11/12/2025
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA DAN MERAHMATI PEMERINTAHAN TUANKU
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah),
D.K. (Johor), D.K. (Pahang), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA
Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Pada 11 Disember 2025
Bersamaan 20 Jumadal Akhirah 1447H
Sembah Takzim Daripada:
PERSATUAN PELAJAR UNDANG-UNDANG SELANGOR
09/12/2025
PRA-TEMPAH T-SHIRT PROJEK LEX | NEW EDITION
T-shirt rasmi Projek Lex dengan rekaan yang kelas,eksklusif & profesional kini dibuka untuk tempahan; sesuai untuk law students, legal practitioners dan rakan-rakan kolaborasi.
🗓 Tempahan dibuka sehingga 31 Disember 2025 sahaja
✅ Material: Microfiber Mini Eyelet
✅ Cetakan: Full Sublimation (warna tahan, tidak luntur)
✅ Selesa & sesuai untuk pemakaian harian dan smart casual
💰 Harga
• Short Sleeve (Collar Retro) – RM39 (asal RM45)
• Muslimah (V-Neck) – RM45 (asal RM55)
• Extra saiz (4XL – 8XL): + RM5 / helai
📦 Postage
• Semenanjung Malaysia: RM7.00
• Sabah & Sarawak: RM15.00
📲 Cara Tempah
Tekan pautan https://tinyurl.com/OrderBajuProjeklex atau imbas kod QR pada poster
📞 Sebarang Pertanyaan
Ikram: 01158960943
Empowering Legal Minds | Projek Lex ⚖️
28/11/2025
Sekalung tahniah diucapkan kepada saudara Mohammad Adib Bin Tajul Ariffin, Ahli Jawatankuasa Projek Lex di atas pentauliahan rasmi beliau sebagai Peguam Syarie Negeri Sembilan.
Pencapaian profesional ini bukan sahaja membuktikan komitmen dan kepakaran saudara Adib dalam bidang undang-undang syarie, malah ia memperkukuh lagi sumbangan beliau kepada masyarakat dalam bidang guaman syarie.
Kami di Projek Lex amat berbangga dengan pencapaian ini dan yakin beliau akan terus memberikan khidmat yang cemerlang, menggabungkan semangat aktivisme dengan integriti profesional.
Semoga perjalanan baharu ini penuh dengan keberkatan dan kejayaan.
23/11/2025
✨ Gathering ProjekLex IIUM ✨
16 November 2025 (Ahad) @ Cafe Aikol,UIAM.Gombak
Satu pertemuan yang sarat dengan semangat dan wawasan! 💼📚
Program ini bertujuan untuk:
📌 Memperkenalkan apa itu ProjekLex, platform yang bukan sahaja mendidik, tetapi menggerakkan.
📌 Berkongsi aktiviti dan program yang bakal dianjurkan, antaranya kunjungan ke firma guaman dan sesi perkongsian bersama peguam dan pakar perundangan.
Antara pesanan Presiden ProjekLex buat pelajar undang-undang:
🧠 Ilmu kelas penting, tapi kepekaan terhadap isu semasa adalah kunci untuk menjadi peguam yang relevan dan berwibawa.
⚖️ Tanamkan azam hari ini: jadi peguam yang beragenda untuk menegakkan keadilan, bukan sekadar mengejar pop**ariti, status, atau kekayaan.
Mari kita bina masa depan undang-undang negara dengan visi dan integriti!
17/11/2025
LEX BACA | SOROTAN DINAMIKA DAN EVOLUSI PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA
Dahulu kala jika disebut orang kaya itu ialah orang-orang yang ada banyak tanahnya, besar rumahnya dan luas bendang atau dusunnya. Bagi masyarakat tempatan selepas pembentukan Tanah Melayu terutama di kampung-kampung, konsep menyimpan atau meminjam wang di bank - hatta yang konvensional - itu masih sesuatu yang relatif baharu, apatah lagi bila berbicara mengenai bank Islam.
