Rz Academy

Rz Academy

Share

Financial Info

12/04/2021

Salam Ramadhan kpd semua..
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik drpd sebelumnya

Photos from Rz Academy's post 07/04/2021

Our Recent TCL Event with Windsor Broker

Photos from Rz Academy's post 05/04/2021

🎊CONTEST SANTAI RAYA🎊
Tarikh bermula : 05 April 2021 - 04 May 2021 (22 hari)

🎉🎁 Hadiah berupa wang tunai akan diberikan kepada pemenang 🎁🎉
💸Tempat 1 : RM1500 + TV 50 Inci
💸Tempat 2 : RM1000 + Samsung Tab
💸Tempat 3 : RM800 + Gaming Chair

💢Syarat - Syarat Penyertaan💢

✅ WAJIB Mendaftar “AKAUN PRIME” bersama Fullerton di CSR LINK: https://www.fullertonmarkets.com/open-live-account?ib=350110&lang=english
✅ Minimum Deposit USD50
✅Maximum Deposit - OPEN..
✅ Semua teknik trading dibenarkan termasuk EA/Robot.
✅ Pemenang akan ditentukan berdasarkan Lot yang TERTINGGI mengikut turutan dan tiada had limit untuk membuat TOP UP deposit bagi mengukuhkan margin.
✅ Ada pelbagai jenis cara/pilihan untuk deposit DIGALAKKAN menggunakan “Direct/Payment Online Banking”.
✅ Selepas membuat deposit, peserta WAJIB menghantar mesej whatsapp kepada Admin pilihan serta mengisi FORM PENYERTAAN INI

CLICK FORM INI https://forms.gle/i8QecTKCPknEcnhE9

➡️ WAJIB MENGGUNAKAN INVESTOR PASSWORD “ CSR2021”
➡️ Rangking semasa akan di UPDATE di TELEGRAM..
CONTEST SANTAI RAYA (CSR)
➡️ Segala keputusan adalah muktamad dari pihak penganjur.
➡️ Pemenang akan diumumkan melalui Telegram CONTEST SANTAI RAYA (CSR) pada 05 May 2021.
➡️ Untuk maklumat lanjut boleh PM admin yang disediakan..

Dzul - mywa.link/wwuknvca
Atiee - mywa.link/3egbmr67
Syairah - mywa.link/blh7e236

25/05/2020

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin

20/05/2020

Antara data dan event yang perlu fokus dari khamis dan jumaat ini adalah :

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Minit mesyuarat FOMC akan menjadi tumpuan pelabur untuk butiran lebih terperinci selepas kadar faedah dikekalkan di paras 0.25% pada penghujung April lalu.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Khamis 4.30 Petang): Bacaan data terbaru diharapkan menunjukkan sedikit peningkatan setelah merudum ke paras terburuk pada April lalu berikutan pelaksanaan perintah berkurung di UK.

Data Tuntutan Pengangguran A.S (Khamis 8.30 Malam): Kadar tuntutan pengangguran di Amerika Syarikat semakin menunjukkan penurunan dari minggu ke minggu. Namun, kadar terbaru hampir 3 juta masih menunjukkan pasaran buruh yang terjejas.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan A.S (Khamis 10.00 Malam): Walaupun bacaan data terbaru dijangka meningkat, namun angka masih lagi di paras yang rendah menunjukkan sektor utama tersebut di fasa penguncupan.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Zon Eropah (Jumaat 4.00 Petang): Pada bacaan April lalu, keseluruhan data PMI di zon Eropah menunjukkan penguncupan yang ketara dengan angka yang sangat rendah. Jika bacaan kali ini kekal menyusut, matawang Euro akan terus bergerak lemah dalam pasaran.

