24/08/2023
Sarjan Hassan Othman.
Nama sebenarnya Hassan bin Haji Othman. Beliau dilahirkan pada 15 Febuari 1927 . Dinaikkan pangkat Sarjan pada tarikh 1 September 1952. Lans Koperal pada tarikh 28 April 1948. Dinaikkan pangkat Koperal pada tarikh 24 Oktober 1950.
Sarjan Hassan menunjukkan keberanian yang tinggi dalam membuat keputusan menyerang perkhemahan pengganas walaupun hanya disertai seorang anggotanya. Pernah membunuh 54 orang komunis dan menggagalkan cubaan pengganas yang mahu mensabotaj kemerdekaan negara kira-kira 10 hari sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
UMUM mungkin mengetahui filem Sarjan Hassan lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang mengisahkan anggota Askar Melayu berjuang menentang penjajah Jepun di Tanah Melayu.