01/01/2026
EHajj Academy
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from EHajj Academy, Education Website, 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Kuala Lumpur.
eHajj Academy: Islamic Digital Madrasah memperkenalkan pengajian dalam 6 bidang ilmu iaitu: Ilmu Haji dan Umrah, Akidah dan Pemikiran Islam, Fikah dan Ibadah,Al-Quran dan Hadis, Sirah dan Pembangunan Tamadun, Kemasyarakatan Perspektif Islam
01/01/2026
08/07/2025
InsyaAllah para pelajar baru Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) untuk batch akan datang akan ditambah nilai dengan tambahan modul pembelajaran. Antara pakar terbaru yang akan berikan pengisian adalah Sheikh Omar Mudir Maahad Turath Baitussaadah.
09/04/2025
JAWATAN KOSONG: Eksekutif Pembangunan Konten Islamik & Pemasaran Kursus Online
π οΈ Bidang Tugas Utama:
π Merancang dan membangunkan konten Islamik untuk kursus, media sosial, dan promosi (berdasarkan Al-Quran, Hadis, fiqh semasa, dsb).
π Menyediakan bahan penulisan, skrip video, modul pembelajaran, dan bahan interaktif (slide, nota, kuiz) untuk kursus dalam talian.
π£ Merancang strategi pemasaran digital bagi mempromosi kursus Islamik β termasuk funneling, ads, dan e-mel marketing.
ποΈ Mengurus jadual dan pelancaran kursus dalam talian di platform pembelajaran (LMS, Teachable, Thinkific, dsb).
π Menganalisis data pendaftaran dan jualan kursus untuk tindakan susulan dan penambahbaikan.
π€ Berkolaborasi dengan penceramah, penulis, dan tenaga pengajar dalam pembangunan konten.
π― Kemahiran Diperlukan:
π Asas syariah dan penulisan Islamik
βοΈ Copywriting & content marketing
π» Penggunaan LMS dan automasi pemasaran (seperti Mailchimp, ActiveCampaign, dsb)
Kirimkan RESUME / CV di emel [email protected] ataupun WHATSAPP ke +60162605502
π
Tarikh Tutup: 30 April 2025
18/03/2025
Alhamdulillah Sistem Artificial Intelligence Soal Jawab Umrah dan Haji dibangunkan eHajj Academy sudah hampir lengkap dan boleh dilancarkan. InsyaAllah ia dapat membantu para pelajar kami mendalami modul berkaitan umrah dan haji khususnya dan membantu jemaah dan bakal jemaah di haramain kelak. Semoga usaha ini diberkati dan menjadi antara ibadah diiktiraf oleh Allah Taala.
16/03/2025
MESEJ KETUA PENGARAH: COACH FAUZUL NA'IM ISHAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami mengucapkan ahlan wa sahlan kepada semua pelajar ke platform pengajian di bawah pengurusan eHajj Academy. Platform ini bukan sekadar ruang pembelajaran, tetapi sebuah perjalanan untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperbaiki kualiti ibadah, dan mengejar syurga-Nya melalui pemahaman ilmu yang mendalam, bukan sekadar amalan ikutan.
Sejak dilancarkan pada September 2021, platform ini, yang dahulunya dikenali sebagai proumrahhaji.com dan kini sebagai eHajj.my, memberi manfaat buat lebih 3,000 pelajar dalam pengajian Haji dan Umrah. Alhamdulillah, dengan izin Allah, perjalanan ini kini memasuki tahun ke-4. Tahun 2025 membawa sinar baru dengan pengukuhan di bawah naungan eHajj Academy serta pelancaran pengajian-pengajian baharu untuk memperluas horizon ilmu ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Indonesia, Brunei, Singapura, serta seluruh negara di Nusantara yang telah memberikan kepercayaan kepada kami sebagai sumber ilmu dan bimbingan. Kehadiran dan sokongan anda adalah inspirasi terbesar dalam meneruskan usaha murni ini.
