11/02/2023
TIPS TERUS DARI MEJA MAJIKAN - JADI HEBAT DALAM RESUME & JOB INTERVIEW!
1. Sudah hantar banyak resume tetapi tidak mendapat panggilan interview?
2. Sudah beberapa kali ke job interview tapi tak ditawarkan kerja?
3. Sudah lama tak update resume & buntu mencari career advancement?
4. Sudah lama unemployed?
Mastery Class ini untuk anda! 3 Jam 'advance class' bertujuan menukar resume biasa-biasa jadi resume hebat yang mampu tarik perhatian majikan! Dan menyediakan anda menghadapi job interview seperti profesional ~
Yuran hanya RM40 sahaja (Harga asal RM99)! Sertai kelas & tukarkan haluan kerjaya anda sekarang!
Tekan link untuk daftar>
https://bit.ly/NakJoinKerjayaMastery
MASTERY COURSE #resumehebat #jobinterview
05/02/2022
UBAH KEPADA RESUME HEBAT PERCUMA !
Terasa susah mencari kerja. Tak tahu di mana silap resume tak berfungsi dengan baik. Tak tahu di mana nak mula.
Biar abam bantu kalian. PERCUMA.
Ya. percuma. Abam akan beri 10 page Resume Review Report yang akan beritahu>
1) Di manakah tahap penyampaian resume
2) Adakah cukup content dalam resume
3) Apa boleh anda lakukan untuk ubah resume anda
TAPI Ada satu syarat!
Oleh sebab abam bantu anda secara percuma, demi membalas jasa keringat abam, maka anda WAJIB UBAH RESUME selepas mendapat report tersebut. Ok? Janji?!
Kalau OK, maka abam jemput anda untuk >
LANGKAH 1 - Hantar resume ke [email protected]
LANGKAH 2 - Jangan lupa untuk terangkan sedikit mengenai diri & bidang anda
Jangan malas. Ubah Resume. Minta nasihat. Dan banyak berdoa.
Semoga bermanfaat
WNM
23/12/2021
BAGAIMANA BUAT RESUME TERBAIK UNTUK AI SYSTEM - LINKED IN & JOBSTREET
Ini soalan yg baik daripada student pada event talk kelmarin. Disebabkan sistem job search sekarang menggunakan sistem AI, maka adalah sangat penting untuk fahami bagaimana ia berfungsi. Kenapa penting?
Sebab kalau resume anda TIDAK AI-FRIENDLY, maka resume anda akan 'KURANG REVIEW'. Kaedah dia sama macam sistem google keyword etc. Anda mahu, kalau saya search sahaja pada search bar di Jobstreet, maka muka anda lah yg pertama muncul. Itu adalah apa yg kita panggil sebagai AI-FRIENDLY RESUME.
1. COMMON MISTAKE - Ok. Sila fahami bahawa sistem AI hanya mampu detect PERKATAAN SAHAJA. Oleh sebab itu, pakar resume akan cakap sila buang KOTAK, CHART, GRAF, PICTURE etc. Kerana AI tak dapat baca semua ini. Jangan letak content dalam kotak. Jangan paste content dalam bentuk .jpeg. Bagi sistem AI, ini semua tidak dapat dibaca a.k.s useless.
Abes kat mana nak tunjuk chart graf sume? Sila bawak ini SEWAKTU INTERVIEW. Jadikan dia sebagai bukti. Dalam resume, cukup anda terangkan dalam penerangan yg jelas dalam bentuk perkataan sahaja. Sebab itu abam cakap, sangat ramai rugi sebab dia present SKILL dia dalam bentuk graf!
2. ATS SYSTEM BAGI JOBSTREET - Application Tracking System (ATS) adalah sistem AI yg track content dalam resume anda. Bagi Jobstreet, ATS dia tak advance sangat. Semua application masuk dalam listing dalam bentuk jadual. Maka, employer akan FILTER DATA yang perlu. Cuba lihat gambar di bawah Jobstreet EMPLOYER VIEW (Harap Jobstreet tak marah abam tunjuk rahsia jobstreet).
