10/10/2023
Assalamualaikum wrh wbt...
CERAMAH KHAS MINGGU DANA WAKAF UTMKL
Bertajuk:
SAHAM DUNIA VS SAHAM AKHIRAT
Bersama:
USTAZ MOHD HAMBALI BIN RASHID
Tarikh: 13 OKTOBER 2023 (JUMAAT)
Masa: 12.30 TENGAH HARI - 1.15 TENGAH HARI
Jangan lupa ikuti laman page facebook UNIT DANA WAKAF UTMKL untuk makluman lanjut!
FB Page: UNIT DANA WAKAF UTMKL https://www.facebook.com/wakafUTMKL
📍 "JOM BERWAKAF!!!”
Cepat dan mudah!
UNIT DANA WAKAF PENDIDIKAN UTM KUALA LUMPUR
ONLINE TRANSFER KE :
14032010099230 – BANK ISLAM
Penerima: "DANA WAKAF UTMKL"
.. Ikuti langkah seterusnya😊
Terima Kasih di atas sumbangan anda!!!
Semoga Allah memberkati harta hidup kita semua serta kurniakan rezeki seluas-luasnya✨. Aamiin🤲🏻
05/10/2023
Assalamualaikum wrh wbt...
FORUM KHAS DANA WAKAF UTMKL
Bertajuk:
MEMPERKASA INSTITUSI WAKAF
Bersama:
PANEL 1 : PROF. MADYA DR. MUSHADDAD BIN HASBULLAH
PANEL 2 : PROF. MADYA DR. MOHD DAUD BIN AWANG
Tarikh: 6 OKTOBER 2023 (JUMAAT)
Masa: 11.00 PAGI - 12.45 TENGAH HARI
Jangan lupa ikuti laman page facebook UNIT DANA WAKAF UTMKL untuk makluman lanjut!
FB Page: UNIT DANA WAKAF UTMKL https://www.facebook.com/wakafUTMKL
📍 "JOM BERWAKAF!!!”
Cepat dan mudah!
UNIT DANA WAKAF PENDIDIKAN UTM KUALA LUMPUR
ONLINE TRANSFER KE :
14032010099230 – BANK ISLAM
Penerima: "DANA WAKAF UTMKL"
.. Ikuti langkah seterusnya😊
Terima Kasih di atas sumbangan anda!!!
Semoga Allah memberkati harta hidup kita semua serta kurniakan rezeki seluas-luasnya✨. Aamiin🤲🏻
03/10/2023
Assalamualaikum wrt. wbt.,
KEPUTUSAN AKHIR DAN PEMENANG PERTANDINGAN POSTER SEMPENA MINGGU DANA WAKAF UTM KUALA LUMPUR
Kami amat bebesar hati ingin mengumumkan keputusan akhir dan pemenang-pemenang bagi pertandingan poster sempena Minggu Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur anjuran Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur. Kami mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana berani menonjolkan bakat dalam mereka bentuk poster.
Berikut adalah pemenangnya:
JOHAN 🥇- AIDIL HANAFI BIN SHAMSUL AKMAL
NAIB JOHAN 🥈 - MUHAMMAD FARIS BIN MAT NAZER
TEMPAT KETIGA 🥉 - AZRUL HESYAM BIN WAGIRAN
SAGUHATI
SAGUHATI 1🏅- MUHAMMAD BILAL BIN AHMAD
SAGUHATI 2 🏅- MUHAMMAD FAIZ BIN MAHMOOD
SAGUHATI 3 🏅- ROSDY BIN YAZID
SAGUHATI 4 🏅- RAHMAH BINTI MUKHLAS
SAGUHATI 5 🏅- RAFIDAH BINTI AHMAD
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan juga mereka yang terlibat dalam Pertandingan Poster Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur.
Kami juga ingin menjemput para pemenang untuk hadir ke sesi penyampaian hadiah di Dewan Azman Hashim UTM Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2023 , jam 8.30 seiring dengan program Pelancaran Minggu Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur.
Sekian, UNIT DANA WAKAF UTM KUALA LUMPUR
02/10/2023
Assalamualaikum wrt. wbt.,
PERTANDINGAN POSTER SEMPENA MINGGU DANA WAKAF UTM KUALA LUMPUR
Bersempena dengan Minggu Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur , Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur telah mengadakan Pertandingan Poster sempena Minggu Dana Wakaf. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan dari staf dan pelajar UTM Kuala Lumpur. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang menyertai pertandingan ini.
Markah dikira melalui kreativiti Poster, dan jumlah "likes" di Facebook Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur. Para peserta dikehendaki untuk menyebarkan link pautan poster peserta untuk meraih "likes" yang terbanyak.
Pengiraan "likes" akan berakhir pada 4 Oktober 2023 jam 5.00 petang.
Pemenang akan diumumkan pada 5 oktober 2023.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta.
