16/09/2023
SEBAB ORANG KAYA BERTAMBAH KAYA
✅ Ada mindset ‘financial growth’
✅ Berkenalan dengan individu berjaya
✅ Keluar daripada zon selesa untuk cuba benda baru
✅ Ada pelbagai aliran pendapatan
✅ Pelbagaikan pelaburan
✅ Fokus untuk ‘level-up’ diri
✅ Elak berbelanja luar kemampuan
✅ Sedekah & buat kebaikan
Anda lah penentu destinasi akhir kewangan anda. Pilihlah jalan yang betul
28/08/2023
[APA NAK BUAT BILA TRADING ANDA TIDAK MENJADI?]
🔸 Kawalan emosi merupakan antara elemen penting yang perlu diberikan penekanan dalam pelaburan saham.
🔸 Jika anda kekal tenang setelah mengalami kerugian mahupun setelah memperolehi keuntungan, ini menunjukkan anda berjaya mengawal emosi dengan baik.
🔸 Hanya pelabur yang boleh mengawal emosi dengan baik sahaja akan berjaya dalam pelaburan saham.
🔸 Yakinlah dengan kajian dan trading plan yang telah anda buat. Disiplin ambil tindakan mengikut kepada trading plan tersebut. Jika sudah sampai paras cut loss, segera cut loss dan move on.
🔸 Tidak perlu terlalu stress dengan result trading yang telah lepas. Jangan buang masa dengan emosi yang negatif. Pastikan anda kekal optimis dan fokus untuk lakukan yang lebih baik untuk trading seterusnya.
17/08/2023
[APA NAK BUAT BILA PASARAN SAHAM DALAM KEADAAN BEARISH]
🔸 Adat pasaran pasti ada naik dan surutnya. Bagi pelabur baru yang kurang berpengalaman atau mungkin pertama kali berhadapan dengan keadaan pasaran bearish, keadaan ini mungkin menyebabkan kebuntuan dimana pelabur tidak tahu apa tindakan sepatutnya yang perlu dilakukan.
🔵 Tengok harga saham yang dipegang jatuh, nak ikut panik dan menjual?
🔵 Nak ambil peluang dan gunakan modal yang ada untuk membeli sebanyak mungkin saham sementara harga masih rendah?
🔵 Nak tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku. Jika ada pegangan, hold saja dulu dan jika belum ada pegangan tunggu sahaja dulu dan lihat apa reaksi pasaran seterusnya?
🔸 Buy, sell, atau hold? Tindakan yang mana lebih baik untuk diambil?
🔸 Setiap pelabur/pedagang mempunyai pendapat/tindakan sendiri apabila berhadapan dengan situasi ini dan ianya sangat berkait rapat dengan faktor kemahiran, strategi dan kewangan masing-masing.
♦ Bagi pelabur baru yang masih dalam proses pembelajaran, anda boleh lakukan langkah-langkah seperti berikut.
10/08/2023
Apa itu saham?
Menurut para ahli, kami menyimpulkan bahwa saham adalah surat berharga yang dijadikan sebagai bukti bahwa kamu ikut serta menanamkan modal di suatu perusahaan. Berapapun saham perusahaan yang kamu miliki, baik sedikit maupun banyak, kamu tetap sah dikatakan sebagai bagian dari pemilik perusahaan tersebut. Keren, kan? Apalagi kalau kamu punya saham-saham besar, seperti saham Bank BRI (BBRI), saham Telkomsel (TLKM), saham Bank BCA (BBCA), dan lainnya.
25/07/2023
Kelebihan & Kekurangan Yang Perlu Anda Tahu
Apa kelebihan melabur saham?
- Boleh bermula dengan modal rendah
- Kecairan yang tinggi
- Cipta pendapatan pasif dengan dividen
- Jadi sebagai daripada pemilik syarikat besar dan ternama di dalam atau di luar negara
- Pasaran yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Pelbagai pilihan saham yang patuh Syariah
- Atasi inflasi
- Kuasa perkompaunan
Apa kekurangan melabur saham?
- Risiko hilang modal jika melabur tanpa ilmu
- Ambil masa untuk mengkaji/belajar
- Turun naik emosi
- Pasaran saham adalah ‘volatile’
- Tiada jaminan pulangan
18/07/2023
Tips Untuk Menjadi Full-time Trader
1. Tingkatkan Ilmu Saham Untuk Menjadi Full-time Trader
Sebelum anda memulakan trading secara fulltime, pastikan anda mempunyai pengetahuan yang cukup tentang pasaran saham. Anda boleh baca tentang saham di dalam ebook yang saya sediakan percuma untuk anda.
2. Berlatih dengan paper trade
Sebelum anda memulakan trading dengan wang sebenar, berlatih banyak kali dengan menggunakan paper trade. Ini akan membantu anda membangunkan strategi dan kemahiran trading yang anda perlukan.
3. Fahami intrumen pelaburan saham dan platform untuk membuat pelaburan
Belajar tentang pergerakan pasaran saham dan memahami bagaimana ia berfungsi. Anda juga perlu tahu teknikal penggunaan platform jual beli saham kerana kesilapan teknikal juga boleh mengakibatkan kerugian.
4. Pastikan anda mempunyai modal yang cukup
Jangan memulakan trading sebagai Full-time Trader tanpa modal yang cukup. Jika tidak anda perlu mencari sumber pendapatan lain bagi menampung keperluan hidup anda.
5. Bina strategi yang berkesan
Strategi yang berkesan boleh membantu anda mencapai kejayaan dalam fulltime trading. Pastikan anda mempunyai strategi yang berkesan untuk berdagang di pasaran.
Ingat, setiap trader mempunyai trading plan yang berbeza. Carilah strategi yang paling kena dan sesuai dengan trading plan anda.
6. Trade dengan disiplin
Disiplin adalah kunci untuk berjaya dalam fulltime trading. Pastikan anda sentiasa mematuhi trading plan anda yang telah ditetapkan dengan penuh disiplin.
7. Ambil masa untuk menganalisis pasaran
Analisis pasaran adalah sangat penting untuk membuat keputusan yang tepat. Pastikan anda mengambil masa yang cukup untuk memahami kedudukan pasaran sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk membeli atau menjual saham anda.
15/07/2023
Assalamualaikum, Salam Menjemput Rezeki utk smua pelabur 🤲🏽
Broker team yang professional dan strategy ikut langkah2 kami. Fikir ke hadapan bersama pelaburan saham KEMAHIRAN PUNCAK.
Hubungi mereka dapat lebih infomasi.
𝟯 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗙𝗢𝗞𝗨𝗦
1. 𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗺
𝟮. 𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗚𝗮𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗱𝗮𝗹 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹
𝟯. 𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝘀𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 "𝗣𝗮𝗽𝗲𝗿 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗲"
29/06/2023
SELAMAT HARI RAYA HAJI!
Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 Kepada Semua.
31/05/2023
Keputusan adalah ditangan anda , bertindak membuat perubahan .
27/05/2023
Perkara terbaik untuk dilakukan apabila anda berasa sedih adalah berusaha ke arah impian anda.
Melakukan ini bukan hanya untuk mengalih perhatian anda. Apabila anda mengambil langkah untuk memenuhi tujuan anda, sukar untuk tertekan.