31/05/2026
Program Pengurusan dan Sokongan Pelajar Berkeperluan Khas. Program ini telah dibawakan khas untuk membantu dan memberikan sokongan terbaik demi kesejahteraan para pelajar. Bersama-sama membina komuniti kampus yang lebih prihatin dan penyayang π«±π»βπ«²π»
ποΈ 21 Mei 2026 (Khamis)
β° 10:00 pagi - 4:00 petang
π Dewan Sri Cendana, ASWARA
31/05/2026
HARI KOKURIKULUM AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) 2026
Telah berlangsung dengan jayanya Hari Kokurikulum Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 20 Mei 2026 yang lalu bertempat di Dewan Sri Cendana Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Seramai 300 orang pelajar yang terlibat terdiri
daripada pelajar tahun satu (1) program pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ASWARA menerusi 11 kursus Kokurikulum yang ditawarkan.
Antara kursus Kokurikulum yang ditawarkan adalah PISPA lanjutan, Choral Speaking, Koir Nasyid, Seni Silat, Taekwando, Sepak Takraw, Rekreasi, Pidato, Khidmat Masyarakat, Pengkormesilan Seni dan Kepimpinan.
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para pelajar, pensyarah dan kakitangan dalam menjayakan Hari Kokurikulum ASWARA 2026.
19/05/2026
Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, ASWARA akan menganjurkan Program Pengurusan dan Sokongan Pelajar Berkeperluan Khas.
Program ini dibawakan khas untuk membantu dan memberikan sokongan terbaik demi kesejahteraan para pelajar β¨
Butiran program adalah seperti berikut:
ποΈ21 Mei 2026 (Khamis)
β°10.00 pagi - 4.00 petang
πDewan Seri Cendana, ASWARA
Bersama-sama membina komuniti kampus yang lebih prihatin dan penyayang π«±π»βπ«²π»
18/05/2026
HARI KOKURIKULUM ASWARA 2026
π
20 Mei 2026 (Rabu)
β° 4.00 petang hingga 6.00 petang
π Dewan Seri Cendana & Dewan Kuliah Utama, ASWARA
16/05/2026
Selamat Hari Guru πΈ
Terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu dengan penuh kasih sayang.
Setiap pengorbanan, nasihat dan tunjuk ajar kalian menjadi cahaya buat anak bangsa menuju masa depan yang lebih gemilang.
βGuru Bitara, Nadi Negaraβ
Teruslah menjadi inspirasi dan pencetus perubahan.
Selamat Hari Guru 2026 π
Ikhlas daripada,
Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
16/05/2026
Malam santai penuh makna π¬β¨
Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan bersama-sama memeriahkan program Wayang Pacak menampilkan filem 3 Idiots.
Program turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Rektor (HEA), Timbalan Rektor (HEPA), Dekan Fakulti Penulisan Kreatif & Filem serta staf dan pelajar ASWARA yang sama-sama menikmati malam penuh inspirasi, gelak tawa dan nilai persahabatan. πΏ
ποΈ9 Mei 2026 (Sabtu)
β°8.00 malam
πGaleri Seni Halus ASWARA
08/05/2026
β¨ βWe Listen & We Donβt Judge.β β¨
Jom bersama kami dalam sesi santai penuh inspirasi dan perkongsian tanpa drama! π
π NO DRAMA, PLEASE!
π 9 Mei 2026 (Sabtu)
π 4.00 petang β 5.30 petang
π Dewan Seri Cendana, ASWARA
π€ Tetamu Undangan:
Mohd Fadhli Masoot
π Hos:
Sissy Imann
π¬ Bersama panel kaunselor yang akan berkongsi pandangan, pengalaman dan mesej positif buat semua.
π² Tempat terhad!
Whatsapp: 018-381 7242 (Aida) / 019-232 9032
06/05/2026
CITRA SENI : EPF SMART GRADUATE 2026
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) melalui Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah mengadakan sesi perkongsian Citra Seni : EPF Smart Graduate 2026 yang menampilkan penceramah jemputan,
Puan Rosmawati Ibrahim dari KWSP Wangsa Maju
π 5 Mei 2026 (Selasa)
β° 4.00 Petang β 6.00 Petang
π Dewan Orkestra, ASWARA
06/05/2026
HEBAHAN : INFOGRAFIK KEMPEN KEBERSIHAN BIL. 2/2026
Bersempena dengan Kempen Kebersihan ASWARA 2026, Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni menyeru semua kakitangan dan pelajar ASWARA menjaga kebersihan tandas-tandas di ASWARA merujuk di bawah infografik yang bertajuk βEtika Penggunaan dan Penjagaan Tandasβ.
06/05/2026
Persatuan Alumni ASWARA bersama ASWARA dengan bangganya meraikan kejayaan merangkul Anugerah Best Costume Design, Styling & Makeup menerusi Teater Muzikal Paduka Cik Siti di BOH Cameronian Arts Awards (BCAA) ke-21.
Syabas diucapkan kepada Duo kreatif yang dinamik, Naz Manterang (Alumni Fakulti Tari) dan Jijie Zainal (Alumni Fakulti Teater) atas sentuhan magis yang memukau juri dan penonton.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat Persatuan Alumni ASWARA atas kejayaan ini. Bersama kita terus memartabatkan seni dan budaya!