Institut Delta Semarak Jalan Ipoh

Institut Delta Semarak Jalan Ipoh > PERSIJILAN JURUELEKTRIK TAHAP 2 DAN TAHAP 3
> PERSIJILAN JURUKIMPALAN TAHAP 3

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu🌹       #2023
14/05/2023

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu🌹

#2023

🍀GEROBOK REZEKI IDS🍀Idea dan niat untuk melaksanakan projek ini dah lama dipendamkan cuma baru berkesempatan untuk dilak...
05/05/2023

🍀GEROBOK REZEKI IDS🍀

Idea dan niat untuk melaksanakan projek ini dah lama dipendamkan cuma baru berkesempatan untuk dilaksanakan awal Mei 2023 ni alhamdulillah..

Ini sebagai permulaan..Insyaallah bakal menyusul tambahan lagi bantuan Kongsi Rezeki begini di IDS . Walaupun tak banyak, diharapkan usaha ini diberkati Allah s.w.t serta dapat diteruskan sampai bila-bila dan sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan.

Semalam (5/5) banyak stok yang dah susut...Insyaallah isnin minggu depan ni kita topup dengan beras, telur, minuman 3 in 1 dan biskut2 lagi..Minggu ni cari stok telur..banyak tempat yang habis.

Doakan sama-sama ye..Usaha ini Allah permudahkan selalu...Aamiin3x.

Sharing is Caring

Tahukah anda..Pembiaya Pinjaman Pelajaran  bagi Program Kemahiran @ TVET yang sijilnya ditauliahkan/diuruskan oleh JPK( ...
05/05/2023

Tahukah anda..Pembiaya Pinjaman Pelajaran bagi Program Kemahiran @ TVET yang sijilnya ditauliahkan/diuruskan oleh JPK( Jabatan Pembangunan Kemahiran) ini adalah agensi kerajaan yang dikenali sebagai PTPK( Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia).

Penghujung tahun 2022 , PTPK telah berpindah dari Pembiayaan Konvensional kepada Pembiayaan Islamik yang antara sebab berpindah untuk elakkan unsur Riba, Gharar dan Maysir.

Dah tahu? Alhamdulillah 🤗

05/05/2023

Pengambilan Pelajar Baru Kemasukan INTAKE MEI 2023 Program SKM JURUKIMPAL & JURUELEKTRIK sedang dibuat.

Ingin memohon atau mendapatkan maklumat lanjut tentang prog di Institut Delta Semarak (IDS) Jalan Ipoh KL? Jom klik wasap.my/60183677856/SKMELEKWELD

Sharing is Caring
Puansha Kaunselor Program

Esok 1 Mei merupakan hari pekerja. Kami bercuti dan tutup sehari. Akan beroperasi semula pada 2 Mei 2023 (Selasa).Selama...
30/04/2023

Esok 1 Mei merupakan hari pekerja.
Kami bercuti dan tutup sehari. Akan beroperasi semula pada 2 Mei 2023 (Selasa).

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2023 daripada seluruh Warga Institut Delta Semarak

1 Mei 2023 - ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’.

Minat kemahiran tapi tak tahu nak buat pilihan??❓Jom kami bantu anda 😃Institut Delta Semarak bukan sahaja institut kemah...
29/04/2023

Minat kemahiran tapi tak tahu nak buat pilihan??❓Jom kami bantu anda 😃

Institut Delta Semarak bukan sahaja institut kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) malah kami *memberi jaminan kerja* kepada semua pelajar kami setelah tamat pengajian. Jom tengok kenapa anda mesti pilih Institut Delta Semarak 🤩✨

Tahukah kalian terdapat 5 tahap dalam  Persijilan Kemahiran Malaysia ?🍀Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia1. Persijilan...
26/04/2023

Tahukah kalian terdapat 5 tahap dalam Persijilan Kemahiran Malaysia ?

🍀Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
1. Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia

2. Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

3. Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

🍀 Jom tengok ..Syarat Kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia.

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

1. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

2. Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat)

Sumber :https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/sijil-kemahiran-malaysia-skm

26/04/2023

Masih dlm mood Raya? Ingin tahu Halatuju Pendidikan dalam aliran Kemahiran/TVET bagi program SKM Elektrik atau SKM Kimpalan??? Jom hubungi Pn Sha 0183677856

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN* ✨🌙Ramadan barakah pasti dirindui,Moga amalan diterima Illahi,Syawal menj...
23/04/2023

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN* ✨🌙

Ramadan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Illahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Salam tulus ikhlas dari seluruh warga Institut Delta Semarak 🫶

Dimaklumkan..Institut Delta Semarak akan ditutup sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2023 bermula 20/4( Khamis) sehingga 2...
20/04/2023

Dimaklumkan..Institut Delta Semarak akan ditutup sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2023 bermula 20/4( Khamis) sehingga 24/4( Isnin) dan akan dibuka semula pada 25/4( Selasa).

Waktu operasi selepas ramadhan/raya/hari biasa ialah Isnin -Jumaat 8.30pagi - 5.30 petang.

Ukhuwah dijalinkan...Alhamdulillah...Serahan biskut raya kepada sekolah terpilih oleh Kaunselor Program Institut Delta S...
19/04/2023

Ukhuwah dijalinkan...

Alhamdulillah...Serahan biskut raya kepada sekolah terpilih oleh Kaunselor Program Institut Delta Semarak(IDS) , Pn Mafuzah Isnin dan Selasa baru2 ini.

Biskut raya yang dimasak dan dibakar bersama kakitangan dan pelajar..

Insyaallah selepas raya akan bertemu kembali dengan kaunselor/guru sekolah berkongsi maklumat program TVET dan menjemput pelajar2 sekolah untuk hadir ke program hari terbuka IDS pada 19 & 20 Mei 2023.


14/04/2023

Pada 13/04/2023 telah berlangsung Majlis Iftar Perdana IDS 2023 dengan kerjasama MPP dan Kelab Staff IDS.

Pelbagai juadah disediakan untuk santapan pada iftar kali ini. Majlis berlangsung dengan jayanya walaupun hujan turun dengan lebat pada pertengahan majlis.

Ribuan terima kasih kepada MPP & semua staff yang berganding bahu menjayakan majlis pada kali ini. Sokongan dan sambutan dari para pelajar juga amat membanggakan.

Semoga akan ada lebih banyak lagi aktiviti yang merapatkan ukhuwah warga IDS pada masa akan datang & menjadi salah satu memori indah buat para pelajar sepanjang menimba ilmu di IDS.

Address

No 1094 Jalan Suppiah Pillay, Batu 2, 1/2 Off Jalan Ipoh Batu 2 1/2 Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
51200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Delta Semarak Jalan Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Delta Semarak Jalan Ipoh:

Shortcuts

Share

Category