebebasan?
Adakah kebebasan tanpa batasan?atau
Kebebasan yang bagaimana?,
Dalam konteks membina masyarakat madani yang baik,
Kebebasan juga perlu tetapi wajar dan batasan dan tanggungjawab. Bermaksud kebebasan harus tidak melawan nilai dan budaya ketimuran, kebebasan tidak bercanggah dari hukum agama, kebebasan harus tidak digunakan menyebar fitnah dan rasa benci yang tiada penamatnya. Setiap insan yang bebas bertanggungjawab akan setiap tindakannya, serta bersedia menghadapi akibat dari tindakan.
Jika merujuk laporan media Al-jazeera, maka amat wajar, kita sebagai rakyat Malaysia, yang dilahirkan di tanah air ini,mengecam tindakan media tersebut yang seolah-olah mengecam the kedaulatan negara dengan menyatakan pendatang asing tanpa izin tidak boleh dikenakan tindakan, dan laporan ini juga tidak mengambarkan keseluruhan situasi.
Jika saudara tidak mengerti kedaulatan negara bermakna tidak ada campur tangan asing dalam menentukan dasar atau polisi sesuatu negara. Kedaulatan juga memberi keutamaan kepada warganegara tanpa mengira bangsa dan agama, dan menjamin keselamatan mereka. Itu hak setiap warganegara yang harus dipikul oleh setiap kerajaan yang memerintah.
Jika saudara meneliti setiap bait kata-kata dalam laporan tersebut, maka kita dapat simbulkan ia berniat jahat serta laporan ini tidak menyeluruh. Tidak keterlaluan saya katakan ia mengandungi berita palsu.
Saudara, berbeza pendapat serta pegangan politik itu tidak salah, tapi haruslah meletakkan kedaulatan negara itu melebihi dari mana-mana kepentingan parti atau figura.
Inilah politik matang dan sejahtera, ini asas Reformasi, jika kita hanya mereformasi institusi tanya mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera, maka kita gagal membina islah dalam mewujudkan masyarakat madani yang hebat.
Dan anehnya ketika negara kita dihina oleh media luar, ada sekumpulan NGO yang lebih tepat 32 NGO Menyerahkan memorandum mengenai pelarian. Mereka yang hadir adalah cikgu Azmi, ustaz Ahmad Awang, wakil ABIM serta GPM. Tujuan memyatakan kegagalan kerajaan menbendung rasa negatif masyarakat kepada pelarian.
Saudara-saudaraku, secara dasarnya ia suatu yang murni serta baik mempertahankan orang yang tertindas,tetapi adakah saudara2 benar melihat keadaan sebenar?
Pernahkah saudara mendengar ada diantara kita memperhambakan pelarian ini? Atau pernah mereka diseksa atau dihina dengan teruk.
Mungkin saudara lupa, Negara kita tidak pernah menandatangani Perjanjian pelarian. Bahkan sejak 1960an lagi, negara kita sudi menerima pelarian perang, dari pelbagai negara, bahkan termasuk yang Muslim.
Saudaraku, lupakah kita akan kejadian di Pulau Bidong, ratusan pelarian Vietnam menentang penguatkuasa apabila diminta pulang ke Negara asal.
Pernah saudara melihat keadaan pasar borong selayang yang kotor? Pernah saudara melihat anak-anak kecil meminta sedekah atas tiket pelarian.
Pernahkan saudara memikir punca hal ini berlaku, dari ia bermula, bahkan isu tidak pernah wujud sebelum ini.
Jangan mudah menyalahkan satu pihak tanpa meneliti asbabnya. Ia suatu ketidakadilan.
Saudara, jika menerima pelarian ini adalah penyelesaian pendek, dan menerima mereka tanpa memikirkan kesan selepasnya juga ibarat mengadai kedaulatan.
Kemanusiaan itu penting tapi kedaulatan juga lebih penting. Jika sikap segelintir pelarian ini yang "bermaharajalela", tidak menghormati undang2 negara bukankah ia tindakan yang mengugat kedaulatan.
Mungkin saudara lupa, rakyat kita antara penderma terbesar kepada rakyat Palestin, ada juga diantara mereka diberi biasiswa oleh Kerajaan bagi melanjutkan pelajaran,kemurahan hati rakyat kita terhadap isu Palestin menyebab wujud sindiket, seperti dilaporkan oleh DUTA Malaysia ke Palestin.
Saudara mengatakan hak pelarian dalam islam, tetapi saudara lupa terlalu banyak hak orang islam tempatan mula ditindas, hak ekonomi, isu jawi dan isu memartabatkan mahkamah syariah juga isu islam yang kita harus bersama.
Jika kita ingin memperjuangkan hak Islam perjuangkanlah keseluruhan bukan sesetengah perkara.