16/05/2026
Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik SK Setapak yang dihormati dan disanjungi.
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak pernah luntur dalam mendidik serta membimbing anak-anak bangsa. Setiap titik peluh, setiap kata nasihat, dan setiap usaha yang dicurahkan adalah sinar yang menerangi jalan masa depan kami.
Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembina sahsiah, pencetus inspirasi dan pembimbing kehidupan. Dalam sabar dan tekun, guru membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Tanpa jemu, kalian mendidik dengan penuh kasih sayang walaupun berdepan pelbagai cabaran.
Sesungguhnya, segala ilmu yang dicurahkan akan terus mengalir menjadi amal jariah yang tidak terputus. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha murni para guru dan mengurniakan kesihatan, kekuatan serta ganjaran yang berlipat ganda atas segala kebaikan yang telah diberikan.
Terima kasih, cikgu…
Kerana menjadi pelita dalam kegelapan,
Menjadi harapan dalam setiap impian,
Dan menjadi insan yang tidak pernah jemu memberi.
Guru Bitara, Nadi Negara
SK Setapak Terus Cemerlang
15/05/2026
🏆 KARNIVAL PEMERKASAAN MEMBACA MURID
PERINGKAT DAERAH KERAMAT TAHUN 2026 🏆
✨ Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada adik KHAEYLA AIVANA ZAHRAA BINTI AHMAD FIRDAUS atas kejayaan cemerlang sebagai Pengacara Video Kreatif TVPSS.
👏 Ucapan penghargaan turut diberikan kepada guru pembimbing berdedikasi:
Ustazah Nur Amirah Shuhada Binti Mohd Zain atas bimbingan dan komitmen yang luar biasa.
🥉 TEMPAT KEEMPAT
Pertandingan Video Kreatif TVPSS
📅 Tarikh: 5 Mei 2026
🌟 Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus melakar kecemerlangan! 🌟
15/05/2026
🏆 MAJLIS DIGITAL UTILISATION AND TECHNOLOGY AWARDS (DUTA) 2025
PERINGKAT WPKL TAHUN 2026 🏆
✨ Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Alya Badrisyah binti Sinwan atas kejayaan cemerlang sebagai Pengacara Video Kreatif TVPSS.
👏 Ucapan penghargaan turut diberikan kepada guru pembimbing berdedikasi:
Cikgu Norazila Binti Abdul Rahman & Ustazah Nur Athirah Binti Abdul Wahab
atas bimbingan dan komitmen yang luar biasa.
🥉 TEMPAT KETIGA
Pertandingan Video Kreatif TVPSS (Kategori Berkumpulan)
📅 Tarikh: 15 April 2026
📍 Tempat: BSTP Bukit Kiara, Kuala Lumpur
🌟 Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus melakar kecemerlangan! 🌟
05/05/2026
📌Kejohanan Merentas Desa 2026
📌Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai Kejohanan Merentas Desa
📌Semoga dengan program ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan mental murid serta memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat
Sabtu (25.4.2026)
7:30-11:30
05/05/2026
📌Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah
📌Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan sumbangan makanan untuk meraikn hari raya murid di sekolah🤲🏻
📌Semoga dimurahkan rezeki ibu bapa semua yang menyumbang.
📌Semua murid SK Setapak sangat seronok meraikan Sambutan Hari Raya bersama kawan-kawan.
🗓️ 16/4/2026 (Khamis)
⏰ 10:30 am - 12:30 pm
05/05/2026
📌Program Gotong-Royong Peringkat Sekolah
📌Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa , murid dan guru yang telah memberi kerjasama dalam menceriakan sekolah.
📌Semoga murid SK Setapak terus ceria dan bersemangat untuk ke sekolah.
Tarikh : 11.4.2026
05/05/2026
📌Majlis Lambaian Kasih Ustaz Hazrol
📌Selamat maju jaya diucapkan kepada Ustaz Hazrol di tempat baru.
📌Terima kasih cikgu atas segala ilmu yang telah diberikan.
📌Semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik kepada Ustaz Hazrol
Tarikh : 3.4.2026