03/06/2026
📚NILAM 📚
Jom NILAM dengan AINS!!
💐Terima kasih kepada ibu bapa yang membimbing anak-anak merekod bacaan NILAM melalui sistem AINS dalam portal DELIMa.
📌Ayuh! kita jadikan NILAM bukan sekadar rutin untuk merekod data malah kita tanamkan budaya membaca sebagai gaya hidup anak-anak sepanjang masa.
✨ Mengapa NILAM ini perlu?
✅ Mudah & Sistematik: Rekod bacaan di mana sahaja, walaupun dari rumah!
✅ Budaya Membaca: Memupuk minat membaca setiap hari secara konsisten.
✅ Ganjaran Menanti: Hadiah menarik menanti murid paling aktif merekod bacaan apabila sekolah dibuka nanti.
Cara mudah NILAM :
1️⃣ Pilih bahan bacaan.
2️⃣ Baca atau Tonton video ilmu.
3️⃣ Isi maklumat bacaan dalam sistem AINS.
4️⃣ Siap! 👍🏻
📚 Kita ada Rak Maya SKEBA.
Murid-murid boleh mendapatkan bahan bacaan digital secara percuma menerusi link Rak Maya SKEBA yang telah dikongsikan dalam kumpulan WhatsApp kelas.
Jom manfaatkan masa di rumah dengan membaca. Jadikan setiap naskhah sebagai jendela ilmu buat anak-anak kita.
Terima kasih atas kerjasama anda.
24/05/2026
🏆 MINECRAFT EDUCATION CHALLENGE 2026 - WPKL LEVEL
Congratulations to:-
⭐️Ammar Zafran bin Azwan
from Year 6 Inovatif
for achieving Third Place in the competition.
Special appreciation to:-
👏 Mr Aziz for his guidance and dedication as the trainer.
Your creativity, innovation and dedication have truly made the school proud. Keep striving for excellence and continue to shine brightly in every challenge ahead. ⭐️
24/05/2026
🏆 TAHNIAH & SYABAS 🏆
PERTANDINGAN MINECRAFT EDUCATION CHALLENGE 2026 PERINGKAT WPKL
⭐️ TEMPAT KETIGA ⭐️
Ammar Zafran bin Azwan 💪🏻
Tahun 6 Inovatif
Guru Pembimbing:
Cikgu Muhammad Aziz bin Md Janal 💪🏻
📌Projek:
Melaka Mampan 2050: Pertemuan Warisan dan Masa Depan
📌Tema:
Visit Malaysia 2026: Explore Malaysia States, Sustain Our Future.
Syabas atas kreativiti dan inovasi yang dipamerkan. Semoga terus cemerlang. 💪🏻⭐️
20/05/2026
SENAMROBIK JOM SIHAT SENTULIAN🇲🇾
🗓️Tarikh/Hari: 20 Mei 2026/Rabu
🕰️Masa: 7:15 pagi - 7:30 pagi
📍Tempat: Dataran SKEBA
✨Luangkan masa untuk bersenam seketika bagi memastikan kesihatan badan terjamin di samping berkemampuan untuk menjalani kehidupan harian dengan aktif dan bertenaga.
UNIT KOKURIKULUM
SK KEPONG BARU
20/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semua ibu bapa yang berkelapangan dijemput hadir bagi menjayakan Program Pengindahan Landskap Sekolah pada:
📅 23 Mei 2026 (Sabtu)
🕢 7.30 pagi
Kerjasama dan sokongan semua amat dihargai. Terima kasih.
19/05/2026
✨ BENGKEL LOOKER STUDIO & GOOGLE APPS SCRIPT ✨
📅 Selasa | 19 Mei 2026
📍 Makmal ICT, SK Kepong Baru
🕑 2.00 Petang – 4.00 Petang
Alhamdulillah, bengkel berkaitan Looker Studio dan Google Apps Script telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran digital guru dalam pengurusan data dan automasi tugasan. 📊💻
Terima kasih kepada semua guru yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang bengkel berlangsung. ✨
19/05/2026
BENGKEL PENGGUNAAN AI TOOLS DI DALAM PELANTAR DELIMa PPD SENTUL✨🇲🇾
🗓️Tarikh/Hari: 19 Mei 2026/Selasa
🕰️Masa: 8:30 pagi - 4:00 petang
📍Tempat: Auditorium, Tingkat 3, SJK(C) Kepong 2
👨💻Memperkasa transformasi digital melalui pelaksanaan Bengkel AI Tools yang memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi AI secara praktikal dan berkesan🌟