Kalau anda lihat, setiap kotak tu ada kategori content. Kalau abam nak yg ada skill tertentu, maka abam filter la. Lebih kurang mcm tu. So sistem AI tidak terlalu impak. Kat sini, dia lebih kepada BAGAIMANA ANDA ISI CONTENT KE DALAM PROFILE RESUME ANDA DALAM JOBSTREET (Nak tahu camne? sila komen posting ni)
3. ATS SYSTEM BAGI LINKEDIN - Ok. LinkedIN ni dia guna algorithm ATS yg advance. Macam ni. Apabila recruiter subscribe utk cari candidate utk sesuatu job posting, LINKEDIN sendiri akan pilih dan bagi kepada majikan 25 RESUME YG PALING DEKAT DENGAN PERMINTAAN MAJIKAN. Setiap hari dapat 25 resume. Maka, sape nak dapat job dari LINKEDIN, pastikan resume dan content dlm LINKEDIN adalah AI-friendly.
Cara kedua, majikan boleh jugak search manually guna search bar utk cari candidate. But still the same. Majikan akan filter requirement majikan, dan LINKEDIN akan pilihkan. Maka, sape yg AI-Friendly resume, dia la yg muncul dalam top search listing. Ada faham tak sekarang?
4. SO APA KENA BUAT? - Mudah saja! Abam jawab kepada adik2 kelmarin (sebenarnya agak susah abam jawab dalam hati). Oleh sebab kita tahu kena guna perkataan sebagai content. Maka, firstly, susun lah resume supaya dia MUDAH DIBACA dan GRAMMATICALLY CORRECT.
Yg kedua, sila fahami keyword yg penting bagi resume adalah TECHNICAL TERM bagi pekerjaan anda. Sebagai contoh, kalau anda process engineer, term2 macam process output atau reject ratio. Kalau anda HR, barangkali keyword macam SAP, payroll, training development. Semua keyword ini menunjukkan ANDA FAHAM SECARA TEKNIKAL BIDANG ANDA.
Kata mana nak cari, mudah saja! Apabila anda apply sesuatu job vacancy, anda ambillah term-term teknikal dalam job description (JD) tersebut! The problem is, ramai tak baca pun JD tu. Main apply je. Tahu tak JD tu sape yg buat? Itulah Hiring Manager, orang yg akan interview anda kelak! Maka, silalah baca JD tu.
Ok. This is the basic of making your resume lebih AI-Friendly. Dia tak habis dekat sini. Sebab part kedua adalah memasukkan content resume anda ke dalam PROFILE RESUME dalam Jobstreet & LINKEDIN. Profile Resume pun harus AI-Friendly!
Apa itu Profile Resume? Sila komen di bawah kalau nak tahu!
Semoga ini membantu. May Allah bless!
09/11/2021
JANGAN PRESENT SKILL MACAM NI
Ade beberapa cara yg common biasa dibuat oleh ramai orang utk present skill. Sila lihat gambar di bawah. moga kita boleh belajar melalui kesilapan orang lain.
Beberapa perkara JANGAN DIBUAT iaitu -
1) PERCENTAGE - Jangan letakkan percentage kepada skill anda. Contohnya mcm resume di bawah, MS Word 90%. Team work 85%. Kenapa tak bole?
Sebabnya ia TAK MENUNJUKKAN APE2 MAKSUD kepada skill yg anda. Dari mana anda dapat 90% tu? Dan yg 80% tu kenapa? Kenapa bukan 100%? Tak confident ke? Nampak tak knapa ia tak beri apa2 point kpd skill anda.
APA CARA BETUL >>>
- Guna RESULT EXAM for example macam MUET atau apa2 online test berkaitan skill tersebut
2. GRAF / CHART - Ramai pakar cakap jangan letak graf, chart atau gambar dalam resume. Kenapa? Ada dua sebab.
Pertama, ia tak bagus utk Applicant Tracking System (ATS). Ok begini. Semua job website dia menggunakan sistem ATS. Bila majikan open job vacancy, resume yg ATS tinggi akan dapat search lebih tinggi. Kiranya ATS ni mcm keyword la.
Kedua, majikan tak faham bagaimana nak baca graf chart anda seperti mana yg anda nak terangkan. So boleh menyebabkan wrong communication kpd pembaca.
APA CARA BETUL >>>
Tuliskan penerangan kepada skill anda dan gunakan TERM2 TECHNICAL menunjukkan anda tahu
3. SKILL POINT - Banyak resume modern s**a guna skill point ni. Dia main senaraikan je point2 skill dia ada. Dengan harapan majikan faham ape dia tulis. Malah, dia main taruk sampai 10-20 skill point.
APA CARA BETUL >>>
Pilih 2-3 skill / competency yg utama je. Dan Terangkn setiap satu dgn betul
Moga posting ini membantu. Lepas ni kita tengok cara yg betul pulak!
Bye. Assalamualaikum
WNM
05/10/2021
EXPECTATION MAJIKAN & RESUME ANDA
If you dont understand this part, then please DONT PROCEED buat resume. Because ultimately, fungsi utama Resume adalah untuk cater EMPLOYER'S EXPECTATION. Sia-sia saja buat resume tapi tak faham main objective.
In general, apa yang majikan nak adalah KEBOLEHAN ANDA BEKERJA & MELAKUKAN SESUATU SPECIFIC KERJA. So, apabila resume anda di'reject', maksudnya majikan tak percaya anda mampu menggalas tugas tersebut. So my tips, understand apakah 'expectation' majikan dan pastikan ianya merangkumi MAJORITI isi dalam resume anda.
Abam bantu kalian paham mengikut level anda:
1) FRESH GRAD / JUNIOR - Adik-adik semua. Majikan hanya expect satu perkara iaitu namanya WORKABILITY a.k.a . Ada dua elemen yang mempengaruhi besar ‘kebolehan bekerja’ anda.
a) Yang pertama AKADEMIK. Akademik adalah bukti kuat bahawa anda faham bidang yg anda ceburi dengan kata lain ia adalah HARD SKILL. CGPA 3.0 keatas adalah cukup baik. Kalau CGPA anda 3.5 ke atas anda berpeluang besar untuk dapatkan company yang besar2. Sekiranya CGPA 2.0 – 3.0, anda harus topup dengan extra personal skill lain. Dan kalau CGPA 2.0 ke bawah, tukar course je la adik. Seriusly..
b) Kedua, PERSONAL HUMAN SKILL mainly LEADERSHIP & COMMUNICATION. Oleh sebab itu, abam cadangkan adik-adik sila aktifkan diri dalam mana2 kelab atau aktiviti yang berkaitan leadership & communication. Aktiviti lain kalau nak masuk boleh tapi jangan lupakan yg penting ni. Abam pun budak silat PSSGM jugak dulu sempat la bengkung merah tapi abam juga join Majlis Perwakilan Pelajar walaupun 1 penggal cukupla. Dia cerita macam ni, dalam resume page belakang kita nak senaraikan Aktiviti Kurikular maka kita nak senaraikan DENGAN JAWATAN DALAM KELAB. So kalau berderet Presiden, ahli Majlis Tertinggi, Bendahari etc Nampak la cantik. Sifat gila jawatan inilah yang akan menjadikan resume anda superb!
