SMK Pendidikan Khas Setapak

SMK Pendidikan Khas Setapak Special Education School in Kuala Lumpur. Most of the students are visual impaired (blind and low vision).

19/08/2026
17/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Perasmian Bulan Kemerdekaan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan berlangsung penuh meriah dengan semangat cintakan negara! โœจ

Dengan membawa tema Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati ayuh sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang, hayati erti kemerdekaan dan semarakkan semangat Malaysia MADANI! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi tentang rasa cinta, bangga dan tanggungjawab kita kepada negara. โค๏ธ
Setapak Sejiwa, Malaysia Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ




๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบTema: Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati SMK Pendidikan Khas Setap...
17/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŒบTema: Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati

SMK Pendidikan Khas Setapak dengan penuh semangat patriotisme menganjurkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 bermula pada 17 Ogos hingga 17 September 2026, anjuran Panitia Sejarah.

Berteraskan tema โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, sambutan ini bertujuan menyemarakkan rasa cinta akan negara, memperkukuh semangat perpaduan serta meningkatkan penghayatan murid terhadap sejarah dan warisan Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang Bulan Kebangsaan, antaranya:

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Pertandingan Syair Patriotisme
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Pertandingan Khas Kelas KUP
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Pertandingan Mencipta Poster AI
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Sukan Rakyat Perpaduan
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik โ€œSuara Merdekaโ€
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kuiz Kemerdekaan
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Segmen Trivia Peristiwa Sejarah

Semoga seluruh warga sekolah dapat mengambil bahagian dengan penuh semangat serta bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.

Jalur Gemilang megah berkibar,
Lambang perpaduan rakyat Malaysia;
Semangat merdeka terus terpancar,
Setapak sejiwa, menyinari dunia.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia 2026!

MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI
SETAPAK SEJIWA, MENYINARI DUNIA








๐ŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS ๐ŸŽ‰Seluruh warga SMK Pendidikan Khas Setapak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepadaPUAN KAL...
17/08/2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS ๐ŸŽ‰

Seluruh warga SMK Pendidikan Khas Setapak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

PUAN KALAIARASI A/P SUPRAMANIUM

atas kenaikan pangkat ke jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran (Kemanusiaan) di SMK Pendidikan Khas Setapak, berkuat kuasa pada 17 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin untuk terus memimpin dengan penuh dedikasi, kecemerlangan dan integriti.

Selamat menjalankan amanah serta tanggungjawab baharu demi kemajuan sekolah dan kecemerlangan anak-anak SMK Pendidikan Khas Setapak.

Pergi ke taman memetik melati,
Harum mewangi di waktu pagi;
Tahniah diucap setulus hati,
Semoga cemerlang memimpin nanti.

Tahniah dan selamat maju jaya! ๐Ÿ’

โ€œSETAPAK SEJIWA, MENYINARI DUNIAโ€

JOHAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIFPERINGKAT NEGERI WPKLAlhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan vi...
11/08/2026

JOHAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
PERINGKAT NEGERI WPKL

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan video kreatif SMK Pendidikan Khas Setapak atas kejayaan meraih *JOHAN* dalam
Pertandingan Video Kreatif Peringkat Negeri WPKL -
*Kategori Menengah.*

Semoga pasukan video kreatif SMK Pendidikan Khas Setapak yang akan mewakili WP Kuala Lumpur beroleh kejayaan dalam Festival TV PSS Peringkat Kebangsaan
2026, sama-sama kita doakan, amin.



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT BERANGKAT KE 16TH NATIONAL KOREA JAMBOREE 2026 ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”นSeluruh warga SMK Pendidikan Khas Setapak menguc...
04/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT BERANGKAT KE 16TH NATIONAL KOREA JAMBOREE 2026 ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท
๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น

Seluruh warga SMK Pendidikan Khas Setapak mengucapkan selamat berangkat kepada kontinjen Pengakap sekolah yang akan mewakili Malaysia ke 16th National Korea Jamboree.

๐Ÿ“ Tempat: Seoraksan-ro National Park, Korea Selatan
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 4 โ€“ 11 Ogos 2026
๐Ÿ‘ฅ Peserta: 7 orang murid & 3 orang guru

Penyertaan ini merupakan satu penghormatan dan peluang berharga untuk membina jati diri, memperkukuh semangat kepimpinan, memupuk persahabatan antarabangsa serta menimba pengalaman baharu bersama pengakap dari seluruh dunia.