Modernisasi dan globalisasi telah memperkenalkan sistem hari ini di mana wang fiat dan perbankan (di mana terdapat unsur-unsur tidak patuh syariah) merupakan elemen penting dalam sistem ekonomi. Namun demikian, para cendekiawan Islam pasca kemerdekaan tidak berdiam diri dan berpeluk tubuh membiarkan prinsip hukum syarak diketepikan. Mereka mencari peluang untuk memastikan wujud alternatif dalam ruang lingkup perbankan moden yang sejajar dengan syariah.
Maklum mengetahui bahawa industri perbankan merupakan industri yang dikawal selia dengan sangat ketat (highly regulated). Oleh itu, usaha untuk mewujudkan aliran perbankan patuh syariah ini memerlukan perbincangan banyak pihak yang bukan hanya sahaja melibatkan para cendikiawan Islam & orang-orang industri, malah turut perlu diluluskan di peringkat parlimen.
Bermula dengan saranan Kongres Ekonomi Bumiputera, Parlimen kemudiannya meluluskan Akta Bank Islam 1983. Melaluinya, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ditubuhkan sebagai percubaan sulung – atau tajribah – dalam usaha menempatkan sistem perbankan Islam di Malaysia.
Dari semasa ke semasa, perkembangan pesat berlaku bagi memperkukuh kerangka perbankan Islam negara. Pelbagai garis panduan teknikal dan tadbir urus telah diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), di samping penubuhan beberapa persatuan serta institusi berkaitan perbankan Islam bagi menyokong pertumbuhan industri ini.
Pada peringkat awal sekitar tahun 1990-an, selain BIMB dan kemudian Bank Muamalat Malaysia Berhad, penyediaan perkhidmatan perbankan Islam oleh bank-bank lain hanya berlaku melalui Skim Perbankan Tanpa Faedah di bawah model ‘Islamic banking windows’, iaitu unit syariah dalam bank-bank konvensional yang dikawal selia melalui Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
Seiring kematangan industri, Parlimen telah meluluskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Akta ini menetapkan bahawa operasi perbankan Islam perlu dijalankan oleh sebuah entiti berlesen yang berasingan secara undang-undang daripada bank konvensional induknya. Oleh itu, wujudnya bank seperti Maybank Islamic Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad.
Di samping itu, IFSA turut mewajibkan setiap institusi kewangan Islam mempunyai Jawatankuasa Syariah (Shariah Committee) tersendiri bagi menasihati, mengesahkan, dan memastikan semua aktiviti serta operasinya mematuhi prinsip syariah.
Selain daripada itu, dalam membincangkan mengenai akad dan prinsip syariah yang digunakan untuk produk-produk di bank-bank Islam sejak 1983, lebih-lebih lagi untuk produk pembiayaan, banyak perkembangan telah berlaku.
Pada era awal sehingga sekitar tahun 2013, tidak pasti sama ada disebabkan kuatnya pengaruh Mazhab Syafi'i’ di Malaysia atau sebab ia mudah untuk diaplikasikan, terdapat bank mengambil jalan untuk mengguna pakai prinsip Bay’ al-Inah bagi produk mereka walaupun ia agak kontroversi dan tidak diterima oleh majoriti cendekiawan Islam di dunia. Selain itu, penggunaan prinsip Bay’ Bithaman Ajil (BBA) bagi produk-produk bank Islam turut dominan ketika itu.
Kritikan terhadap operasi bank Islam dari masa ke masa merupakan suatu perkara yang tidak dapat dihalang. Turut tidak terkecuali, cabaran yang dibuat terhadap keabsahan dan kesahihan produk-produk bank Islam di Mahkamah. Perbincangan berkenaan Bay’ al-Inah ataupun BBA ini bukan sahaja hanya di meja-meja mesyuarat mahupun di media sosial, malahan ia turut diuji di Mahkamah melalui pelbagai kes-kes undang-undang yang telah diputuskan.
Perkembangan undang-undang berkenaan Perbankan Islam turut dilihat bergerak dinamik. Mahkamah bergerak dalam membuat penilaian dan keputusan daripada menggunakan ‘common law approach’ sehinggalah merujuk keputusan dan pandangan Majlis Penasihat Syariah BNM.
