Uni Assist- Pusat Kemasukan Pengajian Tinggi

Uni Assist- Pusat Kemasukan Pengajian Tinggi

Share

Menyediakan laluan khas ke Universiti terbaik Malaysia

Semakan Merit UPU Online 05/12/2024

SEMAKAN MERIT PERMOHONAN UPU ONLINE

Kejayaan mendapat tempat ke IPTA adalah bergantung kepada markah merit selain memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian, perakuan temu duga dan/atau ujian bagi yang memerlukan syarat berkenaan, kekosongan tempat dan keutamaan pilihan.

Ini bermaksud, walaupun seseorang calon telah memenuhi syarat am dan khas program yang ingin dimohon, peluang penawaran adalah bergantung kepada markah merit. Lebih tinggi markah merit calon, maka lebih tinggilah peluang untuk ditawarkan program tersebut.

Bagi program-program kompetitif seperti perubatan, undang-undang, farmasi atau kejuruteraan, purata merit adalah sangat tinggi. Sehubungan itu adalah amat penting untuk pelajar mengetahui dengan membuat semakan merit UPU Online bagi tujuan meningkatkan peluang untuk mendapat tawaran program.

Untuk semakan merit, admin kongsikan info lanjut di pautan berikut: https://www.uniassist.my/post/semakan-merit-upu-online

Semoga ianya bermanfaat dan membantu para pelajar serta ibu bapa untuk permohonan di UPU Online kelak!

Semakan Merit UPU Online Selain memenuhi syarat kelayakan program, adalah amat penting untuk para pelajar mengetahui markah merit yang diperlukan di UPU Online

01/10/2024

HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN UPUONLINE®
LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2024/2025

SEMAKAN BOLEH DIBUAT MULAI 4 OKTOBER 2024 (12:00 TENGAH HARI)
HINGGA 12 OKTOBER 2024 (5:00 PETANG)

TAHNIAH
KEPADA YANG BERJAYA MENDAPAT TAWARAN,
TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN 5 OKTOBER 2024 HINGGA 12 OKTOBER 2024

SEMAK DI URL :
🔴 https://jpt.utm.my
🔴 https://jpt.uum.edu.my
🔴 https://jpt.unimas.my
🔴 https://jpt.ums.edu.my
🔴 https://jpt.umt.edu.my

SEMAKAN MELALUI APLIKASI UPUPOCKET
BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APP STORE & HUAWEI APP GALLERY

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jalan Klang Lama
Kuala Lumpur
58200