Pengakhiran yang baik (Husnul Khatimah)
Kematian yang baik menjadi impian semua manusia yang hidup di muka bumi ini. ujian dan cabaran yang datang adalah untuk menguji manusia itu siapakah amalan yang paling baik. Allah telah berfirman di dalam surah al-Mulk ayat 2
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
banyak hadis yang bercakap mengenai kematian yang baik. tapi terlebih dahulu apa itu kematian yang baik itu? ia adalah kematian seseorang di dalam islam, beriman kepada Allah dan melafazkan shahadah sebelum meninggal dunia.
Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik seperti mana firmanNya:
إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
(Surah al-Nisa’: 48)
kerana itu, berdoalah kepada Allah supaya mematikan kita dalam keadaan yang baik dan dapat memasuki syurgaNya.
selain itu, antara kematian yang baik juga adalah seperti berikut:
1. Mati pada hari atau malam hari Jumaat
2. Mengucap dua kalimah shahadah sebelum meninggalkan dunia
3. meninggal dalam keadaan berpeluh dahinya
4. Diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah untuk beramal soleh sebelum meninggal dunia
5. berasa gembira dan senang hati ingin bertemu Allah
6. meninggal dunia disebabkan penyakit yang berkaitan dengan perut.
7. Meninggal dunia dalam keadaan mati lemas, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah.
8. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak
9. Meninggal dunia dalam keadaan mempertahankan maruah dan hartanya
10. Meninggal dunia dalam keadaan melakukan amal soleh
ini adalah antara tanda-tanda seseorang itu mendapat husnul khatimah. kita sebagai manusia yang sentiasa melakukan dosa, perlulah sentiasa memohon doa dan senantiasa bertaubat supaya kita juga mendapat kematian yang baik (Husnul Khatimah)
Semekar Iman
Semekar iman, Setanggi Insan. #kelasmultimediadakwah
23/05/2023
Pesanan Untuk Orang Yang Akan Bermusafir
عَنْ سَالِمٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ يَقُولُ لِلرَّجُلِ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا ادْنُ مِنِّي أُوَدِّعْكَ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوَدِّعُنَا فَيَقُولُ أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
Daripada Salim RA bahawa Ibn Umar RA berkata kepada seseorang apabila hendak melakukan musafir: “Datanglah kepadaku, aku ingin menyampaikan ucapan perpisahan sebagaimana Rasulullah SAW mengucapkan kepada kami, kemudian beliau mengucapkan:
أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
“Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.” (HR Tirmizi, No. 3443) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Musafir adalah perjalanan seseorang daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya mengerjakan ibadat fardhu haji ke Mekah. Ianya boleh menyebabkan kesulitan dan kemudharatan kerana menimbulkan kesukaran, keletihan dan menghalang keselesaan, kerehatan serta kesempurnaan dalam beribadah sepanjang perjalanan.
2.Justeru, Rasulullah SAW telah mengajar para sahabat mengenai sunnah yang sangat baik untuk diamalkan apabila seseorang hendak melakukan musafir ialah mengucapkan doa kepadanya.
أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
“Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.”
3. Terdapat juga dalam hadis Riwayat Anas RA, bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW memberitahu dia akan bermusafir, lalu Nabi SAW mendoakannya:
زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ
“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.” (Sunan Tirmizi No: 3444) Status: Hadis Sahih
4. Kebiasaannya, bermusafir akan menyebabkan hilangnya kesenangan dan keselesaan dalam melakukan amalan harian mahupun beribadah. Oleh sebab itu, Islam telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada seseorang yang bermusafir.
5. Sebagai Muslim hendaklah kita mendoakan orang yang akan bermusafir dan berpesan kepada mereka untuk sentiasa bertaqwa dan menjaga amalan ibadah sepanjang perjalanan tersebut.
6. Sempena musim orang bertolak untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji, doakanlah mereka dengan doa di atas semoga mereka memperoleh kekuatan dan kemudahan sepanjang berada di sana dan mendapat haji yang mabrur.
Mari kita doakan Duyufurrahman (tetamu Allah) dengan lafaz:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا
“Semoga Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni..
38
FOKUS BERDOA HANYA BILA DITIMPA UJIAN?
Perasan tak kita? Apabila kita ditimpa ujian, waktu tersebutlah kita akan bersungguh-sungguh menadah tangan, memohon pertolongan Allah SWT. Saat ditimpa ujian itulah kita bersungguh sungguh memohon agar Allah SWT memberikan kita jalan keluar. Pada saat ujian menimpa itulah kita akan merintih mengakui kelemahan kita di hadapanNya.
Saat ketika kita tidak diuji, mungkin kita seringkali lalai. Berdoa acuh tak acuh, tiada kesungguhan. Kadang-kadang kita tidak benar benar menghayati doa yang dilafazkan. Hanya ketika kita ditimpa musibah, barulah kita lebih fokus berdoa, barulah kita bersungguh-sungguh mencari Tuhan. Benarkan?
Nabi ﷺ bersabda :
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu meyakini doa itu akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak memustajabkan doa dari hati yang lalai lagi alpa”
(HR Tirmidhi : 465)
Selepas ni, kita sama sama cuba berusaha untuk fokus berdoa setiap masa. Jangan tunggu Allah datangkan ujian, baru kita nak tersedar. Sentiasalah hadirkan Tuhan dalam kehidupan seharian kita. In sha Allah, hari hari kita akan dipermudahkan sentiasa.
37
Rukanah Vs Rasulullah ﷺ
Aktiviti bersukan dan riadah mampu dijadikan sebagai medan dakwah yang berupaya menyatukan masyarakat, malah ia juga berupaya menarik orang bukan Islam untuk melihat keindahan agama ini. Apatah lagi sukan dan riadah sebenarnya bukan asing dalam Islam, malah Rasulullah SAW sendiri bukan sahaja menyarankan umat Islam bersukan, bahkan Baginda sendiri memiliki kecergasan dan kekuatan hebat.
Pada zaman Rasulullah dahulu, terdapat seorang pemimpin Arab dan merupakan ahli gusti terkenal yang bernama Rukanah ibnu Abdu Yazid RA memeluk Islam selepas dikalahkan dalam pertandingan gusti dengan Rasulullah SAW. Tokoh Quraisy itu memiliki badan tegap dan sasa yang hebat bergusti hingga mengalahkan mana-mana juara gusti di Tanah Arab pada zamannya. Bagaimanapun, berhadapan dengan Rasulullah SAW, ternyata menjadi pengalaman mengejutkan kerana Baginda berjaya memegang badan Rukanah, lalu membantingkannya ke tanah.
Malah perlawanan itu diulang sebanyak tiga kali atas permintaan Rukanah tetapi ketiga-tiga perlawanan itu menyaksikan Rasulullah SAW berjaya mengalahkannya hingga akhirnya akur dan mengalah.
Rukanah berkata: “Wahai Muhammad, tiada siapa pernah dapat membaringkan aku hingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain daripadamu! Sebelum ini, engkaulah paling aku benci tetapi sekarang, aku menyaksikan tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah SAW dan Nabi Muhammad SAW itu Rasul-Nya.”
(HR Abu Daud dan Tirmizi)
Kemenangan Rasulullah SAW itu dlihat semata-mata mengharapkan Rukanah dikurniakan hidayah dan menerima Islam. Inilah dakwah Baginda yang sangat menarik kerana membabitkan pelbagai pendekatan hingga gusti juga boleh menundukkan hati bukan Islam. Oleh itu, kita haruslah mencontohi dakwah Rasululullah SAW yang begitu hebat tersebut supaya kita dapat menerapkan amalan berdakwah dalam bersukan.
Bagaimanapun, beberapa syarat dalam bersukan perlu kita patuhi iaitu:
• Haiwan adalah dilarang untuk dijadikan sebagai sasaran.
• Memelihara bahagian tubuh atau aurat menurut hukum Islam, iaitu antara pusat hingga lutut bagi lelaki, manakala aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
• Memastikan jurulatih dan atlet daripada jantina sama. Sekiranya berbeza, batas pergaulan perlu dijaga selaras tuntutan syarak seperti jurulatih lelaki tidak boleh menyentuh ahli sukan wanita, begitu juga sebaliknya.
• Pakaian sukan perlu memenuhi etika berpakaian ditetapkan syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan diceburi, manakala pakaian wanita perlu longgar dan tidak menampakkan susuk badan.
