14/08/2026
Dirgahayu Tuanku.
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Kami barisan kepimpinan Johor Student’s Association of UNIMEL ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H.
Semoga Allah melanjutkan usia Seri Paduka Baginda.
Sekian, terima kasih.
Setulus ikhlas, MAJLIS ANAK NEGERI JOHOR UNIVERSITI ISLAM MELAKA
🔴🔵 "WORKING TOGETHER FOR A BETTER TOMORROW" 🔴🔵

21/07/2026
✨ PROGRAM IHYA' GOTONG-ROYONG KOMUNITI ✨
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Kami barisan kepimpinan Johor Student's Association of Unimel merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan, ahli jawatankuasa serta seluruh pihak yang telah menjayakan Program Ihya' Gotong-Royong Komuniti yang telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Julai 2026 (Ahad) di Masjid Al-Ilmi, Universiti Islam Melaka.
Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar hasil daripada semangat kerjasama, komitmen dan kesungguhan semua pihak dalam menceriakan serta memelihara kebersihan rumah Allah. Semangat bergotong-royong yang dipamerkan bukan sahaja berjaya mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan kondusif, malah mengeratkan silaturahim serta memupuk nilai kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah serta diberkati oleh Allah SWT. Diharapkan semangat kebersamaan ini akan terus berkekalan dan menjadi inspirasi untuk menjayakan lebih banyak program yang memberi manfaat kepada masyarakat pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Setulus ikhlas,
MAJLIS ANAK NEGERI JOHOR UNIVERSITI ISLAM MELAKA
🔴🔵 "WORKING TOGETHER FOR A BETTER TOMORROW" 🔴🔵
19/07/2026
✨Sekalung Tahniah✨
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Kami barisan kepimpinan Johor Student's Association of Unimel merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali (ADUN Panti) atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor pada 18 Julai 2026 / 1448H.
Semoga kepimpinan yang diamanahkan ini sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT dalam memacu kecemerlangan sektor pendidikan dan penyampaian maklumat di Negeri Johor ke arah yang lebih gemilang, sejahtera dan makmur demi kesejahteraan seluruh Bangsa Johor.
Sekian, terima kasih.
Setulus ikhlas, MAJLIS ANAK NEGERI JOHOR UNIVERSITI ISLAM MELAKA
🔴🔵"WORKING TOGETHER FOR A BETTER TOMORROW"🔴🔵