26/09/2022
Apa itu buah ceri kopi ?
Buah ceri kopi adalah buah dari tanaman pokok kopi. Biji buah ini dibakar dan dikisar untuk
dijadikan kopi. Ia adalah buah yang kecil dan bulat yang mempunyai warna dari merah ke
kuning ke hijau atau coklat dan ia mempunyai kulit yang nipis, buah kopi yang sudah bertukar
warna kepada merah, menunjukkan yang buah itu sudah masak dan boleh dipetik
dari pokok. Berbeza p**a dengan spesis Stenophylla yang buah kopinya akan masak apabila ia
bertukar kepada warna ungu gelap. Pekerja - pekerja ladang akan memetik buah ceri kopi dania kemudiannya akan dibawa ke kilang untuk proses mengeluarkan biji kopi dari buah ceri kopi.
Nantikan lagi info² dan ilmu pengetahuan tentang kopi dari page ini. Jika anda rasa info ini juga bermanfaat kepada orang lain, minta tolong share agar segala ilmu pengetahuan di page ini sampai kepada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih.
13/09/2022
Dari mana asal tumbuhnya pokok kopi ?
Ethiopia mempunyai sejarah yang panjang dalam industri pengeluaran kopi. Kopi sangat tidak
asing dengan Ethiopia kerana pokok kopi sememangnya berasal dari negara itu, ia telah
tumbuh dengan luasnya di sana selama berabad-abad dan dari Ethiopia kopi mula dikenalkan
di Yaman dan kemudian kopi dikenali di seluruh dunia. Berkemungkinan, lama sebelum biji kopi
digunakan sebagai minuman asas, buah dan biji kopi telah dikunyah dan didapati ia
merangsangkan, kemudian orang Ethiopia ditemui menggunakan biji kopi kering yang
dihancurkan dicampur dengan lemak dan digulung menjadi bebola, sebagai makanan untuk
mengekalkan tenaga di dalam perjalanan mereka yang jauh. Ada satu kisah lagenda di Ethiopia
dan saya tidak dapat pastikan kesahihannya, tumbuhan kopi itu pertama kali ditemui di Ethiopia
oleh seorang pengembala kambing bernama Kaldi yang menyedari bahawa kambingnya
menjadi luar biasa bertenaga selepas memakan buah beri dari pokok renek tertentu. Lalu dia
pun mencubanya sendiri dan mendapat kesan yang sama. Sehingga hari ini kopi adalah
minuman kedua paling banyak diminum di dalam dunia.
Nantikan lagi info² dan ilmu pengetahuan tentang kopi dari page ini. Jika anda rasa info ini juga bermanfaat kepada orang lain, minta tolong share agar segala ilmu pengetahuan di page ini sampai kepada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih.
09/09/2022
Apa itu kopi ? Kopi ialah minuman yang diperbuat daripada biji kopi panggang, yang dikisar dan dibancuh
dengan air. Jumlah kopi yang anda minum akan bergantung pada pilihan peribadi anda. Jika
anda s**a kopi anda kuat, anda mungkin ingin menambah lebih banyak biji kopi yang dikisar
daripada seseorang yang menyukai kopi mereka rasa lebih ringan. Kopi telah wujud selama
berabad-abad, Minuman itu sudah menjadi salah satu minuman paling pop**ar di dunia
sehingga hari ini. Kopi boleh diminum hitam pekat tanpa gula atau dimaniskan dengan gula
atau pemanis tiruan, krim, atau susu. Di Amerika Utara dan Eropah, ia biasanya dihidangkan
panas tetapi kopi ais juga disediakan. Kopi mempunyai banyak manfaat kesihatan yang
menjadikannya berbaloi untuk diminum setiap hari. Ia boleh membantu dengan penurunan
berat badan, meningkatkan metabolisme anda, dan memberi anda rangsangan mental pada
waktu pagi untuk memulakan hari anda.
Nantikan lagi info² dan ilmu pengetahuan tentang kopi dari page ini. Jika anda rasa info ini juga bermanfaat kepada orang lain, minta tolong share agar segala ilmu pengetahuan di page ini sampai kepada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih.
04/09/2022
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat datang ke Nauka Kava. Nauka Kava ialah page yang menjalankan projek untuk menyampaikan segala ilmu pengetahuan tentang kopi berdasarkan fakta² yang sahih yang telah direkodkan oleh para pengkaji kopi, kepada seluruh rakyat Malaysia, agar rakyat² Malaysia lebih mengenali tentang kopi lebih mendalam dan mendapat info yang tepat, dari sudut sejarah, asal usul kopi, proses tanaman, spesis kopi, proses panggang biji kopi sehinggalah ia siap dihidangkan di dalam cawan.