• Percampuran bebas antara lelaki dan wanita semasa bersukan dilarang. Tempat bersukan seperti gimnasium dan kolam renang perlu disediakan berasingan atau melaksanakan jadual masa penggunaan berlainan.
• Tidak boleh bersukan hingga melalaikan kewajipan agama seperti solat.
• Tidak mempedulikan kepentingan orang lain seperti bermain di jalan raya hingga mengganggu lalu lintas, membuat bising atau menyebabkan kecederaan kepada pihak lawan kecuali kemalangan atau tidak sengaja.
• Sokongan keterlaluan khususnya penyokong fanatik hingga mencetuskan pergaduhan atau mengeluarkan kata-kata kesat, bercanggah dengan Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih sayang.
• Islam melarang jenis sukan terlalu ekstrim, berisiko tinggi dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental serta spiritual umpamanya pertandingan makan makanan eksotik seperti kala jengking dan labah-labah, haram, najis, kotor serta menjijikkan.
• Wanita Muslim dilarang menyertai sukan yang bercanggah dengan fitrah kewanitaan dan bertentangan adab, adat serta tatasusila.
Cc: BH 2019
Jom riadah jom!
ke 36
ANTARA 6 WAKTU PALING MUSTAJAB UNTUK BERDOA & DIKABULKAN HAJAT
1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH
Apabila terdengar azan berkumandang, segeralah membersihkan diri untuk bersiap menghadap Yang Maha Esa. Allah amat menyenangi hambaNya yang meninggalkan segala hal keduniaan dan mematuhi seruan dariNya sejurus tiba waktu.
Ketika azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak” (Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).
doa mustajab waktu
2. SEMASA HUJAN TURUN
Waktu hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.
Hujan yang turun turut disertai dengan rezeki dan rahmat bagi hambaNya yang taat dan tidak putus-putus berdoa. Satu hadis sahih membuktikan bahawa waktu tersebut doa mudah dimakbulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)
Doa ketika hujan
3. DUA WAKTU PADA HARI JUMAAT
Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah. Hari yang juga dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari merupakan hari yang diwajibkan untuk mengerjakan Solat Jumaat bagi lelaki dan amalan sunat seperti membaca Surah Al-Kahfi serta memperbanyakan zikir-zikir lain.
Rasulullah SAW pernah membicarakan tentang hari Jumaat dalam sebuah hadis sahih di mana Baginda bersabda:
“Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Selain itu, satu lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama’ adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.
Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata :
Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan solat Jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai solat Jumaat”.(Hadis Riwayat Muslim)
4. SEPERTIGA TERAKHIR MALAM
Melakukan solat sunat tengah malamdan mengorbankan waktu tidur bukanlah perkara yang mudah dengan komitmen yang dipikul saban hari. Namun, kekuatan doa pada solat tahajud ini adalah ibarat panah yang tepat pada sasaran.
Pada ketika sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.
Junjungan besar Rasulullah s.a.w juga turut mengamalkan serta menggalakkan umat Islam keseluruhannya untuk menggunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk beribadat dan berdoa kepada Allah.
Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,
“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
waktu mustajab doa
5. HARI ARAFAH PADA MUSIM HAJI
Amat bertuahlah bagi hamba Allah yang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah lebih-lebih lagi pada musim haji.
Pada Hari Arafah, jemaah haji yang berada di Arafah tidak berhenti beristighfar, berdoa dan beribadah sehingga terbenam matahari.
Umat Islam yang lainnya juga perlu menggunakan waktu mustajab ini sebaiknya untuk berdoa supaya mendapat keredhaan dan keampunan Allah serta hajat yang lainnya.
Sabda Rasulullah SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).
hari arafah
Foto Kredit: Wikipedia.com
6. KETIKA WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA
Ibadah puasa merupakan benteng untuk menahan nafsu serta menjadikan mukmin lebih tawadhuk dengan merasakan keperitan orang yang sering berlapar.
Selain kelebihannya pada aspek kesihatan, orang yang berpuasa juga mempunyai kelebihan yang lain seperti dapat dimakbulkan doa yang diminta pada Allah pada dua waktu utama iaitu ketika bersahur dan berbuka.
Sesuai dengan hadis yang dikemukakan tentang keajaiban waktu terakhir sepertiga malam, waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab itu.
Oleh itu banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh.
Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Hari ke 35
Islam dan akal
Akal merupakan anugerah terpenting bagi manusia yang membezakan manusia dengan haiwan khususnya. Akal merupakan tempat daya berfikir manusia dan merupakan ‘mesin’ menyerap dan menganalisis data.
Sebab itu tanggungjawab agama atau taklifan digantung pada akal yang waras dan mencapai umur yang baligh.
Dalam disiplin ilmu Maqasid al-Syariah yang membicarakan berkenaan tujuan sesuatu pensyariatan, dinyatakan bahawa dharuriyatul khams iaitu keperluan asas manusia antaranya ialah memelihara akal.
Ini kerana tanpa akal, manusia tiadalah keistimewaan mereka. Begitu juga, tanpa akal yang waras menjadikan manusia boleh jadi lebih teruk dari nilai kebinatangan.
Sehubungan memelihara akal ini mestilah dari dua aspek iaitu:
(1) Membina
(2) Mempertahankannya
Dari sudut membina akal ialah ditetapkan oleh syarak bahawa kewajipan menuntut ilmu. Akal yang disirami dengan ilmu menjadi seseorang itu lebih rasional dan mengenali sesuatu. Manusia itu selalunya bermusuh dengan apa yang mereka jahil.
Lantaran itu, Allah mengangkat darjat orang yang berilmu serta menyatakan secara jelas perbezaan antara mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu.
Firman Allah S.W.T:
“Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”
(az-Zumar: 9)
Manakala memelihara akal dari sudut mempertahankannya ialah dengan pengharaman arak serta apa sahaja yang mempunyai illah kepada pengharaman arak iaitu memabukkan.
Akal yang diberikan oleh Allah kepada manusia mestilah digunakan dan dijaga sebaiknya. Akal ini yang mendorong manusia ke arah perbuatan yang baik atau tidak dan membezakan baik dan buruk. Jika akal dijaga dengan baik, mkaa hasilnya baik.
14/05/2023
Berbakti Kepada Ibu bapa
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَأْذَنَهُ فِي الْجِهَادِ فَقَالَ أَحَيٌّ وَالِدَاكَ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ
Abdullah bin 'Amru RA berkata: "Datang seorang laki-laki kepada Nabi SAW lalu meminta izin untuk pergi berjihad. Maka Baginda bertanya: "Apakah kedua orang tuamu masih hidup?" Laki-laki itu menjawab: "ya". Maka Baginda berkata: "Kepada keduanyalah kamu berjihad (berbakti) ". (HR Bukhari No: 2782) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berkhidmat dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah dituntut seperti membantu dari sudut kewangan, penjagaan terutama semasa mereka tidak sihat atau tua serta kasih sayang.
2. Berkhidmat dan berbakti kepada kedua ibu bapa adalah sebahagian daripada jihad.
3. Ada sahabat yang Rasulullah SAW tidak izinkan untuk pergi berjihad dan diminta berbakti kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup.
4. Berbakti juga dituntut selepas ibubapa meninggal dunia. Antaranya Menunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan juga hutang kepada manusia. Hadis Nabi SAWdaripada Ibn Abbas RA,
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا قَالَ: نَعَمْ قَالَ: فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha’ puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk ditunaikan.” (HR Bukhari No: 1953)
Berbuat baiklah kepada ibu bapa yang telah berjasa kepada kita. Sama ada mereka masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Berbakti kepada ibu bapa sebagai tanda anak soleh. Selamat Hari Ibu.
33
Selamat Hari Ibu
harini adalah sambutan hari ibu untuk semua ibu-ibu. tetapi hari ini min akan bercakap mengenai hari ibu dalam sudut pandang islam. Dalam islam, menghormati ibu adalah pada setiap masa dan keadaan, budaya selamat hari ibu ini dilaksanakan oleh barat untuk mendidik masyarakat berbuat baik kepada ibu bapa.
sebagai Muslim, tiada kesalahan menyambutnya tetapi perlu fahami bahawa menghormati ibu bapa bukanlah pada hari ibu sahaja dan menjadikan perbuatan ini adalah perkara adat dan bukannya perayaan agama. jangan mengecilkan skop menghormati ibu bapa itu kepada hari ini sahaja.