2) MID LEVEL BAWAH 10 TAHUN – Ini adalah tempoh dilemma dalam mana-mana kerjaya. Sebab tempoh ini anda TAK BOLEH CAKAP TAK TAHU BUAT KERJA tapi anda akan rasa banyak perkara tak tau. Di sinilah boleh dilihat dengan jelas siapa ada hala tuju, siapa yang akan jadi pakcik dorman keje 30 tahun di meja sama. Dalam tempoh ini AKADEMIK TIDAK LAGI PENTING, maka sila letak di page yg kedua. Sebaliknya, majikan nak lihat KEBOLEHKERJAAN tapi pada LEBIH DARI SATU TASK. Oleh sebab itu, tempoh ini MAJIKAN SANGAT PARTICULAR KEPADA DUA PERKARA
a) SPECIFIC SKILL – Contohnya, 3 tahun experience in customer relation handling international client, atau 5 years experience in AUTOCAD and MATLAB in developing P&ID diagram for Pterochemical Plant. INILAH STRUKTUR AYAT yang anda nak tulis di MUKA HADAPAN RESUME ANDA.
b) EXPERIENCE IN SPECIFIC TASK – Ini adalah bahagian anda nak ceritakan dalam WORK EXPERIENCE SECTION. The idea is anda nak keluarkan semua term-term technical dan menunjukkan anda faham apa yg anda buat
3) EXPERIENCED / COMPETENCY – Pada tempoh ini, majikan sudah expect anda mampu LEAD AN AREA. Sama ada anda naik manager atau technical expert, anda harus capai tahap mampu LEAD A SPECIFIC GROUP OF PEOPLE atau SPECIFIC ROLE sebagai ketua. Mereka yang tidak capai kebolehan ini akan kekal sebagai mid experience level. So sekiranya anda nak jump to this level, make sure your resume ada the following:
COMPETENCY – Iaitu ‘RECOGNIZED SKILL’ dalam sesuatu area yang mana disahkan oleh badan atau siapa2 yang layak
SUCCESS STORY – Dan perlu masukkan success story dalam work experience anda bagi menunjukkan bukti bahawa anda mampu handle that specific area.
Oklah. Panjang sangat kali ni.
May Allah Bless
WNM
24/08/2020
SKILL APA KENE LETAK DALAM RESUME?
Soalan Klise. Ramai masih buat silap
1. Dalam bab skill, ramai sangat orang buat pembaziran. Iaitu MELETAKKAN YANG TIDAK BERMANFAAT DI MATA MAJIKAN atau DENGAN CARA YG TIDAK MEMBERI MANFAAT.
Ini termasuklah
a) Skill tidak berkaitan dengan kerja
b) Senaraikan saja skill tanpa menerangkan apa kaitan dengan diri dan pekerjaannya
c) Menggunakan infografik yang tidak ada asas
2. HANYA SKILL & COMPETENCY - Mudah cerita, skill & competency adalah apa saja kerja yg DIRECT RELATE dan PASTI IMPROVE KERJANYA. Yang tidak berkaitan, buang.
Bayangkan anda head lifter worker, kalau dalam resume maka dia akan tulis seperti dalam gambar.
Abes tu, skill lain macam language, Word Excel semua tak letak ke? Boleh letak. Tapi, inilah namanya pembaziran. Lebih baik guna ruang itu untuk isi yang lebih penting.
Salam Isnin.
Nantikan video insyaAllah lebih jelas.
18/08/2020
Sekarang kita bercakap bab SKILL & COMPETENCY ye..
InsyaAllah, kita akan share contoh di FB cara yg betul dan cara yg kebiasaan ramai buat
Video ni ada 2 part -
https://www.youtube.com/watch?v=ce-AdT1GifI
https://www.youtube.com/watch?v=ezE1AGeJOs4
Cara Hebatkan Resume anda dengan Skill & Competency (Part 1)
Bagaimana untuk hebatkan resume anda? Gunakan cara yang betul menggunakan Skill & Competency. Ubah Resume untuk naikkan resume anda di mata majikan. Jangan l...
