Seri Lipis College

Seri Lipis College Official Page Seri Lipis College (SLC) Akaun Rasmi SMK Seri Lipis

19/08/2026

🎶✨ AERODANCE IS COMING! ✨🎶

Jom kita meriahkan suasana dalam Pertandingan Aerodance Peringkat Daerah Lipis yang penuh tenaga, keseronokan dan semangat!

📅 Khamis, 20 Ogos 2026
📍 Dewan Al Fateh, SLc



18/08/2026

Assalamualaikum Wbt , Alhamdullilah Selesai Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 SLc Sidang 26/27.

Tarikh : 18/8/2026
Hari: 8.00 pagi
Tempat : Dewan Al Fateh

Terima Kasih Kepada Seluruh Warga Veloss Dan Invictus Atas Kerjasama Anda Pada Harini

Semoga Calon Yang Menang Dapat Menjalankan Amanah Dengan Sempurna Dan Penuh Integriti

Sekian Terima Kasih
Presiden Mppte 25/26

18/08/2026

2 Hari lagi!!

Ayuh, datang beramai-ramai dan saksikan anak-anak Lipis mempamerkan bakat, kreativiti serta semangat luar biasa di pentas Aerodance!

Jangan lupa, kita jumpa di SLc !!

Muhammad Haikal Bin Hasbullah
Unit Multimedia
(The SLc Aerodance National Challenge 2026)


📚 Taklimat dan Simulasi Pilihan Raya Bersama SPR Negeri Pahang📅 Tarikh: 17 Julai 2026 (Isnin)⏰ Masa: 8.30 pagi – 11.00 p...
17/08/2026

📚 Taklimat dan Simulasi Pilihan Raya Bersama SPR Negeri Pahang

📅 Tarikh: 17 Julai 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 11.00 pagi
📍 Tempat: Dewan Al-Fateh
👨‍🎓 Peserta: Semua Pelajar Tingkatan 6

🌷Alhamdulillah, telah berlangsung Taklimat dan Simulasi Pilihan Raya Bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Pahang yang melibatkan pelajar Tingkatan 6 Kolej Tingkatan Enam Prauniversiti Seri Lipis.

🌷Taklimat ini diadakan sebagai persediaan menghadapi Hari Pengundian bagi Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam (JPPTE), Kolej Tingkatan Enam Prauniversiti Seri Lipis.

🌷Melalui taklimat ini, para pelajar diberikan pendedahan dan kefahaman berkaitan proses pengundian, tatacara pilihan raya serta tanggungjawab sebagai pengundi. Pendedahan ini diharapkan dapat memastikan proses pemilihan JPP dapat dilaksanakan dengan teratur, telus, berintegriti dan berlandaskan prinsip demokrasi.

🌷Semoga para pelajar dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh serta menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dengan penuh kesedaran dan kematangan. 🗳️🇲🇾

🌷Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SPR Negeri Pahang atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

“Undi Anda, Tanggungjawab Kita”




16/08/2026

Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Seri Lipis dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Lipis bakal menganjurkan The SLc Aerodance Challenge Peringkat Daerah Lipis 2026!

Ayuh, datang beramai-ramai dan saksikan anak-anak Lipis mempamerkan bakat, kreativiti serta semangat luar biasa di pentas Aerodance!

Debaran semakin terasa… hanya 4 hari lagi!
Jangan lupa, kita jumpa di SLc !!

Muhammad Haikal Bin Hasbullah
Unit Multimedia
(The SLc Aerodance National Challenge 2026)


14/08/2026

Lafaz ikrar Anti Buli dan Pembudayaan Amalan 6S

Tarikh : 14 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa : 7.30 - 8.15 pagi
Tempat : Dewan Al Fateh,SLc


Program Arkib@sekolahAktiviti : Literasi Jawi dan exploraceTarikh : 11 Ogos 2026 (Selasa)Masa : 8.00 pagi - 2.00 petangT...
14/08/2026

Program Arkib@sekolah

Aktiviti : Literasi Jawi dan explorace

Tarikh : 11 Ogos 2026 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Kolej Tingkatan Enam Prauniversiti Seri Lipis
Peserta : Pelajar semester 1 & semester 3




14/08/2026

BUAT ANAK-ANAK BATCH ACRUX,

Hari ini, kalian melangkah keluar dari SLc bukan sekadar membawa sekeping keputusan UPU, tetapi membawa bersama doa, harapan, kenangan dan kepercayaan daripada mereka yang pernah mendidik dan membimbing kalian.

Melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama bukanlah sekadar naik satu lagi tangga dalam pendidikan. Ia adalah permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang — perjalanan untuk membentuk siapa diri kalian, apa yang kalian perjuangkan dan bagaimana kalian memberi makna kepada kehidupan.

Acrux, kalian telah sampai ke satu persimpangan. Di hadapan ada jalan yang luas dan penuh peluang. Akan ada hari kalian menang, tetapi akan ada juga hari kalian kecewa. Akan ada masa kalian yakin dengan diri sendiri, dan mungkin ada ketika kalian tertanya-tanya sama ada kalian mampu meneruskan perjalanan.

Pada saat itu, ingatlah siapa diri kalian.

Kalian ialah anak-anak SLc yang pernah belajar untuk bangkit selepas gagal, belajar untuk terus mencuba ketika sukar, dan belajar bahawa kejayaan tidak pernah datang hanya kerana kebijaksanaan — tetapi kerana kesungguhan, disiplin dan keberanian untuk tidak berputus asa.

Pergilah mengejar segulung ijazah.

Tetapi jangan hanya mengejar kejayaan akademik.

Kejar ilmu.
Kejar kematangan.
Kejar kebaikan.
Dan jadilah manusia yang memberi manfaat.

Jika suatu hari nanti kalian berdiri di tempat yang tinggi, jangan lupa untuk menoleh ke belakang. Ingatlah insan-insan yang pernah membantu kalian ketika kalian belum mempunyai apa-apa.

Dan paling penting, berbuat baiklah walaupun tiada siapa melihat. Kerana akhirnya, ukuran sebenar kejayaan bukanlah setinggi mana kita berada, tetapi sejauh mana kewujudan kita memberi manfaat kepada orang lain.

Anak-anak Acrux,

SLc mungkin tempat kalian belajar, tetapi SLc akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup kalian.

Pergilah dengan impian.
Berjalanlah dengan ilmu.
Berdirilah dengan prinsip.
Dan hiduplah dengan akhlak.

Semoga langkah pertama menuju Ijazah Pertama ini menjadi permulaan kepada perjalanan hidup yang jauh lebih besar.

Saya doakan kalian berjaya dalam pengajian, dipermudahkan segala urusan, dipertemukan dengan insan-insan yang baik dan suatu hari nanti kembali sebagai insan yang berjaya, berilmu dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Selamat maju jaya, Batch Acrux.

Terus berusaha.
Terus bermimpi.
Terus menjadi baik.

Kerana kejayaan sebenar bukan hanya apabila kalian berjaya sampai ke puncak, tetapi apabila di puncak itu kalian masih menjadi manusia yang baik.

Dengan penuh bangga dan doa,

Mazlienor Bin Daud
Pengetua
Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Seri Lipis


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Melukis Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan 2026 & Program Arkib@SekolahTar...
13/08/2026

Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Melukis Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan 2026 & Program Arkib@Sekolah

Tarikh : 11 Ogos 2026 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang
Tempat : Dewan Al-Fateh, SLc

🌷Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Melukis Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan 2026 & Program Arkib@Sekolah anjuran Kementerian Perpaduan negara (Arkib Negara Malaysia)

🌷Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta finalis 10 mural terbaik yang telah menunjukkan kreativiti, bakat dan kesungguhan yang luar biasa dalam Pertandingan Melukis Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan 2026. Setiap karya yang dihasilkan bukan sahaja menyerlahkan keindahan seni dan kreativiti, malah turut membawa mesej tentang sejarah, identiti, perpaduan dan pembentukan negara bangsa.

