16/05/2026
15 Mei 2026
Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua anak-anak SAR Felda Kechau 01 atas ingatan, ucapan serta hadiah sempena sambutan Hari Guru yang berlangsung semalam🔔
Setiap pemberian dan ucapan yang diterima amat bermakna dan menjadi kenangan terindah buat kami sebagai pendidik. Sesungguhnya, penghargaan yang diberikan menjadi pembakar semangat untuk terus mendidik dan membimbing anak-anak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. 🤍
Terima kasih kerana sentiasa menghargai jasa guru serta menunjukkan adab dan akhlak yang mulia. Semoga anak-anak semua terus cemerlang dalam pelajaran, dipermudahkan urusan menuntut ilmu serta membesar menjadi insan soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.
Semoga ikatan kasih antara guru dan murid terus mekar serta diberkati Allah SWT. 🌷
“Guru Bitara, Nadi Negara”
— SAR Felda Kechau 01 —