17/08/2020
[CARA TULIS SKILL DALAM RESUME]
Kita akan share beberapa resume, komen dan lihat di mana boleh improve diri -
BACKGROUND PENULIS RESUME - Engineer, 2 tahun bekerja (fresh entry)
1 - Penulis ini banyak menulis skill yang TIDAK BERKAITAN DENGAN KERJA.
2 - Penulis letak competency skill award di page 2 resume. Award yg ditulis tu sangat cantik kalau diletakkan di page 1 resume.
APA BOLEH KITA PELAJARI
1. Letak competency / skill award di page 1 resume.
2. Untuk fresh grad / entry level macam penulis ini, fokus letak honors / award yg anda dapat sepanjang belajar.
3. Disebabkan kurangnya skill kerja anda, maka tuliskan skill yg anda terlibat sewaktu belajar.
Contoh ayat skill / competency untuk fresh grad dan entry level -
a) LEADERSHIP - Hold High Committee position in several clubs / activities that I have joined (etc Persatuan ..)
b) PUBLIC SPEAKING - Actively involved in debate competition
c) 3 TIMES DEAN HONORS AWARD for semester 1,3 & 6
d) SCHOLARSHIP AWARD from Petronas
Wallahualam.
Jumpa lagi!
10/08/2020
SOALAN:
Adakah penting untuk masukkan "CAREER OBJECTIVE / INTRODUCTION" ke dalam resume anda?
JAWAPAN:
PENTING. Kenapa penting? Siapa boleh jawab?
06/08/2020
Pernah terfikir bagaimana majikan view resume anda di Jobstreet?
HERE'S HOW ITS DONE! The secret of secret for job hunting.
The reason for this post is untuk bagi anda FAHAM dan LIHAT DARI MATA MAJIKAN apabila mencari candidate untuk bekerja.
1. FOLDER - Apabila anda apply, maka profile anda akan masuk folder UNPROCESSED. Apabila majikan mula view resume anda, mereka akan terus buat remark samaada REJECTED atau KEPT FOR REFERENCE. Dan kemudian baru masuk folder SHORLISTED dan seterusnya.
Pernah tak anda lihat status application di Jobstreet anda tulis VIEWED BY EMPLOYEES 3 TIMES? Maksudnya barangkali resume anda ada masuk dalam folder kept for reference atau barangkali masih lagi dalam folder unprocessed sebab majikan belum buat keputusan.
Dengan kata lain, anda belum lagi masuk folder REJECT. Dan dengan kata lain, kalau sekali je view majikan pada anda, kemungkinan besar dah reject dah.
2. WHY HIRE ME? - Lihat kat tulisan putih biru tu. Inilah ayat yg anda tulis masa apply. Majikan bila dia scroll saja arrow bar kat atas tulisan ni terus keluar ayat anda
Adalah sangat rugi sape malas tak tulis why hire me punya section. Ok. Soalan! Apa bende sebenarnya nak kene tulis kat Why Hire Me section ni? Umumnya dia serupa macam objective dlm resume anda but a bit more simplified. (Next posting kita tunjuk)
3. TOP SKILLS,YRS OF EXPERIENCE, EXPECTED SALARY & EDUCATION - Semua top bar dalam jadual ni bole disusun atur oleh majikan. Maka, majikan bole filter atau rearrange candidate ikut years of experience yg dia nak atau education level.
Biasanya, majikan dah ada salary range. awal2 lagi mereka akan filter terus yg out of range.
Top skill pulak tak bole rearrange. Tapi dekat sinilah sepatutnya anda letak RELATED COMPETENCY SKILL anda. Rugilah sape tak tulis dan rugilah sape yg tulis entah ape2 skill tak berkaitan dgn kerja.
Harap dari sini anda dapat sedikit sebanyak tahu cara sudut pandang majikan dalam Jobstreet.
Semoga kalian akan lebih mudah mendapat kerja. Next posting InsyaAllah.