10/08/2026
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, sempena Terengganu Showcase yang berlangsung pada 31 Julai 2026 lepas, sebahagian anak-anak 5 Tahun Tadika MARA telah dijemput menyertai pertandingan Blind and Ball. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan dengan penuh semangat dan keceriaan. ✨
Terima kasih kepada MARA Terengganu atas jemputan dan peluang yang diberikan. Semoga pengalaman ini terus menyuntik semangat dan keyakinan anak-anak untuk belajar melalui aktiviti yang menyeronokkan.⭐