Surau Al-Ihsan SK LKTP Kechau 1

Surau Al-Ihsan SK LKTP Kechau 1 Penarafan Surau Imarah sekolah-sekolah KPM

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 Peringkat SK LKTP Kechau 1 Tarikh : 12.8.2022Hari : JumaatAktiviti : Selawat, Ceramah, ...
12/08/2022

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 Peringkat SK LKTP Kechau 1
Tarikh : 12.8.2022
Hari : Jumaat
Aktiviti : Selawat, Ceramah, Pertandingan nasyid antara kelas dan penyampaian hadiah

Ahlan Wasahlan
26/07/2022

Ahlan Wasahlan

Terima Kasih atas sokongan semua pihak terutama semua yang menginfaq tenaga dan wang ringgit kepada pembangunan dan kece...
22/07/2022

Terima Kasih atas sokongan semua pihak terutama semua yang menginfaq tenaga dan wang ringgit kepada pembangunan dan keceriaan Surau Al-Ihsan. Hanya Allah Taala mampu membalas segala jasa dan sumbangan kalian🤗

Salam Aidiladha...Marilah kita mengambil kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan menghayatinya betapa tiada p...
10/07/2022

Salam Aidiladha...
Marilah kita mengambil kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan menghayatinya betapa tiada perintah yang lebih utama dan terpenting melainkan perintah Allah S.W.T. Di bulan yang penuh keberkatan ini, kami doakan kita semua beroleh rahmat Allah sebanyak-banyaknya tanpa henti.

Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. – Hadis Riwayat Imam Ahmad.

Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa. Dengan ingatan tulus ikhlas. Disusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf andai ada tersalah laku serta terkasar bahasa.

Konsep PengorbananIbadah korban mendekatkan diri dengan Allah SWT dan melatih diri kita untuk sentiasa menghidupkan kons...
07/07/2022

Konsep Pengorbanan

Ibadah korban mendekatkan diri dengan Allah SWT dan melatih diri kita untuk sentiasa menghidupkan konsep berkorban dalam kehidupan.

Pengorbanan bukan hanya nampak pada daging lembu atau kambing sahaja, tetapi pengorbanan yang lebih besar dalam hidup kita sebagai hamba Allah. Ada kewajipan ibadat fardhu seperti solat, puasa, zakat, haji bagi yang berkemampuan.

Pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin, pekerja, bapa, ibu, suami, isteri, anak, abang, jiran dan sebagainya.

Siapa pun kita, kita tetap perlu melakukan pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Sebagai pemimpin atau ketua, wajib untuk kita berkorban bagi memastikan orang yang berada dibawah tanggungjawab kita mendapat hak dan pembelaan hidup yang terbaik. Dalam suasana harga barang naik, pemimpin perlu berusaha sedaya mungkin meringankan beban ke atas rakyat yang terkesan.

Ketika dilantik menjadi Khalifah, Saidina Umar RA bimbang andai sekiranya setiap perkara di bawah penguasaannya akan menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT kelak. Kata Umar:

لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً، لَظَنَنْتُ أَنَّ اللهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kalaulah mati seekor kambing di persisiran Sungai Furat yang terbiar tanpa pembelaan, aku bimbang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak,” (Abu Nu’aim, Hilya al-Auliya’)

Sebagai ketua keluarga, kita perlu berkorban mencari keperluan ahli keluarga sama ada menyediakan tempat tinggal, makan minum serta keperluan asas yang lain.

Sebagai pelajar, kita perlu berkorban dalam menuntut ilmu, tinggalkan keseronokan untuk bermain game, menonton video dan TV serta yang lain-lain. Fokus memberi tumpuan kepada pembelajaran walaupun terpaksa belajar secara online tanpa guru di hadapan kita.

Sebagai orang yang dahagakan ilmu, kita perlu berkorban untuk melapangkan waktu mengikuti kelas-kelas pengajian di masjid dan surau secara bersemuka juga secara online di FB Masjid dan laman sesawang yang lain demi menambah ilmu kita.

Bersegera menunaikan ibadat seperti bangun untuk qiamullail juga solat subuh di masjid merupakan suatu bentuk pengorbanan.

Meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT yang kadangkala jika dilakukan memberikan keseronokan kepada diri juga merupakan suatu bentuk pengorbanan.

Semoga kita tergolong di dalam golongan mereka yang diredhai dan diterima Allah SWT. Firman Allah SWT:

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu para Nabi, para Siddiqiin dan para syuhada', serta orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah sebaik-baik teman." (Surah An-Nisa' ayat 69)

Program Sahabat Zakat bersama Pusat Pungutan Zakat Pahang cawangan LipisTarikh : 24.6.2022Hari : Jumaat
25/06/2022

Program Sahabat Zakat bersama Pusat Pungutan Zakat Pahang cawangan Lipis
Tarikh : 24.6.2022
Hari : Jumaat

Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK LKTP Kechau 1.26 Mei 2022Khamis
26/05/2022

Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK LKTP Kechau 1.
26 Mei 2022
Khamis

Lawatan Penanda Aras ke Surau Al- Huda SK Relong18.5.2022Rabu
19/05/2022

Lawatan Penanda Aras ke Surau Al- Huda SK Relong
18.5.2022
Rabu

Rasulullah S.A.W bersabda:“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah...
28/05/2021

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

01/05/2021

Menghidupkan malam (Qiamullail) dengan melakukan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir, memohon ampun dan berdoa merupakan pintu bebaikan seorang Mukmin untuk membina kekuatan rohani.

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Baransiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari No:1145).

Ambillah kesempatan Ramadan ini untuk merebut pintu-pintu kebaikan dengan berpuasa, bersedekah dan qiamullail.

Semoga semua ibadah ini menjadi pembina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.

Menghidupkan malam (Qiamullail) dengan melakukan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir, memohon ampun dan berdoa merup...
01/05/2021

Menghidupkan malam (Qiamullail) dengan melakukan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir, memohon ampun dan berdoa merupakan pintu bebaikan seorang Mukmin untuk membina kekuatan rohani.

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Baransiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari No:1145).

Ambillah kesempatan Ramadan ini untuk merebut pintu-pintu kebaikan dengan berpuasa, bersedekah dan qiamullail.

Semoga semua ibadah ini menjadi pembina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.

Abdullah Ibn Mas’ud R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ ...
29/04/2021

Abdullah Ibn Mas’ud R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya : Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” itu sebagai satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.

Riwayat Al-Tirmizi (2835)

Address

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KECHAU 1
Kuala Lipis
27200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Ihsan SK LKTP Kechau 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Surau Al-Ihsan SK LKTP Kechau 1:

Shortcuts

Share

Category