Pasca kes Arab-Malaysian Finance v Taman Ihsan Jaya, atau mungkin kerana perkembangan industri itu sendiri, bank-bank Islam kini dilihat cenderung mengguna pakai prinsip Tawarruq atau ‘Commodity Murbahah’. Mungkin sebab ia lebih ‘standardized’ atau diterima secara global. Pun begitu, turut dicabar di Mahkamah dan kritikan masih wujud antara lain disebabkan sesetengah bank yang terlampau ‘over-reliance’ terhadap Tawarruq.
Mesej utama yang penulis ingin muatkan di sini adalah masih terdapat ruang yang begitu besar untuk memperelok dan memperkukuh perbankan Islam di Malaysia. Dalam tempoh 42 tahun kewujudan perbankan Islam di bumi bertuah ini, pelbagai perubahan telah berlaku, sehinggalah nama Malaysia menjadi teladan dan rujukan utama oleh masyarakat antarabangsa. Cemuhan dan kritikan melampau yang tidak membawa kepada apa-apa manfaat sehingga menyeru masyarakat kembali memilih jalan riba’ hanya merugikan masyarakat.
Kaedah menyebut, "مَا لَا يُدْرَكُ كُلُّهُ لَا يُتْرَكُ كُلُّهُ", Apa yang tidak dapat dicapai semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya. Masih banyak usaha yang boleh dilakukan untuk menutup lompong-lompong yang dilihat hari ini dan pada masa yang sama masih banyak hasil perkembangan industri perbankan islam yang dapat dimanfaatkan.
13/11/2025
GATHERING PROJEK LEX IIUM: SESI PENGENALAN SANTAI
Adakah ANDA ingin mempunyai circle undang²? Ingin membina connection bersama mahasiswa² IPT lain? Ingin membina networking dengan peguam² pakar? Ingin membahas isu² semasa berkaitan undang²? Inilah Projek Lex: Circle yang anda cari!!!
✒️Butiran Program:
Tarikh:16/11/2025 (Ahad)
Masa:8.30 pm - 9.30 pm
Tempat: Cafe AIKOL
Sertai kami untuk,
💡Ketahui apa itu Projek Lex
⭕️Peluang bersama circle undang²
✍️ Ketahui aktiviti² menarik di masa hadapan
🌏 Membina connection bersama
📢Bersama Adam Zulkarnain, Presiden Projek Lex dan alumni undang²
📢100% *Percuma
📢Terbuka kepada semua mahasiswa/i AIKOL
📢Kudapan ringan disediakan
🏆Jangan lepaskan peluang untuk memperkaya ilmu dan turut serta dalam platform advokasi intelektual & edutainment!
📝 Daftar Sekarang:
👉 https://forms.gle/zUuRdnm4asRBkyFw5
🕛 Tarikh tutup penyertaan: 16 November 2025, jam 12 tengah hari
📞 Sebarang persoalan atau maklumat lanjut, boleh hubungi:
Br. Ibrahim – https://wa.me/601164222774
Sr. Aisyah Humaira – https://wa.me/60124712153
📸 Ikuti kami di Instagram: https://www.instagram.com/projek.lex
10/09/2025
“As a result, jurisdictional problems that had not been envisaged have arisen. Some require double proceedings, one in the civil court and another in the syariah court before a final decision may be made. This causes delay and incurs unnecessary expenses. Others are outside the jurisdiction of both courts. These are not matters that the courts can solve as the courts owe their jurisdiction to statutes. It is for the legislature to step in, to decide as a matter of policy what should be the solution and legislate accordingly.” - Tun Abdul Hamid Mohamad, Mantan Ketua Hakim Negara
Petikan Alasan Penghakiman kes Latifah bte Mat Zin v Rosmawati bte Sharibun & Anor [2007] 5 MLJ 101
07/09/2025
Buli di Sekolah: Reformasi Pendidikan yang Wajar
Oleh:Sollahuddin Ikram
Buli di sekolah bukan lagi isu terpencil yang boleh dipandang enteng. Ia kini menjadi ancaman serius terhadap keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita, malah ada yang telah meragut nyawa. Tragedi yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina dan Allahyarham Wan Ahmad Faris menjadi peringatan duka bahawa sistem perundangan dan pentadbiran sekolah masih belum cukup kuat untuk melindungi pelajar.
