Aswara

Call Directions Website Contact the school

Aswara Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan / The National Academy of Arts Culture & Heritage (ASWARA)

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653). ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan β€œperformers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara. ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis. NATIONAL ART ACADEMY (ASK) was set up in 1994 under Ministry of Cultural, Art and Tourism Malaysia which is currently known as NATIONAL ART CULTURE AND HERITAGE ACADEMY (ASWARA) starting on 1st August 2006 through National Art Culture and Heritage Academy ACT 2006 (653 Act). ASWARA is the only higher learning institution in performing area which is fully supported by the Malaysian Government under the Ministry of Unity, Cultural, Art and Heritage Malaysia. It is a form of higher learning institution which provides learning, research and academic publishing as well as professional consultant service in art culture and heritage which aim to produce a skilled artist and integrity author in their area beside to strengthening the national art heritage. In principles, ASWARA concentrates on art learning to produce educated and professional performers to fulfill the national art industry. ASWARA is responsible to produce graduates that are able to become a mentalist, supporter, inspirer, actor and practitioner of art, culture and heritage in research and culture conservation and various of heritage preservation.

SIARAN LANGSUNG NASI LEMAK KOPI O SEMPENA PENGANJURAN FESTIVAL GEMA SISWA ASWARA 2026Wahhhh, jom saksikan satu perkongsi...
22/09/2026

SIARAN LANGSUNG NASI LEMAK KOPI O SEMPENA PENGANJURAN FESTIVAL GEMA SISWA ASWARA 2026

Wahhhh, jom saksikan satu perkongsian menarik mengenai penganjuran Festival Gema Siswa ASWARA 2026 yang bakal disampaikan oleh tetamu jemputan khas:

πŸ‘€ Mejar Bersekutu (PA) Hanimah binti Samsudin, Pengarah Seksyen Pembangunan & Bimbingan Pelajar, Pejabat Timb. Rektor HEPA, ASWARA

Butiran Siaran:
πŸ—“ 24 September 2026 (Khamis)
⏰ 10.30 pagi – 11.30 pagi
πŸ“Ί Rancangan: Nasi Lemak Kopi O terbitan (TV9)

Jangan lupa temu janji kita!!





PENGLIBATAN ASWARA SEMPENA MALAYSIA INTERNATIONAL CRAFT FAIR (MICF) 2026Jom meriahkan Malaysia International Craft Fair ...
22/09/2026

PENGLIBATAN ASWARA SEMPENA MALAYSIA INTERNATIONAL CRAFT FAIR (MICF) 2026

Jom meriahkan Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026 dengan merasai sendiri keunikan seni kraf tempatan dan antarabangsa serta berkunjung ke reruai ASWARA ✨

πŸ“… 24 September – 5 Oktober 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ Kompleks Kraft Kuala Lumpur

Jangan lupa singgah ke reruai ASWARA dan kenali lebih dekat dunia seni, budaya dan pendidikan kreatif dengan pelbagai aktiviti menarik:

πŸŽ“Penerangan mengenai program pengajian yang ditawarkan ASWARA
🎨 Demonstrasi Huawei Digital Colouring Batik

Ayuh hadir beramai-ramai dan jumpa anda di reruai ASWARA!❀️





PERTANDINGAN KOMPANG SEMPENA FESTIVAL GEMA SISWA ASWARAΒ  Jom korang sertai Pertandingan Kompang yang dianjurkan bersempe...
22/09/2026

PERTANDINGAN KOMPANG SEMPENA FESTIVAL GEMA SISWA ASWARAΒ 

Jom korang sertai Pertandingan Kompang yang dianjurkan bersempena dengan Festival Gema Siswa ASWARA.

Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk mendaulatkan lagi warisan seni muzik tradisional serta menampilkan bakat-bakat terbaik dalam permainan kompang. Pelbagai hadiah menarik turut disediakan buat para pemenang.Β 

πŸ“… 3 Oktober 2026
⏰ 10:00 pagi – 5:00 petang
πŸ“ Dataran Dewan Orkestra ASWARAΒ 

Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.





Sempena Festival Gema Siswa ASWARA, Battle of the Band kini kembali untuk korang yang nak buktikan band mana paling β€˜gem...
22/09/2026

Sempena Festival Gema Siswa ASWARA, Battle of the Band kini kembali untuk korang yang nak buktikan band mana paling β€˜gempak’!

Bukan sekadar persembahan biasa, pelbagai hadiah menarik sedang menanti para pemenang. Saringan akan bermula pada 3 Oktober (2:00 Petang - 10:0 Malam) dan kemuncak Final akan berlangsung pada 4 Oktober (5:00 Petang - 10:00 Malam) di Dataran Dewan Orkestra ASWARA.

Tunggu apa lagi? Imbas QR kod pada poster sekarang untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sebelum terlambat!





22/09/2026

FESTIVAL GEMA SISWA ASWARA

Bersiap sedia untuk Festival Gema Siswa 2026 ASWARA! πŸŽ“βœ¨

Saksikan kreativiti tanpa batas daripada bakal-bakal penggerak industri seni budaya kita. Daripada persembahan pentas yang memukau hinggalah ke masterclass, festival ni ada SEMUANYA.

✨ Apa yang menarik?

🎨 Forum & Bual Bicara
🎭 Pertandingan & Anugerah
πŸ”₯ Masterclass & Bengkel
πŸŽ₯ Rakaman & Tayangan
🎀 Persembahan Pentas
πŸ–ΌοΈ Pameran & Jualan

Ini bukan sekadar festival, ini adalah platform pembangunan bakat holistik ASWARA yang menggabungkan kepimpinan, kemahiran insaniah dan transformasi digital.

πŸ“… 2 - 4 Oktober 2026
πŸ“ Kampus ASWARA
⏰ 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Semua dijemput hadir! 🀝

Jumpa di sana! Jangan lupa scan kod QR di poster untuk info lanjut.





MENGENANG ALLAHYARHAM PAK NGAH: PENERAJU IRAMA TRADISIONALSaksikan wawancara Apa Khabar Malaysia yang dibawakan khas bag...
21/09/2026

MENGENANG ALLAHYARHAM PAK NGAH: PENERAJU IRAMA TRADISIONAL

Saksikan wawancara Apa Khabar Malaysia yang dibawakan khas bagi memperingati sumbangan serta jasa Allahyarham Pak Ngah atau Datuk Suhaimi Mohd Zain, Bapa Irama Malaysia.

Perbincangan ini bakal dikupas bersama panel jemputan iaitu Encik Mohd Kamarulzaman Taib @ Che Kem selaku Dekan Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA), ASWARA

πŸ“… 23 September 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 Pagi - 10.00 Pagi
πŸ“Ί BERNAMA TV (Astro 502, unifi TV 631, MYTV 121, Facebook & YouTube BERNAMA TV)Β 

Jangan lupa temu janji anda!!





πŸ”₯πŸ’₯ FESTIVAL GEMA SISWA ASWARA πŸ’₯πŸ”₯Penyertaan untuk Bengkel Tarian Breakdance & GEMA BREAKING: 1 LAWAN 1 sempena Festival G...
21/09/2026

πŸ”₯πŸ’₯ FESTIVAL GEMA SISWA ASWARA πŸ’₯πŸ”₯

Penyertaan untuk Bengkel Tarian Breakdance & GEMA BREAKING: 1 LAWAN 1 sempena Festival Gema Siswa ASWARA 2026 kini lagi panas sebab jumlah hadiah kemenangan telah diumumkan! πŸ†πŸ”₯

πŸ₯‡ Juara β€” RM1000
πŸ₯ˆ Naib Juara β€” RM750
πŸ₯‰ Ketiga β€” RM500
πŸŽ–οΈ 3 Saguhati β€” RM350 seorang

Jom sertai bengkel bersama Zero Havoc & Heat daripada Giller Battle Crew, kemudian turun ke floor untuk GEMA BREAKING: 1 LAWAN 1!

πŸ“ Kampus ASWARA
πŸ“… 2 - 4 Oktober 2026
πŸ’₯ PERCUMA!

Ini peluang rare untuk sertai program street dance yang dianjurkan oleh institusi seni seperti ASWARA. Ajak kawan-kawan, family dan komuniti anda sekali!

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan syarat pertandingan.

Info hadiah dah keluar. Sekarang tinggal korang je turun battle! πŸ”₯





20/09/2026

FESTIVAL GEMA SISWA ASWARA

Wahhh ada Aniq Suhair laa korang😍

Bersiap sedia untuk Festival Gema Siswa 2026 ASWARA! πŸŽ“βœ¨

Saksikan kreativiti tanpa batas daripada bakal-bakal penggerak industri seni budaya kita. Daripada persembahan pentas yang memukau hinggalah ke masterclass, festival ni ada SEMUANYA.

✨ Apa yang menarik?

🎨 Forum & Bual Bicara
🎭 Pertandingan & Anugerah
πŸ”₯ Masterclass & Bengkel
πŸŽ₯ Rakaman & Tayangan
🎀 Persembahan Pentas
πŸ–ΌοΈ Pameran & Jualan

Ini bukan sekadar festival, ini adalah platform pembangunan bakat holistik ASWARA yang menggabungkan kepimpinan, kemahiran insaniah dan transformasi digital.

πŸ“… 2 - 4 Oktober 2026
πŸ“ Kampus ASWARA
⏰ 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Semua dijemput hadir! 🀝

Jumpa di sana! Jangan lupa scan kod QR di poster untuk info lanjut.





SIARAN LANGSUNG SELAMAT PAGI MALAYSIA TERBITAN RTM SEMPENA FESTIVAL GEMA SISWA ASWARA 2026Sekitar wawancara khas mengena...
20/09/2026

SIARAN LANGSUNG SELAMAT PAGI MALAYSIA TERBITAN RTM SEMPENA FESTIVAL GEMA SISWA ASWARA 2026

Sekitar wawancara khas mengenai penganjuran Festival Gema Siswa ASWARA 2026 di program Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM yang menampilkan:

πŸ‘€ Prof. Madya Ts. Dr. Zulkifli Ab Rashid (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik ASWARA)Β 

πŸ‘€ Farah Aina Mohd Nazri (Pegawai Projek Festival Gema Siswa ASWARA 2026)

πŸ—“ 20 September 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi
πŸ“Ί Saluran TV1, Berita RTM, RTMKlik, MYTV Broadcasting & Astro CH505





Address

Aswara
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60326971777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aswara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Aswara:

Shortcuts

Share