Allah telah berfirman :
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaub
(Surah al-Isra’: 23-25)
kepada semua Ibu-ibu , terima kasih atas jasamu mendidik dan menjaga kami dari kecil sehingga sekarang. semoga Allah melimpahkan berkah dan pahala kepadamu.
kepada anak-anak, hormatilah dan santulah ibu dan bapamu dengan baik dan terhormat. kasihla mereka seperti mana mereka kasih kepadamu.
32
AMALAN SUNAT HARI JUMAAT
1. Memotong kuku
Imam Nawawi menyatakan: “Imam Syafie dan para ulama Mazhab Syafi’iyyah menegaskan, dianjurkan memotong kuku dan mencukur rambut-rambut di badan (kumis dan bulu kemaluan) pada hari Jumaat.” (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab, 1:287)
2. Membaca surah al-Kahfi
Dalam sebuah lagi hadis, baginda SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Riwayat al-Baihaqi)
3. Bersedekah
“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)
4. Selawat ke atas nabi
Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barang siapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” (Riwayat al-Baihaqi)
5. Berdoa
Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang Muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada ALLAH SWT, pasti ALLAH SWT akan memperkenankan permintaanya itu”. (Riwayat al-Bukhari)
11/05/2023
31
Apa Yang Kita Kejar Dalam Hidup Ini??
Pernahkah dalam satu saat kita terfikir, apa yang kita kejarkan dalam kehidupan ini?
Kekayaan? Harta?
Itu semua tidak akan dibawa mati.
Cinta?
Hati manusia berubah sentiasa. Hari ini kasih, cinta, rindu berahi, esok lusa benci bila ada pengganti.
Pangkat?
Kita semua akan tua dan pencen akhirnya.
Apabila sampai masa umur kita luput untuk berada di dunia, segalanya akan kita tinggalkan sama ada kita bersedia atau tidak, terpaksa jua kita pergi menghadap Ilahi.
Lantas…
Bekal apakah yang akan kita bawa?
Allahuu..fikir-fikirkan...
⏳️...
⏳️....
⌛️......
Demi masa.
Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian.
Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.
10/05/2023
🌺"DUA KALIMAH ZIKIR YANG RINGAN DI MULUT TETAPI BERAT DI TIMBANGAN AMAL"🌺
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
‘Dua kalimat yang disukai oleh Ar Rahman, ringan di lidah, berat di Mizan [timbangan amal di akhirat]:
سُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ
Maha suci Allah dan segala puji untukNya, maha suci Allah yang maha agung’.” (HR. Al Bukhari)
SELAMAT BERAMAL
SHARE JIKA BERMANFAAT
Hari ke 28
Adil dari segi perspektif Islam
Keadilan dalam Islam merangkumi semua aspek kehidupan seperti sosial, undang-undang, politik dan ekonomi.
Ia membentuk peribadi seorang manusia dalam pembinaan masyarakat yang harmoni. Keadilan Islam ini bersifat sejagat di mana bukan sahaja adil ini kepada orang Islam, malah ianya melibatkan orang bukan Islam, tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama.
Firman Allah SWT:
“Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Tuhan yang sentiasa menegakkan keadilan, dan para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan perkara yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Tuhan yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali ‘Imran: 18)
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis qudsi bahawa Allah SWT berfirman:
“Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan sifat zalim ke atas diri-Ku dan Aku jadikannya (kezaliman) haram antara kalian, maka janganlah kalian berlaku zalim sesama kalian.” (Riwayat Muslim 2577)
Al-Quran menegaskan bahawa kedudukan adil itu sangat tinggi, sehingga merangkumi seluruh kejadian alam semesta. Firman allah SWT:
Dan Allah telah menjadikan langit yang tinggi, serta Dia mengadakan neraca keadilan (undang-undang). (7); Supaya kalian tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8); Dan betulkanlah timbangan itu dengan adil, dan janganlah kalian mengurangi neraca timbangan. (9).” (Surah al-Rahman: 7-9)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kalian berlaku adil, dan berbuat kebajikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kalian (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kalian mengambil peringatan dengan mematuhi-Nya.” (Surah al-Nahl: 90)
Ayat di atas menegaskan tentang kewajipan berlaku adil kepada seluruh manusia yang bermasyarakat majmuk tanpa mengira perbezaan taraf hidup, agama dan bangsa. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita mestilah bersifat adil terhadap semua makhluk Allah sama ada manusia, haiwan dan sebagainya kerana segala perbuatan kita akan dihisab di akhirat kelak.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603