Jangan lupa untuk mengikuti page rasmi Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur untuk info berkenaan wakaf dan projek-projek wakaf yang sedang atau akan dijalankan di Masjid UTM Kuala Lumpur
22/09/2023
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Y.Bhg. Tan Sri/Dato'/Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur akan menganjurkan Pertandingan Poster sempena Minggu Dana Wakaf
3. Berikut adalah butiran bagi pertandingan tersebut:
i. Penyertaan terbuka kepada semua staf dan pelajar UTMKL
ii. Poster perlu bertemakan menggalakkan umat Islam berwakaf
iii. Poster perlu disertakan :
-Logo Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur (Logo seperti dilampirkan)
-Logo UTM (Logo seperti lampiran)
iv. Kandungan poster hendaklah ciptaan hak milik sendiri dan tidak memplagiat hasil karya mana-mana pihak
v. Saiz poster 1080 pixel x 1080 pixel dan saiz fail tidak melebihi 10MB dalam bentuk JPG/PNG
vi. Sila klik link Pertandingan Poster Sempena Minggu Dana Wakaf bagi borang penyertaan.
vii. Peserta perlu mengisi maklumat dengan lengkap dan poster akan dimuat naik di Facebook Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur
viii. Kriteria pemilihan pemenang adalah seperti berikut:
-Penilaian panel merangkumi aspek mesej yang disampaikan dan kreativiti serta kekemasan poster (70%)
-Jumlah ‘like’ paling banyak di Facebook Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur (30%)
ix. Berikut ialah Hadiah Pertandingan :
-Tempat Pertama : RM 300.00
-Tempat Kedua : RM 200.00
-Tempat ketiga : RM 100.00
-5 Saguhati : RM 50.00
x. Berikut ialah garis masa pertandingan :
- 22 September 2023 : Pertandingan bermula
- 1 Oktober 2023 (Jam 12 Malam) : Tarikh tutup
- 2 Oktober 2023 – 3 Oktober 2023: Poster di muat naik di Facebook Pusat Islam UTM Kuala Lumpur dan peserta berkongsi pautan link poster di Facebook Unit dana Wakaf UTM Kuala Lumpur untuk jumlah “like” tertinggi
- 3 Oktober 2022 (jam 5.00 petang) : Pengumuman pemenang dan jemputan ke penerimaan hadiah pertandingan yang akan berlansung pada 4 Oktober.
4. Untuk maklumat lanjut , sila hubungi pegawai Unit Dana Wakaf yang bertugas : Encik Muhammad Alauddin di talian 011-61560179 .
5. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput seluruh warga UTMKL untuk menyertai pertandingan ini. Sijil penyertaan disediakan.
6. Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof/YBrs. Dr/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
21/07/2023
LAWATAN MAHABBAH KE PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
18 Julai 2023 – Unit Dana Wakaf UTM KL telah mengadakan Lawatan Mahabbah ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Hartanah, yang bertempat di Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur. Lawatan ini diketuai oleh Pro Naib Canselor UTM KL, Prof. Ts. Dr. Abd Latif Bin Saleh, serta diiringi beberapa orang ahli jawatankuasa Unit Dana Wakaf UTM KL.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi hala tuju UDW UTMKL, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kedua-dua pihak.
07/07/2023
Jom berwakaf bersama Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur!
Unit Dana Wakaf UTMKL membuka peluang kepada orang ramai untuk berwakaf bagi membantu dalam melestarikan pembangunan pendidikan di UTMKL, seterusnya dapat membantu pelajar-pelajar yang memerlukan melalui manfaat wakaf diperolehi.
Selain berniat wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh berwakaf dengan berniat untuk ibubapa atau keluarga kerana Allah SWT.
Ayuh salurkan sumbangan anda melalui akaun Dana Wakaf Pendidikan UTMKL di Bank Islam Malaysia Berhad,14032010099230, atau boleh imbas kod QR yang disediakan.
Jumlah bukan ukuran tetapi keikhlasan adalah lebih utama, In Sha Allah.
Semoga Allah SWT gantikan kepada anda dengan yang lebih baik. Terima kasih.
Jazakallahu khairan.
07/07/2023
Semoga Allah SWT memberi kita ilmu-ilmu yang bermanfaat dan kefahaman dalam agama agar kita dapat menyampaikannya kepada orang lain.
12/04/2023
7 Amalan yang boleh dilakukan menjelang 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.
1. Qiamullail
2. Sedekah
3. Membaca Al-Quran
4. Berdoa dengan lebih panjang
5. Perbanyakkan solat sunat
6. Berselawat & Berzikir
7. Memohon Keampunan
Jom berwakaf bersama Unit Dana Wakaf Pendidikan UTMKL. Salurkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 14032010099230 (Dana Wakaf Pendidikan UTMKL).
"Semoga Allah Membalas Segala Kebaikanmu"
29/03/2023
Wakaf merupakan amalan sedekah yang digalakkan oleh Islam terhadap umatnya yang berkemampuan agar kesenangan yang dikurniakan itu dapat dinikmati oleh golongan kurang berkemampuan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT:
لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ
Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali Imran: 92)
Bersempena dengan bulan yang penuh keberkatan, Jom kita berwakaf bersama Unit Dana Wakaf Pendidikan UTM Kuala Lumpur.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia - BIMB 14032010099230 Dana Wakaf Pendidikan UTMKL.
جزاك اللهُ خيرً
“Semoga Allah Membalas Kebaikanmu”.