13/07/2026
PURATA MERIT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI AWAM
Hampir setiap tahun saya temui pelajar lepasan STPM/Setaraf (Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ STAM/ Diploma) terutama sekali lepasan STPM yang memperolehi keputusan yang agak baik tetapi gagal mendapat tempat di dalam program Ijazah Sarjana Muda di universiti awam yang dipohon melalui UPU.
Apabila diselidiki, kebanyakkannya adalah disebabkan merit; Di mana mereka memohon ke program yang mempunyai perbezaan merit yang sangat besar - di mana markah merit pemohon yang jauh sangat rendah berbanding purata merit program yang dipohon.
Apabila diselidiki, program ijazah sarjana muda yang meletakkan syarat pencapaian PNGK 3.00 memerlukan pemohon yang memperolehi PNGK = 3.80 ke atas untuk berjaya mendapat tempat, dengan anggaran sekitar 30% lebih tinggi daripada syarat yang ditetapkan.
Ini adalah disebabkan persaingan yang hebat di kalangan pemohon. Apabila ramai pemohon yang memohon memperolehi pencapaian yang sangat jauh lebih tinggi daripada syarat, maka purata merit pemohon juga akan naik menjadi lebih tinggi.
Contohnya program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) di UPSI
Syarat khas program ini adalah PNGK = 3.00
manakala PURATA MERIT program (2025) = 94.20%
Jika pelajar memperolehi PNGK = 3.30 (memenuhi dan melepasi syarat PNGK); Dengan markah ko-kurikulum 8/10, markah merit pemohon sebenarnya adalah 82.25% sahaja yang masih jauh berbanding purata merit program = 94.20% (andaian pemohon memenuhi semua syarat lain)
pengiraan:
(3.30 / 4.00) x 90 =74.25/90
markah ko-kurikulum = 8/10
Jumlah markah merit = 82.25% (perbezaan 11.95% lebih rendah berbanding purata merit program 94.20%)
Pemohon sebenarnya memerlukan PNGK = 3.85 dengan markah ko-kurikulum 8/10 barulah markah merit yang diperolehi = 94.63% lebih tinggi daripada purata merit program yang ingin dipohon (hampir 30% lebih tinggi daripada syarat)
pengiraan
(3.85 / 4.00) x 90 =86.63/90
markah ko-kurikulum = 8/10
Jumlah markah merit = 94.63 % (perbezaan 0.43% lebih tinggi berbanding purata merit program 94.20%)
Jadi sebelum pemohon memuktamadkan permohonan ke ijazah sarjana Muda melalui UPU yang akan dibuka mulai jam 12,00 tengahari, Isnin 13 Julai 2026 sehingga jam 5.00 petang, Ahad 19 Julai 2026; Buatlah pengiraan merit dahulu – boleh rujuk perkongsian saya di https://www.facebook.com/groups/halatuju/posts/37095104326770446
Di sini juga saya sertakan senarai semua program ijazah sarjana muda di universiti awam, lengkap dengan purata merit bagi setiap program. Untuk memudahkan lagi semua program telah disusun mengikut purata merit yang paling tinggi (100.00%) sehingga yang paling rendah (53.99%). Contohnya setelah dikira markah merit anda = 75%; carilah dari senarai tersebut di mana kedudukannya purata merit 75%, bolehlah dijadikan panduan bahawa semua program yang layak dipohon dengan purata merit 75% ke bawah adalah sebagai program yang selamat dipohon. Elakkan daripada memohon ke program yang purata meritnya jauh lebih tinggi daripada 75%, sebab semakin jauh lebih tinggi purata merit berbanding markah merit pemohon, akan semakin tipis juga peluang untuk berjaya. Perkara yang saya pernah saya kongsikan untuk lepasan SPM melalui buku panduan saya di https://www.facebook.com/share/p/1PBevvAR84/
Maaf sangat saya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mengumpulkan semua maklumat ini sehingga hari ini, Isnin 13 Julai 2026 baru dapat disiapkan untuk dikongsikan dalam tempoh yang pendek untuk dijadikan rujukan pemohon mengemaskini permohonan sehingga hari Ahad 19 Julai 2026 – memang satu usaha yang tidak mudah untuk disempurnakan. Ada yang cadang agar saya buat buku untuk dijual. Cadangan yang baik tetapi tak cukup masa dan tak cukup modal untuk mencetak buku, buku panduan terdahulu untuk lepasan SPM (https://www.facebook.com/share/p/1PBevvAR84/) pun belum lagi habis terjual.
Namun demi untuk para pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, untuk kali ini saya kongsikan secara percuma, boleh download keseluruhan file dalam format PDF (36 muka surat semuanya, dari https://www.facebook.com/groups/halatuju/files (nama file SENARAI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA IPTA-UPU (LALUAN KEMASUKAN & PURATA MERIT)); Tetapi jika ada yang merasakan maklumat ini sangat berguna dan berharga dan dapat membantu anda untuk memuktamadkan pilihan permohonan anda ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti-universiti Awam (melalui UPU); Anda boleh menghargainya dengan menyumbang seikhlas hati ke akaun Perunding Halatuju Pendidikan (Maybank 564557338987) semoga usaha ini akan dapat diteruskan dengan lebih baik lagi di masa-masa akan datang – insyaallah dan di dahului dengan terima kasih.