05/06/2026
Program 'Menggapai Bintang' (Rehat dan Rawat 2026)
Alhamdulillah Program 'Menggapai Bintang' diakhiri dengan aktiviti eksplorasi Kompleks Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang.
Program ini adalah merupakan program intervensi pemantapan beberapa subjek yang perlu diberi perhatian menjelang peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Kesemua 12 orang pelajar tingkatan 5 berjaya mengikuti program yang bermula jam 5pagi hingga 10malam, 2-5 Jun 2026. Sebagai penutup program, pelajar dibawa 'healing' dengan aktiviti eksplorasi gua dan ziarah ke Makam Mat Kilau.
**
Tahniah buat Kerajaan Negeri Pahang atas pelbagai usaha memelihara dan memulihara tapak-tapak warisan peninggalan dulu kala. Semoga dapat dimanfaatkan oleh anak bangsa.