02/09/2024
Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif Aswara
Program Pengajian Asasi Seni Kreatif peringkat sijil sebelum ke Program Ijazah Sarjana Muda ASWARA
02/09/2024
21/08/2024
Sambutan sempena Dekad Bahasa Kebangsaan dan Bulan Kemerdekaan, 2024 di ASWARA!
19/08/2024
Selamat Datang kumpulan pelajar baharu Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif, sesi 2024/2025.
Bermula hari ini, hingga 3 semester selama setahun pengajian, pelajar ini akan mengenal potensi diri, bakat dan kemahiran mereka, sebelum meneruskan lagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti.
Selamat maju jaya!
07/08/2024
Telah berlangsungnya 'Bengkel Komposisi Tari' perkongsian oleh Pusat Pengajian Asasi Senk Kreatif, ASWARA bersama S S e M K L - Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.
Aktiviti kali ini menumpukan kepada teknik penciptaan, koreografi dan komposisi tari. Sesi kali ini dikendalikan dan dibimbing oleh Pensyarah ASASI, En Faillul Adam dan Sdr Iqram (Alumni Tari, ASWARA).
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang menyertai, guru-guru (Puan Nana Arziana dan Puan Fatin Nabylah), dan Puan Bavani (Penolong Kanan Kokurikulum) di atas sokongan dan kerjasama ini. Tidak dilupakan juga Sdr Firas dan Sdri Mimie (Alumni Asasi Seni Kreatif, ASWARA).
Semoga usaha dan aktiviti ini dapat digiatkan lagi di masa hadapan!
ASWARA, Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi.
Asasi Seni Kreatif, Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?
24/07/2024
Selesailah sudah untuk sesi 2023/2024.
Untuk makluman, Prosamania - Pesta Malam Amarta, menampilkan teks klasik 'Hikayat Raja Babi' oleh Usup Abdul Kadir, telah pun berjaya dipentaskan pada 19-20 Julai 2024 yang lalu, di Panggung Eksperimen ASWARA.
Hikayat ini juga yang pertama kalinya dipersembahkan dalam medium persembahan pentas. Semoga hikayat ini dapat dipersembahkan lagi di lain masa jua.
Terima kasih pada semua yang hadir, dan yang telah menyokong persembahan ini.
Terima kasih Amir Muhammad dan pasukan penerbitan!
Terima kasih FIXI!
Jika anda terlepas untuk Prosamania tahun ini, jangan risau!
Nantikan daripada Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif untuk acara Prosamania akan datang!
Info lanjut aktiviti dan persembahan, boleh ikuti:-
Aswara
dan Instagram Aswara Official, Asasi Aswara, Prosamania.
30/06/2024
Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif, Aswara
mempersembahkan
PROSAMANIA -
‘PESTA MALAM AMARTA’
PESTA MALAM AMARTA, menampilkan karyawan muda Asasi Seni Kreatif dalam persembahan berbentuk, nyanyian, tarian, muzik, lakonan dan seni visual. Kesemuanya ini digabungkan dalam satu segmen utama iaitu ‘Hikayat Raja Babi’ karya klasik oleh Usop Abdul Kadir.
👑Hikayat Raja Babi - Mengisahkan mengenai sumpahan ke atas seorang putera raja yang dilahirkan sebagai binatang haram jadah, dan dibuang ke hutan. Mengembaralah dia dari satu tempat ke tempat yang lain, dengan pelbagai peristiwa dialaminya. Pada waktu yang sama, cuba untuk meleraikan sumpahannya itu. Dia digelar sebagai Raja Babi!
Marilah kita sama-sama menyokong karyawan muda ASASI SENI KREATIF, ASWARA, menerusi kerja kreatif mereka kali ini.
Info Persembahan:-
📅 : 19 & 20 Julai 2024
⏳ : 8:30 MALAM
📍 : PANGGUNG EKSPERIMEN,
ASWARA
🎫 : RM20 UMUM, RM10 PELAJAR
Ikuti kami (Instagram):
aswara
31/05/2024
Dari Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif Aswara yang telah membawakan siri PROSAMANIA dari 2015 hingga kini. Akan kembali lagi bagi tahun 2024!
Sedang bermula persiapannya!
AKAN DATANG, JULAI 2024!
ps: Akan berhikayat! Kihkihkih!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the school
Telephone
Address
Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 464, Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur
50480
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |