Teknologi Pemesinan Industri KV SHAS Kuala Lipis

Teknologi Pemesinan Industri KV SHAS Kuala Lipis Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional SHAS Kuala Lipis

Tarikh: 15 & 16 April 2026 Tempat: Makmal Mekanik Bahan, Fakukti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif UMPSA Pe...
18/04/2026

Tarikh: 15 & 16 April 2026
Tempat: Makmal Mekanik Bahan, Fakukti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif UMPSA Pekan
Penglibatan: Pelajar 1 DVM Teknologi Pemesinan Industri dan Teknologi Kimpalan
Objektif:
✅Melengkapkan Modul Sains Bahan bagi menjalankan Amali Hardness Test dan Tensile Test
✅ Mengkaji sifat-sifat mekanikal bahan
✅ Menghubungkait pembelajaran teori dengan ujian amali yang dijalankan

Terima kasih yang tak terhingga kepada UMPSA kerana sudi menerima kami menjalankan amali di sana, pelajar juga berpeluang menggunakan kelengkapan mesin di bawah seliaan En Zulkarnain. Terima kasih juga kepada PIBG sekolah yang memberi sumbangan untuk bayaran penginapan sepanjang program dijalankan. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar 🤲🏻💪🏻

📢 PERMOHONAN DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL (LEPASAN SPM) AMBILAN MEI 2026 DIBUKAKementerian Pendidikan (KPM) mempelawa calon ...
16/03/2026

📢 PERMOHONAN DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL (LEPASAN SPM) AMBILAN MEI 2026 DIBUKA

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa calon lepasan SPM 2024 dan 2025 yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memohon kemasukan ke Program Diploma Kolej Vokasional Ambilan Mei 2026.

*KOLEJ VOKASIONAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL MUSTAIN BILLAH KUALA LIPIS PAHANG*

Tarikh Permohonan:
15 Mac 2026 – 12 April 2026

💻 Permohonan secara dalam talian:
https://mohon.tvet.gov.my/

Antara program yang ditawarkan:
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Automotif
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Pemesinan Industri
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Kimpalan
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Elektrik
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Elektronik
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Pembinaan

📌 Jangan lepaskan peluang untuk membina masa depan kerjaya melalui bidang TVET.

Layari portal permohonan untuk maklumat lanjut dan syarat kemasukan program.

Tahun Ini, Tahun Kita






Penyerahan BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2026 KEPADA PELAJAR 1 SVM KOHORT 2025 DAN 1 SVM KOHORT 2026
23/01/2026

Penyerahan BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2026 KEPADA PELAJAR 1 SVM KOHORT 2025 DAN 1 SVM KOHORT 2026

Program Pembangunan Kecemerlangan Pelajar (PPKP) DVM Tahun 1 bersama Kelab Teknologis Program Pemesinan Industri dalam 🤝...
22/01/2026

Program Pembangunan Kecemerlangan Pelajar (PPKP) DVM Tahun 1 bersama Kelab Teknologis Program Pemesinan Industri dalam 🤝✨

Program Pembangunan Kecemerlangan Pelajar (PPKP) bagi pelajar Tahun 1 DVM, termasuk pelajar Teknologi Pemesinan Industri (MPI), telah mendapat suntikan baharu melalui inisiatif kerjasama strategik bersama Kelab Teknologis Program Pemesinan Industri.

Wakil daripada Kelab Teknologis, yang terdiri daripada pelajar senior Tahun 2 DVM, telah dijemput khas untuk mengadakan sesi perkongsian pengalaman dan orientasi akademik kepada pelajar baharu. Usaha ini bertujuan untuk:

1. Merapatkan jurang antara pelajar senior dan junior.

2. Menyuntik motivasi serta keyakinan diri dalam bidang vokasional yang diceburi.

3. Memperkenalkan peranan aktif kelab dalam pembangunan sahsiah pelajar.

Kerjasama ini membuktikan komitmen kelab dalam melahirkan bukan sahaja pelajar cemerlang akademik, tetapi juga pemimpin masa hadapan yang proaktif. Tahniah kepada semua yang terlibat!
KolejVokasional PendidikanBerkualiti

CATATAN: 21 JANUARI 2026

[PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK: TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI] ⚙️📖Slot Teknik Menjawab Penilaian Akhir (PA) Vokasional S...
22/01/2026

[PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK: TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI] ⚙️📖

Slot Teknik Menjawab Penilaian Akhir (PA) Vokasional Semester 2 khusus buat pelajar 1 SVM Program Teknologi Pemesinan Industri.

Kami amat berbesar hati membawakan pakar jemputan khas, Ts. Zamri bin Sharif, yang merupakan penanda kertas Penilaian Akhir Vokasional di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pengalaman luas beliau amat berharga dalam memberi pendedahan tentang format jawapan yang tepat dan skema pemarkahan terkini.

Semoga segala tips dan strategi yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar demi meraih keputusan cemerlang! 🅰️✨

21 JANUARI 2026

Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu 1 SVM Kohort 2026! Pendaftaran anda di Kolej Vokasional Sultan Ha...
16/01/2026

Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu 1 SVM Kohort 2026! Pendaftaran anda di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (KVSHAS) merupakan langkah awal yang sangat bijak menuju kerjaya profesional dalam bidang kemahiran.

Terlebih dahulu, syabas diucapkan kepada anda kerana telah terpilih untuk menyertai institusi yang penuh sejarah dan kecemerlangan ini. Bermulanya hari ini, anda bukan sekadar pelajar, tetapi merupakan pelapis tenaga pakar negara yang bakal menguasai teknologi masa hadapan.

Khusus buat Pelajar Program Teknologi Pemesinan Industri:

Selamat melangkah ke dunia kejuruteraan jitu (precision engineering)! Anda kini berada di landasan yang tepat untuk menjadi pakar dalam bidang pembuatan.

Cabaran Menanti: Anda akan didedahkan dengan pengendalian mesin-mesin canggih seperti Larik (Lathe), Kisar (Milling), sehinggalah kepada teknologi tinggi CNC (Computer Numerical Control).

Masa Hadapan Cerah: Industri pembuatan dan automotif sentiasa menantikan graduan yang memiliki kemahiran tangan dan kepintaran teknikal seperti anda.

Pesanan Buat Semua:

Kolej Vokasional bukan sekadar tempat belajar, tetapi tempat untuk membentuk disiplin, sahsiah, dan budaya kerja industri yang sebenar. Gunakan kemudahan bengkel yang ada dengan sebaiknya, hormati pensyarah sebagai mentor anda, dan bina hubungan baik sesama rakan kohort.

"Kemahiran adalah harta yang tidak akan hilang, malah semakin diasah, semakin bernilai harganya."
Selamat maju jaya, selamat berbakti, dan selamat menjadi sebahagian daripada warga KVSHAS yang gemilang!

12 JANUARI 2026

SELAMAT TAHUN BARU 2026Daripada warga Program Teknologi Pemesinan Industri.Kami memanjatkan setinggi-tinggi penghargaan ...
01/01/2026

SELAMAT TAHUN BARU 2026

Daripada warga Program Teknologi Pemesinan Industri.

Kami memanjatkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sokongan dan kerjasama semua pihak sepanjang tahun 2025.

Seperti ketepatan proses pemesinan, setiap pengalaman tahun lalu telah kita ukir dan jadikan landasan yang lebih kukuh. Menjelang 2026, mari kita perkukuh lagi komitmen untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing, inovatif dan selari dengan keperluan Revolusi Perindustrian 4.0.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar kemajuan, keberkatan dan kejayaan kepada kita semua dalam menempa kecemerlangan teknologi untuk negara.

Salam Sejahtera dan Harapan Baharu dari Kami.

KejuruteraanPembuatan MasaDepanIndustri

IMBAS KEMBALI TAHUN 2025GRADUATION DAY SVM KOHORT 2023Pelajar Kohort 2023 berjaya menamatkan Sijil Vokasional Malaysia d...
01/01/2026

IMBAS KEMBALI TAHUN 2025

GRADUATION DAY SVM KOHORT 2023

Pelajar Kohort 2023 berjaya menamatkan Sijil Vokasional Malaysia dan Seorang pelajar daripada Program Teknologi Pemesinan Industri iaitu MUHAMMAD NUR IRFAN BIN JULY ANUAR telah dinobatkan pelajar terbaik keseluruhan program.

Suatu pencapaian yang baik ditunjukkan oleh semua pelajar. Tahniah dan syabas buat pelajar dan juga pensyarah.

7 NOVEMBER 2025

IMBAS KEMBALI...TAHNIAH kepada para PELAJAR CEMERLANG Program Teknologi Pemesinan Industri!Semester 1, Kohort 2025 & Sem...
31/12/2025

IMBAS KEMBALI...

TAHNIAH kepada para PELAJAR CEMERLANG Program Teknologi Pemesinan Industri!

Semester 1, Kohort 2025 & Semester 2, Kohort 2024

Kecemerlangan yang kalian raih ini adalah bukti kepada komitmen, ketekunan, dan kegigihan dalam menguasai ilmu pemesinan dan teknologi industri.

Teruskan momentum ini! Jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk semester-semester seterusnya. Kepada semua pelajar, mari kita contohi semangat mereka untuk bersama-sama mencapai kecemerlangan.

Syabas dan tahniah sekali lagi! Masa depan industri negara menanti kemahiran dan kepakaran kalian. 💪🔧⚙️

Kohort2025 MasaDepanIndustri

26/12/2025

Kalau malam tu anda boleh pakai cantik, boleh cari port cantik, boleh rakam video cantik, anda pun boleh jaga tempat dengan cantik.

Gambar Bukit Bintang malam Christmas Eve tu dah cukup jadi “cermin”. Bukan sebab orang tak boleh celebrate. Kita pun nak meriah. Tapi bila semua balik, lantai tinggal botol, cawan, tin, tisu, puntung, itu bukan budaya “party”. Itu budaya “aku tak kisah, orang lain sapu”.

Yang sedih, orang yang kutip tu bukan robot. Pekerja pembersihan kena kerja sampai subuh, orang lain boleh terpijak kaca, boleh tergelincir, lepas hujan bekas minuman jadi tempat air bertakung. Kita raikan satu malam, bandar tanggung berhari.

Ambang Tahun Baru 2026 ni, kita buat satu upgrade simple tapi nampak kelas. Ini bukan pasal perfect. Ini pasal malu buat orang lain kemas sisa kita.

5 benda rakyat Malaysia patut bawa atau buat malam ambang 2026:
- Bawa plastik sampah kecil
Satu geng satu beg. Semua sisa masuk situ. Balik, buang. Selesai.

- Bawa botol air sendiri
Kurang beli minuman sekali guna. Kurang benda yang akhirnya jadi sampah.

- Pilih spot yang ada tong sampah
Kalau kawasan tu tak ada tong dan terlalu sesak, jangan jadikan situ “tapak lepak” sampai tinggal bersepah.

- Kalau tumpah, kemas terus
Tumpah tu biasa. Tinggalkan tumpah tanpa kemas tu yang buat orang menyampah.

- Lantik seorang “penjaga geng”
Sorang je cukup. Sebelum bergerak: “Ok semua, sampah check dulu.” Ini benda kecil yang beza geng beradab dengan geng tak kisah.

Ambang 2026 nanti, biar yang viral bukan “lantai penuh sampah”.
Biar yang viral: orang Malaysia boleh raikan dengan kelas, dan tak tinggalkan kerja kotor untuk orang lain.

26/12/2025

Hari ini barulah jelas beza antara dua jenis orang.

Satu jenis, bila ada ruang, dia pilih untuk “hilang” dengan alasan yang nampak kemas.
Satu jenis lagi, walau tak sempurna, dia tetap hadir sebab dia faham kerja orang lain akan tersangkut kalau dia tak datang.

Ini bukan soal siapa “lebih baik”.
Ini soal budaya yang kita normal-kan.

Sebab bila MC dan EL mula jadi jalan pintas untuk sambung cuti, orang yang betul-betul penat nanti pun akan dipandang sinis. Yang jujur jadi mangsa, yang pandai main persepsi jadi selamat.

Jadi pada yang masuk kerja hari ni, anda memang hebat.
Bukan sebab anda tak tahu rehat.
Tapi sebab anda tahu, integriti itu bila tiada siapa tengok pun, anda masih buat benda yang betul.

IMBAS KEMBALI....PROGRAM SANTUNAN & LAWATAN KE UiTM CAWANGAN PULAU PINANGProgram Teknologi Pemesinan Industri Kv denganp...
26/12/2025

IMBAS KEMBALI....

PROGRAM SANTUNAN & LAWATAN KE UiTM CAWANGAN PULAU PINANG

Program Teknologi Pemesinan Industri Kv denganpenuh hormatnya ingin berkongsi kejayaan Program Santunan dan Lawatan Akademik ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang yang berlangsung pada 24 September 2024.

Program yang disertai oleh pelajar dan pengajar Program Teknologi Pemesinan Industri, Kolej Vokasional (KV) SHAS ini merupakan inisiatif strategik bagi meningkatkan pendedahan dan motivasi pelajar vokasional terhadap peluang pendidikan tinggi serta perkembangan industri semasa.

Sepanjang lawatan ini, delegasi KV SHAS berpeluang untuk:
🎓Mengenal Infrastruktur Pengajian Tinggi: Melawat bengkel, makmal, dan fasiliti pembelajaran khususnya di bidang kejuruteraan dan teknologi di UiTM Pulau Pinang.
🤝Sesi Perkongsian Akademik: Mendengar taklimat daripada wakil fakulti mengenai program pengajian yang ditawarkan, kemasukan pelajar vokasional, serta peluang kerjaya selepas tamat pengajian.
🔧Jaringan Industri-Akademik: Membincangkan trend terkini dalam teknologi pemesinan dan pembuatan, serta keselarasan antara kurikulum vokasional dengan keperluan industri.

Lawatan ini bukan sekadar aktiviti luar bilik darjah, tetapi merupakan platform penting untuk:

1. Mendedahkan pelajar kepada persekitaran pembelajaran di institusi pengajian tinggi.
2. Memotivasi pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
3. Mengukuhkan kerjasama antara institusi vokasional dan universiti dalam memajukan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) negara.

Kami merakamkan penghargaan tulus ikhlas kepada pihak UiTM Cawangan Pulau Pinang, khususnya jabatan yang terlibat, atas penerimaan dan perkongsian ilmu yang amat bernilai. Terima kasih juga kepada semua pengiring, staf, dan pelajar Program Teknologi Pemesinan Industri, KV SHAS yang menjayakan program ini dengan penuh komitmen.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dan dikukuhkan pada masa hadapan bagi manfaat bersama dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing.

PendidikanVokasional KerjasamaAkademik Kejuruteraan Pemesinan Penang

Address

KOLEJ VOKASIONAL SHAS KUALA LIPIS, KM 13 Jalan LIPIS-BENTA
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6093227955

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teknologi Pemesinan Industri KV SHAS Kuala Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Teknologi Pemesinan Industri KV SHAS Kuala Lipis:

Shortcuts

Share