14/05/2020

Kadar Pengangguran Australia Melonjak Pada Paras Tertinggi 5 Tahun

Data tumpuan sesi Asia hari ini memperlihatkan lebih daripada setengah juta rakyat Australia telah kehilangan pekerjaan dalam masa hanya satu bulan, menurut angka rasmi yang diterbitkan Biro Perangkaan Australia (ABS).
Menurut ABS, sejumlah 594,300 orang telah kehilangan pekerjaan pada bulan April daripada 7,000 pertambahan yang direkodkan pada Mac, dan tersasar daripada jangkaan pasaran untuk merosot sebanyak 575,000 pekerjaan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengangguran sebanyak 12.42 juta.
Sementara itu, kadar pengangguran Australia pada bulan April p**a melonjak kepada 6.2% daripada 5.2% pada bulan sebelumnya. Bagaimanapun, bacaan yang dicatatkan adalah lebih baik daripada unjuran pasaran.
Ini merupakan kadar pengangguran tertinggi yang pernah direkodkan sejak September 2015, didorong oleh penutupan aktiviti ekonomi susulan perintah berkurung yang dilaksanakan oleh kerajaan bermula pertengahan Mac.
Tambahan daripada itu, kadar penyertaan, yang mengukur jumlah orang yang bekerja dan mencari pekerjaan, jatuh 2.4% kepada 63.5%, iaitu bacaan terendah yang pernah dicatatkan sejak September 2004.
Susulan daripada penerbitan data pekerjaan Australia, Perdana Menteri Scott Morrison memberitahu bahawa ekonomi perlu bersedia untuk berdepan dengan laporan-laporan yang lebih sukar pada masa akan datang.

14/05/2020

Powell Padam Spekulasi Kadar Faedah Negatif – Ini Kesan Pada Matawang Utama!

US dolar mengukuhkan kedudukannya berbanding matawang utama, disokong oleh kenyataan Pengerusi Federal Reserve AS (Fed), Jerome Powell yang menyatakan kadar faedah negatif adalah bukan di bawah pertimbangan bagi Fed buat masa ini.
Kenyataan Powell yang mengatakan bank pusat tidak akan menerapkan kadar faedah di bawah sifar telah memacu peningkatan USD lebih tinggi, meskipun beliau turut memberi amaran bahawa ia akan memakan masa untuk memulihkan ekonomi.
Selain itu, beliau turut menyebut mengenai risiko kemerosotan dalam ekonomi yang signifikan berikutan dipengaruhi oleh wabak pandemik coronavirus. Sehubungan itu, Fed dikatakan akan memaksimumkan bidang kuasanya dan meningkatkan lebih banyak rangsangan fiskal jika diperlukan.
Matawang pound yang sebelum ini ditekan oleh ketidakpastian terhadap keputusan Perdana Menteri Boris Johnson untuk membangunkan semula ekonomi, terus didagangkan lemah berbanding USD susulan ucapan Powell.
Dalam pada itu, penganalisis menganggarkan perbelanjaan pembayaran gaji kepada rakyat UK yang akan ditanggung oleh kerajaan bakal menyebabkan hutang dan cukai yang lebih tinggi setelah UK melanjutkan skim pembiayaan sehingga akhir Oktober.

08/05/2020

Laporan pekerjaan NFP, data yang menjadi tumpuan utama pasaran setiap minggu pertama awal bulan dijangka akan menunjukkan bacaan terburuk dengan kadar pengangguran p**a meningkat kepada 16%. Kali terakhir kadar pengangguran dalam dua digit adalah pada tahun 1983, sejurus selepas kemelesetan 1980-an.
Pada bulan April, data pekerjaan diramal akan mencatatkan kejatuhan ketara dalam pekerjaan dengan kehilangan sehingga 22 juta daripada 701,000 pekerjaan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, ketika aktiviti ekonomi mula ditutup bagi membendung penularan COVID-19.

Data purata pendapatan bagi bulan April p**a diunjur akan menunjukkan pertumbuhan yang stabil dengan peningkatan 0.5% daripada 0.4% pada bulan lalu, dan meningkat dari 3.1% kepada 3.3% secara tahunan.

Dalam pada itu, jumlah pekerjaan sektor swasta AS mengalami kejatuhan drastik dengan kehilangan 20.23 juta pekerjaan pada bulan April, menjadikannya sebagai kemerosotan paling buruk dalam sejarah tinjauan sejak tahun 2002.

Sementara itu, jumlah tuntutan faedah pengangguran yang dibuat oleh warga Amerika setakat ini telah mencecah 33.5 juta dalam tempoh 7 minggu terakhir, mengikuti peningkatan 3.05 juta tuntutan pada minggu lalu.

06/05/2020

Pada hari ini dilaporkan bahawa pekerjaan sektor swasta telah mencatat pengurangan jumlah pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat sebanyak lebih 20 juta pekerjaan pada bulan April berikutan penutupan syarikat disebabkan pandemik Covid-19.

Secara kesuluruhan, Amerika Syarikat mencatat kehilangan 20,236,000 pekerjaan swasta pada bulan April. Kerugian ini merupakan kerugian terburuk dalam sejarah tinjauan sejak tahun 2002, namun bacaan ini masih dibawah jangkaan ahli ekonomi Dow Jones, yang menjangkakan kerugian pekerjaan sebanyak 22 juta.