Semoga seluruh kontinjen diberikan kesihatan yang baik, keselamatan sepanjang perjalanan, dipermudahkan segala urusan, serta berjaya membawa pulang pengalaman yang bermakna dan mengharumkan nama SMK Pendidikan Khas Setapak serta negara.

Selamat pergi, selamat kembali. Semoga setiap langkah dipenuhi ilmu, persahabatan dan kenangan yang tidak ternilai.




Update dari Starpark TV PSS ๐Ÿ‘‡๐ŸฝTerima kasih kerana pernah hadir dan menjadi sebahagian daripada keluarga SMK Pendidikan K...
31/07/2026

Update dari Starpark TV PSS ๐Ÿ‘‡๐Ÿฝ

Terima kasih kerana pernah hadir dan menjadi sebahagian daripada keluarga SMK Pendidikan Khas Setapak 2026.

Walaupun pertemuan ini hanya sementara, ilmu, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam hati kami.

Semoga setiap langkah selepas ini dipenuhi kejayaan dan keberkatan. Selamat maju jaya, cikgu. ๐ŸŒท


MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKAL 2026 ๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”นPada 31 Julai 2026 (Jumaat), Kelab Kebajikan Guru (KKG) SMK Pendidik...
31/07/2026

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKAL 2026
๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น

Pada 31 Julai 2026 (Jumaat), Kelab Kebajikan Guru (KKG) SMK Pendidikan Khas Setapak telah mengadakan Majlis Perpisahan Guru Praktikal 2026 sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru praktikal yang telah menamatkan latihan mengajar di sekolah ini.

Majlis yang berlangsung di Gelanggang Sekolah ini diserikan dengan ucapan wakil guru praktikal, amanat daripada Tuan Pengetua, penyampaian sijil penghargaan serta cenderamata sebagai simbol penghargaan atas dedikasi, komitmen dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan.

๐ŸŒน Guru-guru praktikal yang diraikan ialah:
โ€ข Mawar Najwa Hayat Binti Nasuha
โ€ข Muhamad Danial Irzan Bin Zailan
โ€ข Zaid Harith Bin Kamarul Ariffin
โ€ข Muhammad Hasif Bin Juhairi
โ€ข Shalini Devi A/P Gunasegaran
โ€ข Muhammad Muhsin Bin Abdul Khalid
โ€ข Muhammad Saiful Islam Bin Md Saidie
โ€ข Pollie Lim Poh Yue

Warga SMK Pendidikan Khas Setapak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru praktikal atas segala jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang menjalani latihan mengajar. Semoga pengalaman yang diperoleh di sini menjadi bekalan yang bermakna dalam melangkah ke alam perguruan, seterusnya melahirkan pendidik yang berilmu, berintegriti dan berjiwa pendidik.

โœจ Selamat maju jaya dalam meneruskan perjuangan sebagai pendidik. Semoga terus cemerlang dan sentiasa menjadi inspirasi kepada anak bangsa.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti.




๐Ÿ† TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 ๐Ÿ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga SMK Pendid...
30/07/2026

๐Ÿ† TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga SMK Pendidikan Khas Setapak yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025, sebagai pengiktirafan atas prestasi cemerlang, dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan amanah sebagai pendidik.

Senarai Penerima APC 2025:
๐ŸŒŸ Encik Mohd Mazdi Bin Muhamad
๐ŸŒŸ Encik Iran Shah Bin Ramatullah
๐ŸŒŸ Puan Nur Najihah Binti Abdul Manaf
๐ŸŒŸ Puan Hazirah Binti Janudin
๐ŸŒŸ Puan Hayati Binti Abd. Rahman
๐ŸŒŸ Puan Wan Nurul Hidayah Binti Wan Abd. Rahman

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan berimpak tinggi demi kecemerlangan pendidikan. Kejayaan ini juga diharapkan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama SMK Pendidikan Khas Setapak.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima!

Semoga terus cemerlang dalam menyampaikan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara. โœจ

Address

Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60341493701

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Pendidikan Khas Setapak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Pendidikan Khas Setapak:

Shortcuts

Share

Category