Pengembangan Pengajian Ilmu ke Enam Pusat Pengajian Utama
Pada tahun ini, eHajj Academy dengan rendah hati memperkenalkan enam pusat pengajian di bawah pengurusan eHajj Academy untuk melengkapkan ilmu para pelajar dalam pelbagai bidang:
Pusat Pengajian Ilmu Haji dan Umrah (PPIHU)
Pusat Pengajian Ilmu Akidah dan Pemikiran Islam (PPIAPI)
Pusat Pengajian Ilmu Fikah dan Ibadah (PPIFI)
Pusat Pengajian Ilmu Al-Quran dan Hadis (PPIAH)
Pusat Pengajian Ilmu Sirah dan Pembangunan Tamadun (PPIST)
Pusat Pengajian Ilmu Kemasyarakatan Perspektif Islam (PPIKPI)
Komitmen Jihad Ilmu
Bermula Januari 2025, kami akan memperkenalkan dua kuliah ilmu baharu setiap bulan dalam pelbagai bidang yang disenaraikan. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan pendidikan Islam berkualiti tinggi dapat diakses secara digital oleh setiap lapisan ummah.
Sebagai tambahan, kami dengan bangga melancarkan platform baharu, eMadrasah.my, untuk mendalami ilmu di luar pengajian Ilmu Haji dan Umrah. Mulai sekarang, pengajian Haji dan Umrah akan kekal di eHajj.my, manakala bidang-bidang lain akan diuruskan melalui eMadrasah.my. Kami menjemput anda melayari laman web www.emadrasah.my untuk maklumat lanjut.
Peranan Anda dalam Perjalanan Ini
Kami percaya, perjalanan ini tidak akan lengkap tanpa sokongan, pandangan, dan maklum balas daripada anda semua. Pandangan yang ikhlas adalah penyuluh jalan untuk kami terus maju, memastikan platform ini kekal relevan dan bermanfaat untuk umat Islam.
Dengan rendah hati, kami memohon doa daripada anda agar usaha kecil ini diberkati Allah SWT, diterima sebagai amal soleh, dan menjadi sebab bertambahnya kebaikan di dunia dan akhirat. Semoga setiap ilmu yang diperoleh bukan sahaja menambah kefahaman tetapi juga mengukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT.
Bersama Menuju Redha dan Syurga-Nya
Terima kasih atas kepercayaan anda kepada eHajj Academy. Mari kita berganding bahu menuju kejayaan hakiki β kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua. Amiin.
Salam hormat,
Coach Fauzul Na'im Ishak
Ketua Pengarah eHajj Academy
16/03/2025
β¨ Ramadan Ini, Hidupkan Jiwa dengan Al-Quran β Tadabbur & Ibrah Surah Pilihan Bersama Ustaz Syaari Abdul Rahman β¨
π Ramadan hanya datang sekali setahun...
Adakah kita benar-benar menghayatinya?
Adakah hati kita sudah cukup dekat dengan Al-Quran?
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah peluang terbaik untuk menyuburkan jiwa dengan cahaya Al-Quran. Tahun ini, jadikan Ramadan anda lebih bermakna dengan menyelami maksud dan intipati kalam Allah melalui Program Pengajian Tadabbur & Ibrah Surah Pilihan, eksklusif di EHAJJ ACADEMY!
π Kenapa Program Ini Wajib Anda Sertai?
β
100% Online & Rakaman β Akses 24/7, sepanjang tahun melalui platform eMadrasah.
β
Belajar Ikut Masa Sendiri β Fleksibel, boleh ulang tonton seberapa banyak yang anda mahu.
β
Dibimbing oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman β Pakar Tadabbur Al-Quran yang akan membawa anda menyelami hikmah setiap ayat.
β
10 Surah Pilihan, 10 Pengajaran Hidup β Surah dipilih untuk memberi impak mendalam dalam kehidupan harian anda.
π Surah yang Akan Dikupas:
π Al-Fatihah β Rahsia doa yang paling agung.
π Al-Baqarah β Pedoman hidup umat Islam.
π Ali Imran β Iktibar daripada perjuangan para Nabi.
π Al-Insan β Hakikat kejadian manusia dan balasan di akhirat.
π Luqman β Nasihat seorang ayah kepada anaknya yang abadi sepanjang zaman.
π An-Naml β Hikmah kepimpinan Nabi Sulaiman.
π Al-Fath β Kemenangan dan ketenangan dari Allah.
π Taha β Perjalanan iman dan hidayah Nabi Musa.