🌷Terima kasih atas komitmen dan usaha semua peserta dalam menghasilkan karya yang cukup bermakna dan membanggakan.

🎨 Berikut dikongsikan kedudukan 10 mural terbaik Pertandingan Melukis Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan 2026:
🥇 Johan: Kolej Tingkatan enam Seri Lipis, Kuala Lipis, Pahang
🥈 Naib Johan: SMK Jengka 2, Maran, Pahang
🥉 Tempat Ketiga: Sekolah Seni Malaysia, Masai, Johor
🏅 Saguhati :
- SMK Purun Panjang, GUrun, Kedah
- Sekolah Seni Malaysia Perak, Sungai Siput, Perak
- SMK Temerloh, Pahang
- SMK Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor
- SMK Petagas, Penampang, Sabah
- SMK Dato' Ali Hj Ahmad, Pontian, Johor

🌷Semoga kejayaan dan pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan bermakna serta pembakar semangat untuk terus berkarya, berkreativiti dan mencintai sejarah serta warisan negara. 🇲🇾🎨
Tahniah kepada semua finalis! Anda semua adalah juara dalam cara tersendiri! 👏👏👏

🌷Majlis ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat yang memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali sejarah, warisan dan pembentukan negara bangsa dengan lebih dekat. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak Arkib adalah :
📚 Bicara Arkib@Sekolah yang disampaikan oleh Puan Nor Azah binti Hashim, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang.
🎯 Kuiz Kahoot yang menguji pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan sejarah serta kenegaraan.
🇲🇾 Bicara Negara Bangsa bertajuk “Sejarah Kuala Lipis dalam Pembentukan Negara Bangsa” yang dipandu oleh Muhammad Alief bin Mastur selaku moderator, dengan YB Dato' Mustapa bin Haji Long, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Lipis merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Parlimen Lipis, sebagai panel.
✍️ Transliterasi Jawi ke Rumi, yang memperkenalkan kaedah membaca dan memahami tulisan Jawi serta kepentingannya sebagai khazanah warisan bangsa.
🔎 Eksplorasi, yang memberi pengalaman pembelajaran secara lebih interaktif dan menyeronokkan kepada para peserta.

🌷Semoga pelaksanaan program seperti ini dapat terus menyemai minat, kecintaan dan kesedaran generasi muda terhadap sejarah, warisan serta jati diri bangsa, di samping memperkukuh pemahaman tentang pembentukan negara bangsa.

🌷Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Arkib Negara Malaysia, semua pihak yang terlibat, para peserta, guru-guru serta warga SLc yang telah menjayakan program ini.
Sejarah dipelihara, warisan dihargai, negara bangsa terus disemai. 🇲🇾📚





Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada Penyelaras DUN Cheka serta YAB Menteri Besar Pahang a...
12/08/2026

Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada Penyelaras DUN Cheka serta YAB Menteri Besar Pahang atas keprihatinan, sokongan dan penghargaan yang diberikan kepada anak-anak Kolej Tingkatan Enam Seri Lipis yang telah mencatat kejayaan cemerlang dalam STPM 2025. 👏🎓

Sesungguhnya, perhatian dan sokongan daripada pihak kepimpinan amat bermakna dalam menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Tahniah juga diucapkan kepada 15 orang pelajar cemerlang STPM 2025 Kolej Tingkatan Enam Seri Lipis atas pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini pastinya hasil daripada usaha gigih para pelajar, bimbingan guru-guru serta sokongan ibu bapa dan seluruh warga pendidikan.

Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan. 💐
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan terhadap pendidikan anak-anak Pahang.
💙 Tahniah Anak Cheka! Teruskan kecemerlangan! 💙


Address

KOLEJ TINGKATAN ENAM ( PRAUNIVERSITI ) SERI LIPIS
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6093101321

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seri Lipis College posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Seri Lipis College:

Shortcuts

Share