SK Titom

SK Titom Sekolah Kebangsaan Titom (JHEOA) merupakan sebuah sekolah rendah kebangsaan yang terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang.

Sebagai sekolah di kawasan pedalaman, SK Titom komited dalam menyediakan pendidikan asas yang berkualiti kepada murid-murid Sebagai sekolah di kawasan luar bandar/pedalaman, SK Titom komited dalam menyediakan pendidikan asas yang berkualiti kepada murid-murid serta membentuk sahsiah, akademik dan jati diri selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. SK Titom juga sentiasa bergerak seiring kemajuan teknologi demi memperkasa pembelajaran murid dan kesejahteraan komuniti setempat.

10/05/2026
KHAMIS | 16 APRIL 2026✨MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SK TITOM✨Alhamdulillah, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri...
26/04/2026

KHAMIS | 16 APRIL 2026

✨MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SK TITOM✨

Alhamdulillah, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di SK Titom bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan
meriah dan penuh kegembiraan 🎉
Semangat kebersamaan, perpaduan, dan keceriaan jelas terpancar dalam kalangan warga sekolah 💚

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Semoga sambutan ini dapat mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan indah buat semua. 🥰

20/03/2026

✨TAKBIR RAYA SK TITOM 2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari warga SK Titom 😊✨

🌐PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT🌐Kempen Internet Selamat merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komun...
05/02/2026

🌐PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT🌐

Kempen Internet Selamat merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai satu inisiatif penting bagi meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan penggunaan internet secara bijak, beretika, berhemah dan selamat. Program ini bertujuan membentuk generasi celik digital yang bukan sahaja mahir menggunakan teknologi, malah mampu menilai baik dan buruk sebelum melayari serta berkongsi sesuatu di alam maya.

Diharapkan kempen ini dapat menyemai sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid agar mereka lebih peka terhadap keselamatan data peribadi, menghormati orang lain di ruang digital serta berani berkata TIDAK kepada gejala negatif siber.

Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada pihak MCMC kerana sudi untuk mengadakan program ini di SK Titom





PROGRAM MERENTAS DESA SK TITOM 2026 🏃‍♂️🏃‍♀️🔥Program Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Titom yang telah berlangsung pada ...
04/02/2026

PROGRAM MERENTAS DESA SK TITOM 2026 🏃‍♂️🏃‍♀️🔥

Program Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Titom yang telah berlangsung pada 29 Januari 2026 mencatatkan satu lagi kejayaan bermakna apabila seluruh warga sekolah berganding bahu menjayakan program berteraskan kesihatan, kecergasan dan semangat kesukanan ini.

Murid- murid telah menunjukkan komitmen yang tinggi, disiplin yang mantap serta semangat juang yang luar biasa sepanjang program berlangsung. Setiap langkah yang dihayun bukan sahaja melambangkan ketahanan fizikal, malah mencerminkan keberanian, kecekalan dan semangat tidak mudah mengalah dalam diri murid SK Titom.

Program ini bukan sekadar aktiviti tahunan, malah menjadi medium penting dalam membentuk sahsiah murid agar lebih cergas, berdaya saing dan mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan sokongan, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.

Tahniah kepada semua peserta! Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang tinggi.

Titom, keranak hek jik pedeh💛💙

✨MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SK TITOM✨Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menerima Watikah...
30/01/2026

✨MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SK TITOM✨

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menerima Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah. Pelantikan ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi amanah dan tanggungjawab besar dalam membantu membentuk disiplin, sahsiah dan kepimpinan di sekolah.

Semoga para pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, berintegriti serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain. Kepimpinan bermula dengan akhlak yang baik dan semangat untuk berkhidmat.

Terus maju jaya dalam memimpin dan berbakti demi kecemerlangan sekolah. 💫



Hari pertama latihan merentas desa 🏃🏻‍♂️
26/01/2026

Hari pertama latihan merentas desa 🏃🏻‍♂️


PROGRAM LEMBAYUNG MURNI 1.0 ✨Anjuran: Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan ...
26/01/2026

PROGRAM LEMBAYUNG MURNI 1.0 ✨

Anjuran: Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini di Kampung Pos Titom dan SK Titom. Terima kasih juga kepada semua pihak yang bekerjasama bagi memeriahkan program ini.

Semoga ukhuwah dan persahabatan kita semua akan kekal sampai bila-bila😊



📚🎒 PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN & MESYUARAT AGUNG PIBG 🤝Program Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan tel...
25/01/2026

📚🎒 PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN & MESYUARAT AGUNG PIBG 🤝

Program Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan telah dilaksanakan bagi meringankan beban ibu bapa serta memastikan murid memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersedia dan bersemangat.

Dalam masa yang sama, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut berlangsung sebagai platform penting bagi memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan murid.

Terima kasih kepada semua ibu bapa, guru dan pihak yang terlibat atas sokongan serta komitmen yang diberikan. Semoga kerjasama erat ini terus menyumbang kepada kejayaan anak-anak dan kecemerlangan sekolah. 🌟📖






🚫💊 PROGRAM CERAMAH ANTI-DADAH BERSAMA AADK 💊🚫 (14/1/2026)Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada m...
21/01/2026

🚫💊 PROGRAM CERAMAH ANTI-DADAH BERSAMA AADK 💊🚫 (14/1/2026)

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta kesannya terhadap kesihatan, sahsiah dan masa depan.

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi benteng diri dalam membina generasi bebas dadah. 💪📚

Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia cawangan Kuala Lipis khususnya anggota-anggota yang terlibat kerana sudi untuk menyampaikan ceramah berkaitan bahaya dadah di sekolah kami😊



📚✨ PROGRAM 1st Day At School & Minggu Pertama Persekolahan ✨📚 (12/1/2026)Hari pertama melangkah ke alam persekolahan men...
21/01/2026

📚✨ PROGRAM 1st Day At School & Minggu Pertama Persekolahan ✨📚 (12/1/2026)

Hari pertama melangkah ke alam persekolahan menjadi kenangan bermakna buat murid-murid. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru serta rakan baharu.

Semoga pengalaman ini menjadi permulaan yang indah dalam perjalanan menimba ilmu.

📌Jemput follow page baru kami 😊


Address

SK TITOM
Kuala Lipis
27200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Titom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share