Baca selanjutnya di laman Facebook Projek Lex.
07/09/2025
Buli di Sekolah: Reformasi Pendidikan yang Wajar
Oleh : Sollahuddin Ikram
Buli di sekolah bukan lagi isu terpencil yang boleh dipandang enteng. Ia kini menjadi ancaman serius terhadap keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita, malah ada yang telah meragut nyawa. Tragedi yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina dan Allahyarham Wan Ahmad Faris menjadi peringatan duka bahawa sistem perundangan dan pentadbiran sekolah masih belum cukup kuat untuk melindungi pelajar.
Malaysia sebelum ini tidak mempunyai undang-undang khusus dinamakan Akta Anti-Buli. Kes-kes buli lazimnya disiasat dan dibicarakan di bawah Kanun Keseksaan bergantung kepada tahap kecederaan atau ancaman yang dialami mangsa sama ada melibatkan kecederaan ringan, kecederaan menggunakan senjata, ugutan jenayah ataupun sehingga menyebabkan kematian. Beberapa kes lampau memperlihatkan seriusnya isu ini termasuklah Akmal Zuhari v PP (kes Zulfarhan) di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan Haikal Khatib Saddaly v PP (kes pembunuhan di SMKA Klana Petra) di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Langkah positif diambil dengan pindaan terbaru melalui Kanun Keseksaan yang menjadikan perbuatan buli sebagai kesalahan jenayah termasuk penyalahgunaan maklumat identiti, provokasi hingga membawa kepada cubaan bunuh diri serta gangguan dan penghinaan termasuklah dalam talian. Hukuman yang diperuntukkan kini boleh mencecah sehingga 10 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Walaupun pindaan ini satu perkembangan penting namun fungsinya masih sebagai reaksi selepas kejadian berlaku bukanlah sebagai langkah pencegahan.Pada peringkat pendidikan, garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memang wujud, namun pelaksanaannya sering bergantung kepada budi bicara sekolah. Kes yang lebih serius p**a lazimnya diserahkan kepada polis.Keadaan ini menunjukkan ketiadaan satu kerangka undang-undang yang benar-benar komprehensif untuk mencegah, melindungi, dan menangani buli secara sistematik.
Justeru,sudah tiba masanya Malaysia mempunyai sebuah Akta Anti-Buli yang spesifik dan bersepadu. Akta ini wajar:
1) Memberikan definisi jelas terhadap buli di sekolah, termasuk fizikal, mental, psikologi, verbal, dan siber.
2) Menetapkan kewajipan statutori sekolah dan pentadbir untuk mengambil langkah pencegahan, dengan liabiliti sivil jika gagal melindungi pelajar.
3) Menyediakan mekanisme aduan mesra kanak-kanak yang melindungi identiti mangsa, pengadu dan whistleblower.
4) Menubuhkan Tribunal Pendidikan atau jawatankuasa khas bagi mempercepatkan proses siasatan serta mengeluarkan school protection order.
5) Memperkenalkan modul pendidikan undang-undang di sekolah untuk menanam kesedaran bahawa buli ialah jenayah serius, bukan sekadar “nakal-nakal” pelajar.
6) Memastikan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia supaya kerahsiaan pelajar terjamin.
Pindaan dalam Kanun Keseksaan sememangnya satu langkah ke hadapan tetapi ia belum cukup untuk melindungi pelajar secara menyeluruh. Kita tidak boleh sekadar menunggu tragedi seterusnya sebelum bertindak lebih progresif. Akta Anti-Buli akan memperkukuh pencegahan awal, memberi perlindungan jelas kepada mangsa dan menetapkan tanggungjawab statutori sekolah.
Setiap nyawa pelajar yang terkorban akibat buli adalah kegagalan kolektif masyarakat dan sistem perundangan negara. Undang-undang mesti menjadi perisai yang melindungi anak-anak kita sebelum kerosakan tidak dapat diperbaiki lagi.
Laungan “You Touch, You Go” tidak akan bermakna sekiranya tiada undang-undang komprehensif yang benar-benar mengekang pembuli daripada terus bermaharajalela dengan perbuatan tidak bermoral itu.