Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis

Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis

Share

SK Taman Koperasi Polis

18/03/2026

Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua Pengetua, Guru Besar, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta seluruh warga pendidik sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas komitmen dan usaha berterusan dalam menjayakan Program Ihya’ Ramadan & Khatam Al-Quran Tahun 2026.

Segala usaha, pengorbanan masa dan kerjasama yang diberikan telah menyumbang kepada usaha membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan murid serta memperkukuh penghayatan Ramadan di sekolah-sekolah.

Semoga segala usaha murni ini menjadi amal jariah yang berterusan, dan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran penguasaan dan khatam al-Quran dalam kalangan murid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sempena berakhirnya Ramadan yang penuh keberkatan ini, kami juga ingin mengucapkan:

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir dan Batin.

Terima kasih atas semangat kebersamaan, kerjasama dan dedikasi semua pihak dalam menjayakan agenda pendidikan Islam.








TikTok · THE KOPS TV 18/03/2026

Sesi Rakaman Takbir Raya wakil murid Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis 2026 📸🎥

Nantikan video penuh Takbir Raya Permata SKTKP di Youtube & Facebook SK Taman Koperasi Polis menjelang Syawal nanti in shaa Allah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻💝💝

TikTok · THE KOPS TV 51 likes, 2 comments. “Sesi Rakaman Takbir Raya Wakil Murid SKTKP 💐🏫 Nantikan video penuh Takbir Raya Permata SKTKP di Youtube & Facebook SK Taman Koperasi Polis menjelang Syawal nanti 🤲🏻💝”

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis's post 12/03/2026

Imbas kembali📹📗

Ceramah Nuzul Al- Quran
Tarikh : 6 Mac 2026
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Dirgahayu

Disampaikan oleh penceramah jemputan
: Ustaz Zulhaili Yusof ( Guru SK. Jalan Kuantan 2)

Moga program ini mendapat manfaat dan dapat di amalkan dalam kehidupan seharian murid dan menjadikan Al-Quran sahabat yang sentiasa ada disisi.




11/03/2026

Assalamualaikum wbt

*Program World Quran Hour*

🟣Tarikh : 11 Mac 2026 (Rabu)
🟣Masa : 11pagi
🟣Pengisian :
1. Bacaan Surah *Al-Muzzammil* dipimpin oleh adik Harrith Ashraf bin Hairul Azwa
2. Terjemahan dan Tazkirah Ringkas oleh adik Ar Raaed bin Aidil Fadzli
🟣Rujuk Al-Quran muka surat 574




Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis's post 06/03/2026

🤎 Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber SKTKP 2026 🤎🏫📸

🤎 Isnin (2 Mac 2026)
🤎 Dataran Aspirasi SKTKP
🤎 Anjuran Pusat Sumber & Media SKTKP dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKTKP

Alhamdulillah selesai sudah Watikah Pelantikan Pengawas PSS Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis 2026 pada Isnin yang lalu💐💐🏫🏫🏫 Semoga semua Pengawas PSS dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan sebaiknya sepanjang sesi akademik 2026 ini 🤲🏻🤲🏻🤎🤎🤎

Photos from 花蓮縣壽豐鄉溪口國民小學's post 04/03/2026

Lovely Global Friendship 🌎🌏💙🩵💙
Thank you 花蓮縣壽豐鄉溪口國民小學 🏫👍🏻🌟

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis's post 04/03/2026

Happy Belated Birthday Teacher Faridah, Cikgu Shahliza, Teacher Sharifah, Ustazah Fathila, Puan Intan, Cikgu Halida, Teacher Zetty, Ustaz Hafiz, Puan Norhafazila, Ustazah Syahida dan Cikgu Nurul S***n 🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂

Semoga kalian dianugerahi:

▪️usia yang bermanfaat
▪️kesihatan yang baik
▪️dimurahkan rezeki
▪️sentiasa memberi manfaat kepada insan sekeliling & sentiasa menginspirasikan kami warga SKTKP

Ikhlas daripada:
Warga SKTKP

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis's post 04/03/2026

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis 2026💙🩵💙

🏫Dataran Aspirasi SKTKP
💙9 & 23 Februari 2026
🩵Anjuran Unit Disiplin & Pengawas dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling

Tahniah diucapkan buat Barisan AMT dan semua Ahli Badan Pengawas tahun 6,5,4,3 dan semua Pengawas PPKI 2026 yang telah selesai secara rasmi dilantik pada minggu lepas. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan menjadikan anak-anak Permata SKTKP lebih berdisiplin, berdedikasi dan bersahsiah terpuji di mana jua berada 🤲🏻🤲🏻💐💐💙🩵💙🩵

📸Gambar-gambar selebihnya ada disimpan di dalam pautan Google Drive tertera di bawah;
📲 https://drive.google.com/drive/folders/11Q-O_PwQeeY2O5nn_ATG6ChVq18co7z-

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


TAMAN KOPERASI Polis Fasa2
Kuala Lumpur
68100