Liqo' Asya'irah

Liqo' Asya'irah Ini adalah laman Facebook rasmi bagi Liqo' Asya'irah. Inshaallah, kami akan sampaikan segala berita

๐ƒ๐Ž๐€ ๐Œ๐„๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐ ๐๐„๐‘๐“๐Ž๐‹๐Ž๐๐†๐€๐ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐€๐ฅ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐๐๐ข๐ญ๐ก ๐’๐š๐ฒ๐ฒ๐ข๐ ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐ˆ๐›๐ง ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐š๐ฅ ๐’๐ข๐๐๐ข๐ช ๐š๐ฅ ๐†๐ก๐ฎ๐ฆ๐š๐ซ๐ขDoa Memohon Pertolong...
02/10/2025

๐ƒ๐Ž๐€ ๐Œ๐„๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐ ๐๐„๐‘๐“๐Ž๐‹๐Ž๐๐†๐€๐ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡
๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐€๐ฅ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐๐๐ข๐ญ๐ก ๐’๐š๐ฒ๐ฒ๐ข๐ ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐ˆ๐›๐ง ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐š๐ฅ ๐’๐ข๐๐๐ข๐ช ๐š๐ฅ ๐†๐ก๐ฎ๐ฆ๐š๐ซ๐ข

Doa Memohon Pertolongan Allah oleh Al Muhaddith Sayyid Abdullah Ibn Muhammad al Siddiq al Ghumari merupakan Anugerah Allah Taโ€™ala yang mencakupi pelbagai hajat yang diinginkan oleh setiap hamba. Ia juga merupakan Anugerah yang begitu besar nilainya dari setinggi-tinggi keinginan yang dimunajatkan oleh Rijal Allah kepada Tuhannya.

Al Muhaddith Sayyid Abdullah Ibn Muhammad al Siddiq al Ghumari merupakan antara Ulama' Hadith dan Auliya' Allah yang disegani terutamanya di bumi Maghribi.

Doa ini menjadi Amalan para Masyayikh dan mereka mendapati bahawa tiada suatu hajat yang ditawajjuhkan oleh seseorang hamba kepada Allah Taโ€™ala melalui Doa ini melainkan akan diperkenankan sekalipun setelah beberapa lama.

Justeru, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon kepada Allah Taโ€™ala agar para pejuang pelayaran Global Sumud Flotilla dikurniakan kekuatan keimanan, kesabaran yang teguh, diberikan jalan keluar dari segala kesulitan serta dipermudahkan segala urusan mereka dalam jalanNya.

ุญูŽุณู’ุจูู†ูŽุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู’ูˆูŽูƒููŠู’ู„ู ู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ู„ูŽู‰ ูˆูŽู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุตููŠู’ุฑู

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung."

Keputeraan Baginda ๏ทบ merupakan rahmat sekalian alam Syariat Baginda ๏ทบ merupakan wahyu berupa arahan dan larangan daripad...
05/09/2025

Keputeraan Baginda ๏ทบ merupakan rahmat sekalian alam

Syariat Baginda ๏ทบ merupakan wahyu berupa arahan dan larangan daripada Allah kepada umat akhir zaman. Justeru, ajaran yang dibawa oleh Baginda ๏ทบ mengatasi serta menutup ajaran para Anbiya yang terdahulu.

Kemuliaan serta ketinggian darjat Baginda ๏ทบ turut dibuktikan melalui kisah Israโ€™ Mikraj, di mana Baginda ๏ทบ menjadi imam bagi para Anbiya. Bahkan, diriwayatkan juga oleh Kaโ€˜ab al-Ahbar, seperti yang dinukilkan oleh Sayyid Jaโ€˜afar al-Sodiq ibn Muhammad Uthman al-Mirghani al-Makki dalam kitabnya Al-โ€˜Uqud al-Fฤโ€™iqah al-Durriyyah fฤซ Baแธฅthi Qiแนฃแนฃah al-Isrฤโ€™ bi Sayyid Walad โ€˜Adnฤn, bahawa Baginda ๏ทบ bukan sahaja menjadi imam para Anbiya, bahkan juga para malaikat.

Baginda ๏ทบ juga diberi gelaran แธคabฤซbullฤh, yang bermaksud โ€œKekasih Allahโ€ โ€“ satu gelaran yang tidak pernah dikurniakan kepada mana-mana Nabi atau Rasul sebelum Baginda ๏ทบ.

Bahkan, nama Baginda ๏ทบ juga menjadi syiar bagi setiap Muslim dalam mengakui keesaan Allah serta mengiktiraf Muhammad ๏ทบ sebagai utusan-Nya melalui lafaz kalimah syahadah.

Maka, berbanggalah wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Nabi Muhammad ๏ทบ adalah satu-satunya makhluk yang benar-benar mencintai kita. Baginda ๏ทบ menyimpan doa mustajabnya sebagai syafaat buat kita di Hari Akhirat kelak. Pada saat huru-hara dan kemurkaan Allah yang begitu dahsyat, Baginda ๏ทบ tetap memiliki cinta yang melebihi seorang kekasih, serta kasih sayang yang mengatasi kasih seorang ibu โ€“ hanya untuk kita, umatnya. Umat Nabi Muhammad ๏ทบ.

Oleh itu, marilah bersama-sama menghayati qasidah dan pujian para masyaikh, kerana bait-bait syair yang mereka nukilkan tidak lain hanyalah lahir daripada kecintaan yang mendalam terhadap Baginda ๏ทบ โ€“ cahaya yang menerangi seisi alam, lebih indah daripada sinaran rembulan.

Belajarlah sirahnya, hayatilah kehidupannya, dan ikutilah akhlaknya. Sesungguhnya Baginda ๏ทบ ialah Nabi yang menyempurnakan agama Islam, dan menjadi teladan bagi seluruh makhluk, kerana Baginda ๏ทบ merupakan sebaik - baik makhluk ciptaan Allah.

20/07/2025

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Friday 21:00 - 22:30
Saturday 21:00 - 22:30
Sunday 21:00 - 22:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Liqo' Asya'irah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Liqo' Asya'irah:

Shortcuts

Share

Category