Menurut Ketua Institut Penyelidikan ADP, Ahu Yildirmaz, kerugian dalam sektor pekerjaan dalam skala seperti ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Tambah beliau, jumlah kehilangan pekerjaan pada bulan April sahaja telah catat peningkatan 2 kali ganda daripada jumlah pekerjaan yang hilang semasa Great Recession.

Secara purata dalam mingguan bulan April kira-kira 8.3 juta orang Amerika Syarikat mengemukakan faedah pengangguran dan disisi lain pakar ekonomi menjangkakan 3 juta tuntutan pengangguran pada minggu lalu. Keseluruhannya, lebih daripada 30 juta rakyat telah mengemukakan tuntutan selama enam minggu terakhir.

Walaubagaimanapun masih terdapat indikasi yang lebih baik bahawa banyak negeri dalam negara mula menghadkan sekatan yang telah diimplimentasikan sebagai usaha pencegahan penularan wabak Covid-19.

06/05/2020

Ini Jangkaan Fed Terhadap Pemulihan Ekonomi AS Pada Suku Kedua 2020

Beberapa pembuat dasar Federal Reserve AS (Fed) berpandangan bahawa ekonomi AS akan mulai pulih pada suku kedua tahun ini setelah dijejaskan oleh pandemik COVID-19, namun ia dijangka akan berkembang dengan lebih perlahan dan tidak sekata.
Penilaian yang dilihat lebih lemah daripada biasa itu, dibuat ketika kebanyakan negeri di AS mula membuka semula ekonomi mereka setelah ia dihentikan untuk membendung penularan wabak coronavirus.
Lebih daripada 30 juta warga Amerika telah membuat tuntutan faedah pengangguran dalam tempoh enam minggu terakhir, dengan laporan pekerjaan NFP pada Jumaat ini dijangka akan memperlihatkan kejatuhan yang ketara.
Menurut Naib Pengerusi Fed Richard Clarida, Amerika kini sedang mengalami penguncupan yang paling teruk dalam aktiviti ekonomi sementara kadar pengangguran p**a dijangka akan meningkat ke tahap tertinggi yang tidak pernah dilihat sejak 1940.
Bagaimanapun, Clarida berharap supaya Fed dapat mengehadkan kesan ke atas ekonomi, selain turut menambah bahawa terdapat kemungkinan besar pemulihan ekonomi akan bermula pada separuh kedua tahun ini.
Sementara itu, Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic p**a berpendapat bahawa pemulihan ekonomi adalah bergantung kepada bagaimana AS akan bertindak balas untuk menstabilkan kadar jangkitan di negara itu.
Tambah beliau lagi, ia sangat sukar untuk mengenalpasti bentuk pemulihan ekonomi dan berpendapat bahawa pemulihan ‘V-shaped’ dilihat sukar dicapai oleh kebanyakan kawasan di AS.
Kes jangkitan coronavirus di Amerika Syarikat terus mencatatkan peningkatan setiap hari sehingga mencecah 1.1 juta setakat ini, sementara beberapa ahli epidemiologi meramalkan lebih 130,000 kematian pada awal bula Ogos.
Di samping itu, Presiden Fed Chicago, Charles Evans p**a mengatakan bahawa adalah wajar untuk mengharapkan pemulihan pertumbuhan ekonomi pada separuh kedua tahun ini, tetapi hasilnya mungkin lebih rendah.

06/05/2020

Data tumpuan pada Hari ini adalah
Data Pekerjaan New Zealand (Rabu 6.45 Pagi): Sektor pekerjaan New Zealand pada suku terakhir 2019 yang berakhir Disember tidak menunjukkan perkembangan dengan bacaan di paras sifar. Bacaan pada suku pertama 2020 dijangka menyusut kepada -0.2% sementara kadar pengangguran dijangka meningkat ketara.

Data Pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (Rabu 8.15 Malam): Dengan kesan penularan wabak pandemik yang tertinggi di dunia, Amerika Syarikat bakal merekodkan kejatuhan terbesar pekerjaan sektor swasta diramalkan sehingga angka 20 juta. Ini akan mempengaruhi data pekerjaan NFP.

06/05/2020

FORECAST GBPJPY 6/5/2020 - Rabu
Paras support 135.715
Paras resistant 131.961
Paras harga terkini menghampiri paras support terdekat
Sekirannya harga terkini breakout paras support semasa.. limit support seterusnya di 128.00

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Visio Tower Level 3A, Sunway Velocity, Maluri
Kuala Lumpur
55100