09/12/2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan ‘facebook’ yang telah mengikuti ‘page’ Team Bunga Raya serta memberikan komen pada ‘posting’ kami sejak dari awal sehingga kini berkaitan tajuk kump**an kami iaitu BULI.
Budaya buli seringkali kita lihat dan dengar melalui media massa atau media elektronik mahupun media sosial kebelakangan ini yang mana ramai di antara mereka menjadi mangsa sehinggakan ianya mengakibatkan kejadian yang telah meragut nyawa individu. Tanpa kita sedari, kadang-kadang terdapat anak-anak, saudara mara, rakan-rakan atau insan yang terdekat dengan kita menjadi mangsa kepada budaya tidak sihat ini. Kegiatan ini telah merunsingkan semua pihak tidak kira ibu bapa mahupun penjaga, guru-guru, kementerian terlibat serta masyarakat setempat yang mana ianya semakin menular tanpa kita sedar dan telah menjadi satu penyakit di kalangan pelajar sekolah mahupun remaja. Oleh yang demikian, budaya buli ini perlu kita hentikan serta banteras dengan baik dan cepat supaya penyakit sebegini dapat dipulihkan dengan segera. Langkah menangani budaya buli ini akan terlaksana serta dapat direalisasikan jika semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mempunyai kesedaran dan juga sikap tanggungjawab dalam diri sendiri mereka.
Bagi melengkapkan penugasan subjek MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN yang diberikan oleh pensyarah yang kami hormati iaitu DR. MUHAMAD AMAR BIN MAHMAD, kami telah menyediakan sebuah poster bagi menunjukkan sokongan serta rasa tanggungjawab kami kepada masyarakat di negara ini dalam menghalang serta membanteras kegiatan dan budaya buli yang boleh merosakkan identiti seseorang itu serta imej negara.
Sekian, terima kasih.🥰