10/10/2025
Kami tidak pernah memaksa sesiapa untuk membeli emas. Apa yang kami lakukan ialah mengajak & berkongsi ilmu tentang cara menambah simpanan kewangan masyarakat dalam bentuk aset yang mampu milik dan terbukti kukuh nilainya โ iaitu emas.
Antara perkara yang selalu saya tekankan:
- Gunakan duit lebihan yang tidak diperlukan sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.
- Emas sebagai simpanan jangka panjang
- Jangan guna duit kecemasan untuk membeli emas
- Pastikan ada emergency fund tunai mencukupi sebelum mula menyimpan emaa
- Fahami spread emas & faktor-faktor lain yang telah saya kongsikan dalam posting sebelum ini
Jadi, mari kita tanya soalan ini: Harga emas naik turun, adakah itu salah Datoโ Seri Louis Ng? Salah dealer? Salah kerajaan Malaysia? Jawapannya jelas: Tidak.
Harga emas bergantung kepada pelbagai faktor besar yang berada di luar kawalan mana-mana individu:
- Ketegangan politik antarabangsa
- Jangkaan penurunan kadar faedah
- Dolar AS yang melemah
- Ketidakstabilan ekonomi global
- Kadar inflasi
- Kelemahan Ringgit berbanding USD
โฆdan banyak lagi faktor lain.
Sebagai contoh, laporan terkini menyebut bahawa Donald Trump mencabar kebebasan Federal Reserve, termasuk dasar monetari dan ahli lembaga. Tindakan ini menimbulkan keraguan pelabur terhadap kestabilan kewangan AS, lalu menyebabkan mereka mengalihkan dana kepada aset selamat seperti emas. Apabila permintaan meningkat, harga emas pun naik.
๐ Fakta penting:
- Harga emas di Public Gold dipaparkan secara telus di aplikasi GAP dan laman web rasmi.
- Harga fizikal dikemas kini setiap 20 minit mengikut harga pasaran global.
- Harga di akaun GAP p**a dikemas kini setiap 24 jam pada jam 12 tengah malam.
Turun atau naik sekalipun, tuan puan sendiri boleh semak secara langsung. Kami dealer tidak pernah menetapkan harga emas. Ia ditentukan oleh pasaran global dan faktor ekonomi dunia yang jauh lebih besar daripada kita.