23/04/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YAB Datoβ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, atas sokongan, keprihatinan dan semangat yang sentiasa diberikan kepada dunia pendidikan di negeri Pahang.
Dorongan serta perhatian yang diberikan oleh YAB Tok Wan menjadi sumber inspirasi dan pembakar semangat kepada kami, barisan guru SMK Kuala Lanar, untuk terus mendidik, membimbing dan membentuk anak-anak pelajar agar menjadi insan yang berilmu, berakhlak serta berjaya dalam kehidupan.
Kami percaya bahawa kejayaan pelajar hari ini adalah hasil daripada kerjasama, sokongan dan keprihatinan semua pihak termasuk kepimpinan yang sentiasa meletakkan pendidikan sebagai keutamaan.
Semoga segala usaha, jasa dan kepimpinan YAB Tok Wan terus diberkati serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan di negeri Pahang.
Ikhlas daripada,
Barisan Guru,
SMK Kuala Lanar