π Yusuf β Kisah kesabaran, ketabahan, dan keikhlasan.
π Surah-surah Al-Musabbihat β Keagungan Allah dalam kehidupan.
π Tawaran Istimewa β Terhad Sehingga 3 Mac 2025!
π° Yuran Asal: RM90 setiap program.
π₯ Tawaran Khas Ramadan: Hanya RM50 sahaja bagi setiap program!
π Pakej Kombo 10 Surah β Lebih banyak ilmu, lebih banyak keberkatan dengan harga lebih jimat!
β³ Ramadan semakin hampir... Jangan tunggu sehingga terlambat!
π Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan memahami Al-Quran sepenuh hati.
π Klik di sini untuk maklumat lanjut & pendaftaran:
π https://bit.ly/tadabburdanibrah
16/03/2025
RAMADAN INI, TRANSFORMASI DIRI BERMULA DENGAN AL-QURAN!
Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga. Ia adalah bulan penyucian hati, peningkatan amal, dan mendekatkan diri kepada Allah.
Namun, cuba tanya diri sendiriβ¦
β Adakah bacaan Al-Quran aku sudah betul hukum tajwidnya?
β Adakah makhraj huruf aku tepat seperti yang sepatutnya?
β Adakah aku membaca Al-Quran dengan bacaan sebenar seperti yang Rasulullah ajarkan?
β Bagaimana aku boleh betulkan bacaan agar ia lebih sempurna dan diterima, terutamanya dalam solat?
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Muzzammil, ayat 4:
ΩΩΨ±ΩΨͺΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΨ±ΩΨ’ΩΩ ΨͺΩΨ±ΩΨͺΩΩΩΩΨ§
"Dan bacalah Al-Qurβan itu dengan tartil."
Jika anda masih ragu-ragu dengan bacaan anda, inilah MASANYA untuk berubah!
eHajj Academy mempersembahkan:
π Program Kuliah Ilmu Intensif Tajwid Al-Qurβan
π Daripada Asas Hingga Fasih β Teknik Berkesan & Mudah!
π‘ Apa yang anda akan dapat?
β
12 Modul Komprehensif β Belajar secara sistematik untuk penguasaan tajwid yang mantap.
β
Bimbingan Pakar β Dipandu oleh Ustaz Amir Khalis, tenaga pengajar berpengalaman luas dalam pengajaran tajwid dan Al-Quran.
β
Buku Kerja Eksklusif Percuma β Sebagai rujukan sepanjang perjalanan pembelajaran anda.
π
Mula: 10 Mac 2025
π Ramadan ini, ubah bacaan Al-Quran anda!
Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa perubahan.
Jadikan tahun ini detik permulaan menuju bacaan yang benar, solat yang lebih khusyuk, dan hati yang lebih dekat dengan Allah.
π Daftar Sekarang!
π Klik di sini untuk info lanjut: https://bit.ly/alqurantajwidintensif
16/03/2025
Pendaftaran Pelajar Baru SPHU Intake Mac 2025 Berlangsung Meriah dalam Keberkatan Ramadan
8 Mac 2025 β Program Pensijilan Profesional Haji dan Umrah (SPHU) Intake Mac 2025 (Batch 23) telah memulakan sesi pendaftaran dengan penyertaan seramai 80 orang pelajar dari Malaysia, Singapura, dan Brunei. Acara yang berlangsung dalam suasana penuh semangat ini menandakan komitmen berterusan eHajj Academy dalam melahirkan tenaga profesional dalam bidang haji dan umrah.
Menariknya, intake kali ini adalah sesi khas sempena bulan Ramadan, memberikan peluang kepada peserta untuk mendalami ilmu haji dan umrah dalam suasana yang penuh keberkatan. Intake seterusnya dijadualkan pada Mei 2025, membuka ruang kepada lebih ramai individu yang berminat untuk menyertai program ini.
Majlis pendaftaran dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Syamil Saleh Huddin, diikuti dengan kata-kata aluan serta motivasi daripada Ustaz Abdullah ARS, pengasas Akademi Mutawwif Training & Consultancy Sdn Bhd, selaku rakan kerjasama program. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan ilmu dan profesionalisme dalam bidang haji dan umrah bagi memastikan penyampaian bimbingan yang berkualiti kepada para jemaah.
