18/05/2026
Tahniah kepada tenaga pendidik PM NURUL ILMI iaitu Bonda Siti Anida dan bekas guru Teacher Zaila untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025. Tahniah juga kepada Cikgu Iqbal penerima Anugerah Sijil Penghargaan 2025.
Anugerah ini sebagai penyuntik semangat daripada MAIWP untuk lebih berterusan berkhidmat demi anak didik dan kemajuan ummah. Guru-guru lain juga berpeluang untuk giliran pada tahun seterusnya.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Bahagian Pembangunan Insan - BPI MAIWP
Unit Prasekolah, Bahagian Pembangunan Insan MAIWP
PERMATA MAIWP BPI
Permata MAIWP
PERMATA MAIWP NURUL ILMI
20/03/2026
Kami Guru Permata MAIWP Nurul Ilmi mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin 🫰🏻 Hati hati di kampung ye.
18/03/2026
Tadika Permata MAIWP Nurul Ilmi meriah dengan suasana dapur kecil yang penuh keceriaan. Anak-anak sedang sibuk belajar sambil memasak kuih cornflakes madu bersama-sama. Seronok melihat mereka bekerjasama, belajar berdikari dan mencipta kenangan manis sejak kecil🍯✨
18/02/2026
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H
Bulan penuh keberkatan kembali menyinari kehidupan kita. Semoga Ramadan kali ini membawa keinsafan, memperkukuh keimanan serta menyuburkan semangat kebersamaan dan kepedulian dalam masyarakat.
Semoga setiap amal kebajikan yang dilaksanakan menjadi asbab rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.
Ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli & Keluarga MAIWP
18/02/2026
Selamat Menyambut Ramadan 1447H
Semoga Ramadan ini membentuk jiwa yang lebih bertakwa dan memperkukuh ukhuwwah dalam masyarakat.
Ikhlas daripada:
Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya
Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP