Al Kauthar Eduqids Alam Sutera, KL Branch

Al Kauthar Eduqids Alam Sutera, KL Branch

Share

Islamic Montessori Centre for babies & 2 to 6 years old. Pre School Pre Tahfiz Come and join us! Cal

Photos from Nona's post 03/06/2024

Tahniah buat Pengasas & seluruh warga Al Kauthar Eduqids @ AKE. Semoga terus bangkit menjadi Pendidikan Yang Terbaik dan martabatkan dunia Pendidikan Awal kanak-kanak dengan lebih tinggi.. memberi manfaat pada anak-anak bangsa & Negara 🫰🏻💚🩷🌷









Photos from Al Kauthar Eduqids Alam Sutera, KL Branch's post 24/02/2024

Bismillahirahmanirrahim…

Seramai 400 anak-anak AKE mewakili Al Kauthar Eduqids hari ini bagi Program Menyalin Surah Al Kauthar
&
Majlis Perasmian
Restu Global Quranic Arts Festival
“Gaya Hidup Islami”

Yang akan disempurnakan oleh
YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia


Al Kauthar Eduqids
Di
RESTU GLOBAL QURANIC ARTS FESTIVAL 2024


*Program Menyalin Surah Al Kauthar*
24 Februari 2024
2-4 Petang
Nasyrul Quran, Putrajaya

Jom sama2 memeriahkan G-QAF!
Bersama Adam & Ayra
Dan AKE!


======

Pameran Seni Al Quran Terbesar
“Light For Life”

“Nasyrul Quran ialah pusat pengeluaran al-Quran kedua terbesar di dunia.

Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14 adalah yang kedua terbesar selepas Kompleks King Fahd di Madinah.

Operasi kompleks Nasyrul Quran akan dapat memenuhi keperluan domestik dan global terhadap naskhah al-Quran kerana pop**asi Islam dijangka mencecah tiga bilion daripada jumlah keseluruhan sembilan bilion dunia menjelang 2050.”


REPLIKA JUBAH SAIZ NABI ADAM AS

RESTU GLOBAL QURANIC ARTS FESTIVAL 2024🎊

Kunjungi festival Restu G-Qaf yang akan diadakan selama 10 HARI😱

=========

▫️Tarikh: 23 Februari - 03 Mac 2024
▫️Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang (Isnin - Jumaat)
9.00 pagi - 9.00 malam (Sabtu dan Ahad)
▫️Lokasi: Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya
▫️Tema: ‘Cahaya Hayat’ / ‘نور حياتك’

=========

❗Saksikan pembinaan manuskrip al-Qur’an Mushaf Malaysia dan pelbagai penghasilan seni berteraskan al-Quran dan Sunnah seperti hiasan dalaman Islamik, kaligrafi, kraf tangan dan lain-lain.

Mari dekatkan diri dengan Al-Quran dan Rasulullah SAW bersama seisi keluarga dan anak-anak.👨‍👩‍👧‍👦










18/01/2024

Assalammualaikum ☺️

Hi kawan-kawan jom kita belajar dengan Adam & Ayra mengenal 20 sifat Allah 😍🥰


Jom share bagi manfaat pada kawan-kawan lain untuk belajar mengingati 20 sifat Allah! 🤲🏻🤗🤗 -adiksemua









15/01/2024

Cara Merawat Demam Anak ☘️

Anak demam adalah sebahagian cara tubuh mempertahankan daripada sebarang jangkitan. Meskipun bukan penyakit, jika mencatatkan suhu demam mencecah 40 darjah celsius atau lebih, ia boleh menjadi sangat bahaya.

Bagi kebanyakan anak demam panas, ia boleh dirawat hanya dari rumah. Berikut beberapa petua kebahkan demam anak yang boleh ibu cuba:

1. Lapkan badan. Rendamkan tuala kecil ke dalam air dan sapukan ke seluruh badan bagi mengurangkan ketidakselesaan si manja.

2. Buka pakaian dan elakkan penggunaan selimut. Lapisan pakaian dan selimut berupaya memerangkap haba. Ini sekaligus membuatkan demam menjadi lebih lama daripada biasa.

Iklan
3. Kerapkan mandi.

4. Turunkan suhu bilik. Ia dapat mengurangkan suhu badan anak demam.

5. Berikan si manja minum air dan dapatkan rehat secukupnya.

22/12/2023

✨⚡️❤️[PENDAFTARAN TASKA• TADIKA • PLAYSCHOOL & PUSAT INTERVENSI KINI DI BUKA 𝟐𝟎𝟐𝟒 DI 𝐀𝐊𝐄 ALAM SUTERA,BUKIT JALIL ‼️‼️ 🎒🎒]❤️ ✨⚡️

Pening cari taska & tadika terbaik untuk ANAK Tersayang di area ALAM SUTERA ,BUKIT JALIL 😰😣

🌸 Maid lari 😔 Cost Maid mahal 💆🏻‍♀️

🌸 Anak duduk pengasuh tidak belajar.. perkembangan anak jadi lambat 😔

🌸 Anak dah 2 tahun masih tidak boleh bercakap 💁🏻‍♀️ PELAT bahasa digunakan s**ar difahami 😰

🌸 Anak tidak s**a bergaul

🌸 Anak kuat tantrum


🌸 Anak tidak ada eye contact, S**a ketuk kepala , pukul orang lain untuk berkomunikasi atau tarik perhatian😰

🌸 Anak s**a menjerit 😫😩

🌸 kerja KL kena keluar rumah seawal 6.30pagi 😔

🌸 Anak lewat perkembangan semua tempat kebanyakkan yuran mahal 😔😰 tiada pilihan😣


Jangan risau kami di Al Kauthar Eduqids akan bantu ibu bapa semua 🤗

📌 Kami buka seawal 6.30pagi
📌 Harga diskaun untuk Adik Beradik👨‍👩‍👧‍👧
📌 Pusat Intervensi Awal harga yang berpatutan
📌 Menggunakan Sillibus PERMATA & Islamic Montessori utk Taska
📌 Menggunakan Silibus fully KSPK utk tadika selari dengan Jabatan Pendidikan serta Pretahfiz & Kaedah Montessori
📌 PERCUMA subject Basic Mandarin utk Anak seawal 3 tahun
📌 Cikgu yang terlatih, berpendidikan & Berpengalaman 👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫
✅ Menyediakan Pusat Pembelajaran & Intervensi untuk Anak lewat perkembangan, SPEECH DELAY, Autism, Adhd, GDD etc


Layari website

www.alkauthareduqids.edu.my

Jom Daftar Sekarang! Dapatkan 𝐑𝐄𝐁𝐀𝐓𝐄 𝐃𝐈𝐒𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓 & 𝐅𝐑𝐄𝐄 𝐆𝐈𝐅𝐓! untuk 20 orang terawal!

www.wasap.my/60189724429/AKEENROLSALAMSUTERA


www.wasap.my/60189724429/AKEENROLSALAMSUTERA

www.wasap.my/60189724429/AKEENROLSALAMSUTERA

Photos from Al Kauthar Eduqids Alam Sutera, KL Branch's post 19/11/2023

AKE & USM
🩷💚

Bengkel Tantrum
“Ketahui Teknik Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak OKU”

18-19 November 2023
Dewan Utama Kompleks Jubli Perak
Sultan Ismail Petra, Panji,
Kota Bharu, Kelantan.

Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) melalui Pusat Transformasi (PT) OKU, Universiti Sains Malaysia (USM) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (PTOKU USM-MAIK), dan Al Kauthar Eduqids telah menganjurkan Bengkel Tantrum: Ketahui Teknik Pengurusan Tingkah Laku Kanak Kanak OKU di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Seramai lebih 60 orang warga AKE mengikuti bengkel kali ini. Alhamdulillah

Peserta didedahkan tentang ilmu mengenal pasti simptom-simptom dan teknik pengendalian yang betul terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku.

Selain itu, peserta juga dibantu untuk membuat penilaian intervensi dan membina emosi positif dalam menangani kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku tantrum.



Alhamdulillah
Terima kasih Semua!
Terima kasih USM
Terima kasih HUSM
Terima kasih Pusat Transformasi (PT) OKU, Universiti Sains Malaysia (USM) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (PTOKU USM-MAIK)








03/11/2023

1) Surat Al-Kahfi, Ayat 10 (Doa Ashabul Khafi)

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya, "…. Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan
sempurnakanlah bagi kami petuniuk yang lurus dalam urusan kami ini "

2) Surat Taha, Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa AS)

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya, “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.”

3) Surat Al-Baqarah, Ayat 286

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

4) Surat Al-Anbiya, Ayat 87 (Doa Nabi Yunus)

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“…Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

5) Surat Al-Baqarah, Ayat 255 (Ayat Kursi)

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Maksudnya, “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur.

KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya.

Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Kredit : siraplimau


10/09/2023

𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑 𝐄𝐃𝐔𝐐𝐈𝐃𝐒

Universiti Selangor (UNISEL) dan Al Kauthar Eduqids Sdn Bhd (Al Kauthar Eduqids) mengambil langkah ke hadapan apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan program pendidikan awal kanak-kanak. Majlis menandatangi memorandum tersebut berlangsung di Dewan Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya, semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, yang menandatangi bagi pihak UNISEL disaksikan oleh Pn. Hjh. Rokma Hj. Mat, Pendaftar manakala bagi pihak Al Kauthar Eduqids p**a ditandatangani oleh Dato’ Bakhtiar Aliff Ibrahim, Pengarah, Al Kauthar Eduqids disaksikan oleh Datin Nor Fadilah Alias, Pengarah Operasi Al Kauthar Eduqids.

Al Kauthar Eduqids yang mula bertapak pada tahun 2013 merupakan tadika yang memberi fokus kepada perkembangan awal kanak-kanak. Pengasasnya adalah Datin Nor Fadilah Alias yang juga merupakan alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL. Kini, Al Kauthar Eduqids mempunyai hampir 170 buah cawangan di seluruh negara.

Menerusi kerjasama ini, UNISEL dan Al Kauthar Eduqids akan berusaha untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain dari pelbagai aspek antaranya Al Kauthar Eduqids menyediakan penempatan praktikum kepada pelajar Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak UNISEL.

Tambahan lagi, UNISEL juga akan memberi kerjasama dalam menjalani kajian dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran yang berkaitan. Malah, Al Kauthar Eduqids juga akan memberi keutamaan kepada Alumni daripada Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak untuk menjadi guru dan juga pentadbir di pusat-pusat pendidikan di bawah Al Kauthar Eduqids Sdn. Bhd.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung MoU di antara Al Kauthar Eduqids dengan Persatuan Alumni UNISEL. Majlis menyaksikan Datin Nor Fadilah Alias, menandatangani memorandum bagi pihak Al Kauthar Eduqids disaksikan oleh Dato’ Bakhtiar Aliff Ibrahim manakala bagi pihak Persatuan Alumni UNISEL ditandatangani oleh Puan Farhana Wahid, Naib Pengerusi Alumni UNISEL disaksikan oleh Prof. Madya Dr Hamdan Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti) UNISEL.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
20 Oktober 2022

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


1-1, Jalan Alam Sutera 10, Alam Sutera
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Friday 07:00 - 18:30