Majlis perasmian p**a disempurnakan oleh Tuan Mohd Fikri Hasbi, Chief Operating Officer YEG Academy Sdn Bhd, yang juga merupakan Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Innovative University College (IUC). Beliau menekankan bahawa program SPHU ini bukan sahaja memberikan ilmu teori tetapi juga membekalkan pengalaman praktikal yang akan membantu peserta dalam mengembangkan kerjaya mereka di industri ini.
Sebagai persiapan awal, para pelajar diberikan taklimat penuh mengenai kaedah pembelajaran di portal eHajj.my oleh Ketua Pengarah eHajj Academy, Coach Fauzul Naβim Ishak. Portal ini akan menjadi platform utama untuk proses pembelajaran, latihan, dan bimbingan sepanjang program berlangsung.
Kejayaan intake khas ini mencerminkan permintaan tinggi terhadap latihan profesional dalam industri haji dan umrah serta kepercayaan masyarakat terhadap eHajj Academy dalam membentuk tenaga kerja mahir di bidang ini.
04/06/2024
Bermula kelas pertama KULIAH PEMIKIRAN ISLAM DI ALAM MELAYU di eHajj Academy. Kelas dikendalikan oleh Dr. Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi.
Perbincangan tuntas bagaimana Islam bermula di Alam Melayu, bagaimana Islam menyerap masuk ke dalam segala ruang kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Memang menarik.
Ada yang berminat untuk turut serta? Boleh tinggalkan NAMA dan EMEL.
23/05/2024
PROGRAM WACANA ILMU: "Solat Sebagai Pemacu Kejayaan Dalam Kehidupan"
"Solat Sebagai Pemacu Kejayaan Dalam Kehidupan"
Apa itu pengertian Solat?
Mengapa Solat penting dalam kehidupan seorang muslim?
Bagaimana cara yang disebutkan khusyuk dalam Solat?
Pelbagai lagi persoalan dan tanggapan yang menjadi tanda tanya dalam masyarakat mengenai Solat akan terungkai dalam sesi Program Wacana Ilmu : βSolat Sebagai Pemacu Kejayaan Dalam Kehidupanβ
TARIKH: 24 Mei 2024
MASA: 9:30 pagi - 10:30 pagi
TOPIK: βSolat Sebagai Pemacu Kejayaan Dalam Kehidupanβ
Kupasan topik disampaikan oleh Tuan Ustaz Mohd Dzul Khairi Mohd Noor.
Beliau merupakan penulis buku-buku berkenaan Solat dan ibadah.
Antara karya buku beliau yang mendapat perhatian ialah "Fahami Solat Sunat", "Mesej Deep" , "Khadijah Bukan 40 Tahun" dan "50 Doa Anbiya"
Anda dijemput untuk ikuti Program Wacana Ilmu secara Live di:
Facebook Kultus Ilmu:
https://www.facebook.com/kultusilmu
YouTube Kultus Ilmu:
https://www.youtube.com/
"Solat itu tiang agama, runtuh tiang, runtuh semuanyaβ
Moga perkongsian kupasan ini memberikan manfaat untuk anda semua.
15/02/2024
PODCAST KULTUS ILMU: Benarkah Budaya Ilmu Hilang daripada Masyarakat?
Kami dengan berbesar hati menjemput Tuan/Cikpuan untuk bersama kami dalam sesi PODCAST KULTUS ILMU berdasarkan butiran berikut:
TARIKH: 16 FEBRUARI 2024
MASA: 9.00 PAGI
TOPIK: Benarkah Budaya Ilmu Hilang daripada Masyarakat?
Pakar Jemputan: YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Jemput untuk LIVE BERSAMA kami di Facebook Kultus Ilmu: https://www.facebook.com/kultusilmu/ ataupun Channel YouTube Kultus Ilmu di https://www.youtube.com/
Semua dijemput untuk bersama.
24/03/2023
1 Hari 1 Hadis
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Kuala Lumpur
53300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 19:30 |
| Tuesday | 09:00 - 17:30 |
| Wednesday | 09:00 - 17:30 |
| Thursday | 09:00 - 17:30 |
| Friday | 09:00 - 19:30 |